SCHOOL MAZE - 06

14 5 1
                                    

"So ermm... Kita nak start dari mana?" Soal Jisung sambil memandang sekeliling dengan bantuan lampu suluh dari telefonnya. Walaupun cuaca masih siang tetapi cahaya di dalam bangunan tidak diterima sepenuhnya disebabkan banyak barang di dalam bangunan membuatkan bangunan kelihatan suram.

Seungmin yang sedang duduk di atas meja mencuba untuk menyelongkar telefonnya ingin mencari sesuatu. Dia berasa hairan bagaimana telefon mereka boleh mendapat information tentang permainan itu kerana information itu langsung tidak ada di mana- mana bagaikan ianya secara automatik mereka mendapatnya dan hilang jika tidak digunakan lagi.

Anak matanya tertancap ke arah satu aplikasi yang dapat berkomunikasi seperti aplikasi sosial yang digunakan orang ramai. Dia berasa hairan kerana dia tidak pernah memuat turun aplikasi itu dan tidak pernah dengar sekali pun tentang aplikasi itu.

Jarinya menekan aplikasi itu ingin melihat isi dalamannya. Di dalamnya terdapat nama kenalan mereka 19 orang kenalan. Jika dikecualikan Seungmin hanya tinggal 18 orang sahaja tetapi kenalan mempunyai 19 kenalan. Satu kenalan dia tidak mengenali siapa dan di ruangan mesej terdapat satu groupchat yang dianggotai mereka 19 orang.

"Guys! Tengok ni." Mereka semua mendekati Seungmin. Anak mata masing- masing terarah di skrin telefon Seungmin dengan perasaan hairan sambil mendengar penjelasan dari Seungmin.

Taehyun turut membuka telefonnya mencari aplikasi yang dibuka Seungmin. Dia juga mempunyai aplikasi itu.

"Aku rasa kita boleh tanya tentang game ni." Ujar Huening Kai

"Tapi tak ada signal macam mana nak send chat kalau tak ada signal? " Beomgyu mengerutkan dahinya.

"Seungmin, try send chat."Arah Taehyun membuatkan Seungmin terus menghantar mesej kepadanya.

TING!

Taehyun mendapat mesej yang dihantar oleh Seungmin seperti yang dijangkakannya. Aplikasi itu tidak menggunakan sebarang data untuk menghantar mesej. Seakan- akan aplikasi itu khas untuk permainan Hide and Seek yang di main oleh mereka sekarang ini.

"That's mean, kita boleh communicated dengan diorang lah kan?" Soalan Yeonjun diangguk Soobin menandakan mereka boleh berkomunikasi dengan rakan mereka yang lain yang berada di tingkat atas dan bawah mereka.

"Sebelum tu.. Kita nak start dari mana?" Soal Jisung untuk kali kedua membuatkan mereka semua diam berfikir untuk mula dari mana.

"Patut kah kita berpecah?" Soal Seungmin.

"2:2:3?" Soal Soobin. Mereka semua mengangguk kepala tanda setuju untuk dipecah.

Yeonjun dan Soobin akan mencari hint bersama- sama. Seungmin dan Jisung berdua. Selebihnya Taehyun, Huening Kai dan Beomgyu yang akan mencari hint bertiga.

~•~

"Korang." Jeongin bersuara, memanggil ke semua rakannya. Di tangannya ada satu fail laporan seperti yang dijumpai Hyunjin sebelum ini. Gambar mereka 19 orang juga turut ada dan satu gambar yang membuatkan Jeongin berasa tidak tenang.

Gambar bas yang dinaiki oleh mereka ketika ingin pergi ke resort dan terdapat beberapa catatan di belakang gambar itu.

"Aku rasa ini klu untuk dunia kita." ujar Intak membuatkan Bangchan mengambil fail itu dari Jeongin. Satu persatu di selidiknya sehingga dia membuat teorinya sendiri walaupun dia juga tidak tahu jika teorinya itu masuk akal ataupun tidak.

"Kita simpan dulu. Cari lagi klu untuk gabungkan semua." Dia memberi semula fail itu kepada Jeongin sebelum menyambung mncari klu yang entah diletakkan dimana. Fail itu dipegangnya erat tidak mahu menghilangkannya oleh kerana klu itu adalah klu pertama yang dijumpai mereka. Di setiap ruang bangunan disuluh mereka supaya tidak ada satu pun klu yang mereka tinggal.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now