Badminton

10 2 0
                                    

WAIRAH melabuhkan punggung di kerusi panjang bilik persalinan itu. Matanya dipejam rapat ingin melupakan kedukaan dan keresahannya dalam kelompok orang-orang kaya besar diluar sana.

Selepas fitting baju, Puan Sri Ameenah berjumpa dengan rakan-rakan datinnya untuk makan tengahari bersama. Setiap mak Datin pula datang dengan menantu dan bakal menantu. Wairah terus terkena kejutan budaya berada dalam situasi itu.

Dalam cerita-cerita drama melayu pasti akan ada yang menantu baik dan jahat. Wairah hanya mampu bersabar melayan pelbagai karenah mak datin. Ada yang rendah diri. Ada yang sombong diri, bangga diri, tunjuk menunjuk sesama sendiri. Apabila Wairah menjadi bahan bualan dan sindiran, seperti biasa dia tidak akan duduk diam. Datin-datin yang toksik terus tarik muka masam apabila sindiran Wairah mengena.

Namun, dirinya terkena kembali apabila dia tidak handal dalam permainan golf tadi. Terus terang cakap Wairah memang tidak berminat langsung dalam sukan yang membosankan itu. Dalam pada itu lamunannya terhenti apabila bahu kirinya di tepuk. Wairah terus mendongak. Fairuz anak Datin Marlina tersenyum memandangnya.

“Akak okey ke?”tanya Fairuz. Wairah menganggukan kepala. Dalam banyak-banyak anak menantu datin yang datang, hanya Fairuz seorang sahaja yang mahu bersembang dengannya.

“You look so depressed earliar.”kata Fairuz. Wairah tersengih.

“Nampak sangat ke?”tanya Wairah. Fairuz tergelak sebelum mengangguk.

“First time datang gathering?”tanya Fairuz. Wairah mengangguk.

“I can’t blame you. Komuniti VVIP ni lebih banyak toksik. So kena pandai-pandai beringat lah. But, don’t worry. I’m not one of them.”jelas Fairuz.

“Ho, really? Tapi tadi dengan anak Datin Norlia...” Wairah sengaja menggantungkan kata. Fairuz tergelak lagi.

“Eh, itu kes lain. Aku dengan Husna memang dari dulu rival. Malas lah aku nak cerita. Buat sakit hati je. Jomlah.”ajak Husna.

“Eh, aku tak tukar baju lagi.”beritahu Wairah. Husna mengetap bibir sebelum mengeluh kecil.

“No need lah. Lepas ni macam mak-mak datin tu nak ajak kita main badminton.”beritahu Fairuz. Wairah mengangkat kening  tidak percaya.

“Don’t give me that look. Memang mak-mak Datin hujung minggu akan bersukan bersama-sama.”ujar Fairuz lagi. Wairah memuncungkan mulut kecewa.

“Tak penat ke. Aku keluar dari pagi tadi.”keluh Wairah.

“Well you have too. Aku pun dulu tak biasa dengan semua ini. But once you married dengan anak Datuk, in your case Tan Sri. They will not take any excuse from you.”jelas Fairuz.

“But, aku tak kahwin lagi.”

“That’s my point. Sebab tu Puan Sri ajak kau datang hari ni. Supaya nanti kau tak culture shock.”balas Fairuz. Wairah mengeluh.

“I... already... did.”jawab Wairah satu persatu sebelum tunduk. Fairuz tergelak.

“Cheer up. I heard Jamsyir akan datang teman kau.”kata Fairuz dengan senyumannya.

Wairah terus bertambah stress mendengar nama itu. Okey, untuk pengetahuan, dorang semua ni tak tahu aku kahwin paksa. Hanya keluarga dua belah pihak mengetahuinya. Bagi orang luar Jamsyir dan Wairah kahwin kerana cinta. 

Itu semua terjadi gara-gara videonya beberapa minggu lalu yang viral.Ada page fandom lagi. Video dia berkejaran di pasar. Di perhentian bas. Di kafe. Dan yang paling baharu live ig nya semalam. Semuanya ada disitu. Wairah hanya mampu tersenyum hambar. I hate social media bisik hatinya.

“Jom.”ajak Fairuz. Mahu tidak mahu Wairah berdiri juga mengikuti langkah kaki Fairuz.

Wairah mengorak langkah ke gelanggang badminton eksklusif milik Puan Sri Ameenah dengan perasaan berat hati. Dia memerhati keadaan sekeliling. Ruangan itu sederhana besar, cukup menempatkan dua gelanggang badminton.

Voldemort Vs chibikoWhere stories live. Discover now