“EEEIII!!! Argghhh!!! Sakitnya hati aku ni. Allah je yang tahu. Sampai hati dia hina aku macam ni. Memanglah aku takde duit. Tapi aku tak akan pernah mencuri kau tau tak?!!”rungut Wairah seorang diri. Dia menepuk dadanya dengan kecewa. Dia duduk disisi pagar koridor ditingkat empat itu.
“Diorang ni pun satu. Dah beli tu tunggulah aku. Tak pun letak resit kat beg tu. Ini tak. Buat malu aku je. Kena hina pulak oleh Mr. Voldermort yang gila. Depan orang ramai pulak tu. Dua kali. Dua kali dia dok mengata aku. Ahhh~”Wairah merungut lagi sambil meraup mukanya.
Setelah emosinya kembali normal baru dia teringat hendak mencari teman-temannya. Dia dengan malas menyeluk saku seluar skinnynya lalu mengeluarkan smartphone untuk menghubunginya temannya. Nombor telefon kawannya didail.
“Hoi Makcik! Kau kat mana? Lebih baik kau cepat datang kat sini sebelum aku buat announcement yang bukan-bukan. Aku masih kat tingkat yang sama. Cepat tau!”arah Wairah dengan tegas.
Tanpa mendengar apa-apa alasan dari Adel, dia terus menamatkan panggilan. Wairah mula melangkah menuju ke tempat yang ditinggalkannya tadi. Dia ingat kalau dia situ kawan-kawannya akan senang datang mencarinya.
Telefon pintarnya berbunyi mengeluarkan notifikasi. Papan kekunci dibuka dengan face recognition. Satu notifikasi dari media sosial, instagram.
Gambarnya yang memakai dress tadi terpampang besar dari ig Adel.Waiting for My Mr. Husband. Captionnya itu meraih banyak komen dan butang like sudah mencapai beberapa k. Pelbagai komen diisi dalam ruangan itu. Ada yang positif ada yang negatif. Ada yang sengaja tag namanya lalu disambung marry me. Wairah mengetap bibir geram. Adel ni memang nak kena.
Bukan sahaja Adel, malah Yana juga memuat naik gambarnya. Namun kali ini gambar mereka bersama. Caption Yana pula hanya, hangin out with my buddyz. She tag ignya lalu disambung looks pretty. Ruang komen dan butang like sudah mencapai beberapa ribu.
Wairah mengeluh. Kedua orang rakan baiknya itu memang suka berkongsi moment di laman insta. Wairah mengeluh tiba-tiba tubuhnya ditolak tubuhnya ditolak dari arah belakang.
“Hoi! Takde mata ke?!!”jerkah Wairah dengan kasar. Sudahlah dia tiada mood gara-gara tadi, lepas itu temannya itu memuat naik gambarnya. Kali ini dia dilanggar pula. Bahunya terasa sakit akibat ditolak kasar sebegitu rupa.
“Adik tolong dik! Beg akak!”jerit Seorang wanita yang memandang ke arah Wairah.
Tanpa menunggu lama, Wairah terus mengejar peragut tadi sambil menghumban beg sikutnya yang agak berat dengan barang itu. Beg itu melayang tepat mengena kepala peragut itu. Peragut itu jatuh tersungkur lalu cuba untuk berdiri. Namun, kaki Wairah terlebih dahulu sampai lalu mengena perut lelaki itu. Lelaki itu terus terduduk sambil mengaduh kesakitan.
“Oh, budak lagi rupanya. Patutlah bodoh semacam. Siapa ajar kau meragut masa-masa macam ni hah?! Kat Mall pulak tu. Engkau otak letak kat mana hah?! Tinggal kat rumah?!!”marah Wairah.
Sudahlah hari itu nasibnya malang kerana asyik ditimpa masalah. Datang pula remaja yang bodoh meragut di pusat membeli belah itu.Kemarahannya yang ditahan-tahan tadi dihamburkan sahaja pada remaja lelaki itu.Handbag ditangan remaja lelaki itu dirampas. Remaja lelaki itu mencerlung mata ke arah Wairah. ‘Eleh, macamlah aku heran sangat dengan mata kau tu. Aku cucuk nanti. Buta macam kasim selamat. Baru padan muka.’gumam hati Wairah. Dia memaksa remaja lelaki itu berdiri lalu mengilas tangannya ke belakang.
“Apa pulak yang berlaku kat sini? Haih, tak habis-habis kecoh je dibuatnya.”rungut satu suara lelaki yang dikenali oleh Wairah.
‘Apasal aku rasa macam tak sedap hati ni?’soal Wairah dalam hati. Dia menelan air liur yang terasa pahit itu lalu berpaling. Dia ternampak lelaki yang sama menghinanya tadi. ‘Ya Allah. Tak sudah-sudah kau menguji aku hari ni.’rintih hati kecil Wairah. Jamsyir sedang memeluk tubuh memandangnya.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomansaDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...