My wife, My responsibility

14 2 0
                                    

"Macam mana dengan keadaan Wairah"sapa Nufail sebaik sahaja dia melihat adik iparnya itu keluar dari bilik wad.

Jamsyir mengeluh sebelum cuba untuk tersenyum. "Alhamdulillah. Alahan dia tak teruk sangat."

"Aku tak tanya pasal tu. Aku nak tahu KEADAAN dia sekarang macam mana."tegas Nufail. Dia bergegas mendapati Jamsyir sebaik sahaja dia dihubungi pada petang itu. Dia semakin cemas apabila mendapat tahu Nusair cuba untuk melakukan kekerasan terhadap adiknya sendiri.

"Aku rasa kau boleh agak macam mana keadaan dia sekarang. Dia jadi adik kau lebih lama dari jadi isteri aku."balas Jamsyir. Dia duduk dikerusi bersebelahan dengan Nufail. 

Nufail terdiam. Di hati turut merasa bersalah. Kerana itu semua berpunca dari ahli keluarganya sendiri. Simpatinya tumpah pada nasib adik perempuannya itu. Bertambah-tambah musibah menghadapinya.

"Aku tak faham sebenarnya. Apa masalah Nusair ni? Apa yang dia dendam sangat dengan Wairah?"tanya Jamsyir.  Nufail menarik nafas cuba mendapatkan sedikit kekuatan untuk bersuara membuka aib keluarga itu.

"Wairah tak cerita dengan kau?"

"Ada. Tapi aku tak faham kenapa dia boleh masuk penjara? Apa jadi lepas dia cuba... dia cuba.. Well you get what I mean. Apa jadi lepas tu?"tanya Jamsyir.

"Lepas kejadian pergaduhan besar tu. Mak jatuh sakit. Ayah halau Nusair. Nenek tak nak malukan nama keluarga so, tiada sebarang laporan dibuat."

"What?! So, dia lepas macam tu sahaja? That's not fair. She's your sister."Jamsyir tiba-tiba naik angin dengan pernyataan yang diucapkan oleh Nufail.

"I know. Tapi waktu tu aku sendiri bingung nak buat apa. Jadi aku cuba. Aku cuba buat keputusan yang terbaik masa tu. Dua bulan lepas tu. Nusair ditangkap sebab kes pecah rumah. Dia pecah rumah sebab ketagih dadah. I don't know how, somehow dia dapat parol."

"Bukan parol kena ada sokongan keluarga ke?"

Nufail mengeluh rasa muak dengan nasib keluarga sendiri yang sanggup menutup aib dari kebenaran.

"Aku nak cakap lebih susah. Tak semua masyarakat kita boleh terima. Terutama sekali orang tua. Mereka tak boleh terima kalau anak-anak melaporkan kes-kes salah laku seperti cubaan rogol, liwat, domestic violence etc. Aib. That's all they say. AIB. Mentaliti orang kita, macam ni lah.  Apatah lagi pelakunya merupakan ahli keluarga sendiri."

"So, no surprise kalau dia dapat sokongan dari keluarga untuk dapat parol. Pasti Nusair berlakon depan nenek untuk dapat sokongannya. Nusair dari dulu memang licik."sinis dan berbaur geram sahaja kata-kata itu diucapkan. Jamsyir cuba membaca riak wajah abang iparnya itu. Sempat juga dia melihat Nufail menggenggam penumbuk erat.

"Jadi sekarang hukuman parol dia kira terbatal kan?"tanya Nufail.

"Pegawai Penjaga Parol akan buat laporan terhadap kesalahan kerana melanggar syarat-syarat yang ditetapkan. Dia akan segera dipindahkan ke penjara semula. But, I still worried they gonna release him after two or three years. We can't possibly accuse him or buat laporan polis bagi kesalahan untuk cubaan mem..bu..nuh?"perlahan-lahan Jamsyir mengucapkan kata-kata itu. Dikhuatiri Nufail akan tersingung dengan pertanyaannya. Nufail mengangkat kepala memandang Jamsyir.

"No?"tanya Jamsyir seraya menggelengkan kepala.

"You can't believe me, but I love too."sinis sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Nusair. Namun dia membuang pandang ke arah lain.

"But I don't think mom's gonna allow it."

"Wairah is my wife. I don't think I have to get a permission to protect my wife."

Voldemort Vs chibikoWhere stories live. Discover now