LEWAT petang itu, Jamsyir pulang ke rumah dengan pelbagai persoalan bermain dimindanya. ‘Ohu~ Mana aku nak jumpa Chibi tu lagi? Haih... Menyusahkan betul lah. Apa malang sangat nasib aku hari ni. Ada je benda yang berlaku’ keluh Jamsyir seorang diri.
Ketika itu kereta Chevrolet Camaro berwarna hitam milik Jamsyir melintasi perhentian bas Jalan Duta. Matanya ternampak kelibat seorang perempuan yang begitu dikenalinya. Cepat sahaja stering keretanya dipusing memasuki kawasan itu lalu berhenti betul-betul dihadapan perempuan yang sedang berbasikal itu.
“Hoi! Giler ke?!!!”jerkah Wairah dengan wajah yang kemerah-merahan menahan rasa amarah yang ditahan-tahan sejak tadi. Jamsyir dengan lagak selamba keluar dari kereta lalu mencapai beg kertas berisi pakaian itu.
“Kau tau tak merata tempat aku cari kau?!”marah Jamsyir.
“Kau nak apa cari aku? Bukannya kau sendiri yang kata aku ni bawa sial. Apahal dengan kau ni? Ke dah Amnesia. Kau dah lupa apa yang kau cakap tadi? Apa lagi? Blah!”halau Wairah yang masih dengan nada marahnya.
Sudahlah mereka sedang berdiri dibawah matahari senja, bertudung, ditambah lagi dengan tindakan Jamsyir yang hampir membunuhnya itu membuatkan Wairah betul-betul bengang. Dia mengalihkan kepala basikalnya yang laluannya dihalang oleh Jamsyir. Namun kepala basikal itu dipegang lalu beg tadi dicampak masuk ke adalam bakul basikal itu.
“Apa benda pulak ni?”tanya Wairah seraya mengangkat muka memandang Jamsyir dengan penuh rasa benci, meluat dan sakit hati.
“Tengok je takkan tak tahu? Barang yang kau beli tadilah. Apa lagi.”balas Jamsyir.
“Akukan takde duit, sengkek, perempuan yang belanja kau caramel macchiato yang murah tu. Apa lagi. Lebih baik kau ambil sekarang.”kata Wairah yang secara terangan menolak pemberian itu.
“Kalau aku tak nak?”
Wairah mengeluh. Sekali lagi kesabarannya diuji. Dia mengelap peluh dengan hujung lengan baju yang panjang itu. Beg itu dikeluarkan dari bakul lalu diletakkan diatas bumper kereta chevy milik Jamsyir itu.
“Hei!”
“Apa? Look, aku takde masa nak bertekak lagi dengan kaulah. Aku cakap tak nak, tak naklah. Kau tak reti bahasa ke?”soal Wairah masih dengan wajah seriusnya.
Kali ini Jamsyir pula yang mengeluh. Kasihan juga dia melihat wajah perempuan itu yang sudah kemerahan menahan bahang panas itu. Timbul rasa bersalah dalam hati kecilnya dia mula untuk bertolak ansur.
“Okey. Aku faham kau marah pasal tadi. Aku tahu aku tak sepatutnya tuduh kau macam tu. Aku... Aku minta maaf.”ucap Jamsyir dengan laju. Seolah-oleh dia begitu alah dengan perkataan itu. Wairah tergelak dengan sinis sekali.
“Huh! Wow! Macam aku salah dengar. Voldermort minta maaf”ujar Wairah dengan senyuman sinis. Jamsyir yang baru ingin berlembut mulai berubah wajah. Terasa dirinya dipermainkan. Dia mulai menjadi dingin dan sombong.
“Hei, Chibi. Aku datang sini sebab bagi kau benda alah tu. Aku tak nak nanti, kau jadikan viral kat fb, Twitter dan mana-mana saluran untuk jatuhkan aku. Tak pun kau buat guna-guna. Bukan boleh percaya sangat budak macam kau ni. Eh, sebelah mata pun aku tak pandang kaulah. Not my taste. Kau jangan mimpilah.”ujar Jamsyir yang dengan selamba sahaja mengeluarkan kata-kata yang banyak menyakitkan hati Wairah.
Wairah mulai bosan dengan tuduhan, dan penghinaan yang dia dapat daripada Jamsyir ketika itu. Dia mengeluh kecil. ‘Dah mula dah watak Voldermort dia. Cruel, sarcastic and narsistic. Good for nothing. Sabar Wai. Tadi kau lek jer. Ini kau pasti boleh handle punya. Mr. Satan tengah cucuk Iman kau ni. Kau kena kuat semangat. Tak rugi apa pun kalau sabar’bisik Wairah.
“Eh, Mister. Kau sedar tak? Kau yang datang tiba-tiba macam nak bunuh aku berhenti kat depan dengan mengejut. Lepas tu marah, tuduh, hina, kutuk aku depan orang ramai. Kau takde perasaan bersalah langsung ke?”soal Wairah yang betul-betul kecewa dengan sikap lelaki dihadapannya itu.
“Ada. Tapi sekejap tadi. Lepas tu hilang setiap kali aku nampak muka kau.”balas Jamsyir.
“Dia main muka pulak. Eh, dahlah. Aku malas nak layan kau.”balas Wairah. Dia mengundurkan basikalnya sebelum membelokkan ke kiri.
Kali ini kaki Jamsyir pula yang menghalangnya. Wairah mengeluh dengan geram. Ringan saja kakinya ingin melanggar kaki lelaki yang menghalang perjalanannya itu. Tapi dia takut kalau patah, dia akan disaman pula.
Wairah turun dari basikal lalu menongkatnya. Dia berjalan menghampiri Jamsyir dengan senyuman jahatnya. Jamsyir mula gementar dengan tindakan berani Wairah. Dia tidak pernah jumpa perempuan yang berani menentangnya dengan begitu sekali. Dia mula berundur beberapa langkah ke belakang.
“Boo!”acah Wairah kepada Jamsyir yang sudah menggelabah itu. Terangkat kedua bahu Jamsyir kerena terperanjat dengan sergahan itu. Wairah sudah mengekek ketawa.
“Perhatian semua!!!”tiba-tiba Wairah berpaling menghadap orang ramai yang lalu lalang dikawasan itu. Beberapa orang ramai mula menumpukan perhatian kepadanya.
“Minta perhatian semua. Tuan, Puan, Encik, Cik dan semuanya. Perhatian! Kamu kenal tak siapa lelaki ni? Dia ni seorang pemilik Shopping Mall yang besar dan terkenal. CEO HnY Company. Hari ni dia berbesar hati nak bagi duit dan free hug kat semua. Siapa nak?”tanya Wairah. Siap dengan gaya kelakarnya supaya menarik perhatian orang ramai.
Orang ramai yang pada mulanya tidak mengambil perhatian terus berebut datang menghampiri Jamsyir. Jamsyir dikeremuni wanita dari pelbagai lapisan umur. Malu bukan kepalang. Dia hanya melemparkan senyuman paksa sebelum menjeling tajam ke arah Wairah yang sudah jauh dari pandangannya itu. Dia mengetap bibir geram kerana dikenakan oleh Wairah.
“Kau!!!”jerkah Jamsyir seraya menunjuk ke arah Wairah yang sudah menyorong basikalnya itu.
“Meh~rong!”balas Wairah seraya menjelirkan lidahnya. Tanpa menunggu lama dia mengambil peluang itu untuk melarikan diri dari situasi itu dan berdoa supaya tidak berjumpa lagi lelaki itu.
..................................................................................................................
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomanceDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...