Discussion

15 2 0
                                    

WAIRAH turun ke bawah pada pagi itu dengan persoalan yang banyak bermain di minda. Kata-kata Nurhan mengenai tiga formula semalam masih terngiang-ngiang di telinga.

Wairah berjalan menuju ke dapur lalu membuka pintu peti sejuk. Sekotak susu dairymilk di capai. 'Kau tak tahu kalau kau tak cuba'kata-kata Nurhan itu terngiang lagi.

"Argh! Nurhan!" getus Wairah dengan geram sambil menutup pintu sejuk dengan kuat.

"Kenapa dengan Han?"tegur seseorang dari belakang. Terangkat kedua belah bahu Wairah dengan teguran itu.

"Abang Nuh. Tak pergi kerja ke?"tanya Wairah sekadar berbasa-basi.

Nufail terkesima sebelum menarik kerusi meja makan di dapur itu. Dia duduk lalu mencapai sekeping roti yang ada di atas meja.

"Half-day." Jawab Nufail pendek. Wairah mengangguk faham. Dia memandang Nufail cuba membaca reaksi sebelum bersuara. Belum sempat dia membuka mulut. Nufail terlebih dahulu bersuara.

"Macam mana dengan keluarga bakal mentua?"tanya Nufail. Dia mengunyah roti itu sebelum menyandar di kerusi memandang adiknya.

"Hah?"

Nufail berdehem sebelum tersenyum.

"Abang tanya. Macam mana dengan keluarga Jamsyir? Macam mana dia layan kau?"tanya Nufail lagi.

Wairah menelan liur sebelum duduk berhadapan dengan abangnya itu. Dia sempat menuang segelas susu untuk Nufail.

"Keluarga diorang okey je sebenarnya. Takde pun masalah apa." Jelas Wairah. Dia tidak mahu membicarakan lebih hal mereka. Terutama sekali soal layanan Jazmina terhadapnya. Nufail menganggukkan kepala.

"Habis tu tadi kenapa asyik cakap seorang diri? Tengah fikir apa?"tanya Nufail lagi. Dia bukan tidak tahu soal adiknya itu.

Wairah jarang menyuarakan masalah yang dihadapinya. Dia takut untuk merasakan dirinya menjadi beban. Padahal Nufail tidak kisah akan itu semua. Wairah satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Dia mahu adiknya itu sentiasa tersenyum bahagia. Itu juga menyebabkan dia meyakinkan mak dan ayah untuk menjodohkannya dengan Jamsyir.

"Takde apa." Wairah menggeleng kepala. Nufail mengeluh seraya memandang ke arah adiknya itu.

"Wairah, kau bukan sehari tau, jadi adik aku."kata Nufail yang ingin tahu dengan lanjut mengenai perkara itu. Wairah mengeluh kecil sebelum menggaru kepalanya.

"Abang tahu kan macam mana hubungan Wairah dengan Jamsyir dan kakak dia Jazmina?"tanya Wairah. Nufail berjeda seraya membuang pandang ke arah lain.

"Erm, kurang lebih. Tak dengar sangat. But nampak macam tak sebulu. Kenapa?"tanya Nufail. Wairah menarik gelas susu di atas meja sebelum dipusing-pusing mencari perkataan sesuai untuk memulakan cerita.

"I did challenge them on IG live minggu lepas."

"Owh yang tu."

"Abang tengok ke live tu?"tanya Wairah lagi. Nufail mengangguk.

"I think you did pretty well. Everyone kat whatsapp group think yang korang berdua in love. Abang tak tengok live ig kau.. I mean Live. Someone upload it on fb..."

"Fan page."teka Wairah. Nufail mengangkat muka memandang adiknya.

"You didn't create that fan page?"tanya Nufail. Wairah menggelengkan kepala.

"Owh, so. This is all about?"soal Nufail.

Wairah menganggukkan kepala. Itu juga menjadi salah satu masalah yang merungsingkannya sejak minggu lepas. Ditambah lagi dengan kata-kata Nurhan semalam membuatkan dia lebih takut untuk memikirkan apa yang akan berlaku.

Voldemort Vs chibikoWhere stories live. Discover now