Sebaik tiba di Hospital besar, Wairah segera dibawa ke unit kecemasan. Jamysir hanya mampu bersabar melihat isterinya disorong masuk ke dalam wad itu. Dia berdiri bercekak pinggang menunggu. Bahu kirinya di tepuk. Jamsyir menoleh. Jurhani memberikan senyuman dan riak wajah yang cuba memberikan ketenangan kepada adiknya.
"Sabarlah. Insya-Allah dia takkan apa-apa."Jurhani bersuara cuba menenangkan kerisauan dihati Jamsyir pada ketika itu.
Wajah pucat adiknya diperhati. Itu kali pertama dia melihat wajah itu menunjukkan sebarang kerisauan. Dia sebenarnya pasti bahawa adiknya itu banyak memberikan perubahan semenjak berjumpa dengan Wairah beberapa bulan lalu. Jamsyir lebih independant, lebih mudah untuk menerima teguran, lebih mudah untuk dibawa berbincang. Cuma dia masih risau dengan night life yang masih diamalkan Jamsyir.
"Ya-Allah. Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja."Ucap Jamsyir sambil menekup mukanya. Rambutnya ditarik ke belakang cuba untuk menenangkan hati. Jurhani yang mendengar pengucapan itu tersengih.
"Pelik pula bila abang dengar kau ucap macam tu."
Jamsyir mengerutkan dahi lalu menoleh memandang Jurhani.
"Pelik apa pula ni? Pelik ke kita risau dengan isteri sendiri.?"
"Kalau orang lain tak. Tapi kalau kau, ya "
"Hah?!"Jamsyir mengerutkan dahi.
"Yelah, you and her. You change like 180 in one night. So are you saying... You and her..."Jurhani menggantungkan ayat. Dahi Jamsyir berkerut mendengar pengucapan abangnya itu.
"Abang jangan nak memandai buat ceritalah. Dia isteri Syir. Tanggungjawab Syir. Abang dah kahwin kan? Rasanya Syir tak perlu sebut kenapa."
Jurhani mengangkat bahu tanda tidak kisah dengan apa yang dicakapkan adiknya.
"Jangan nak buat news kat mama dan Tok Mah. I'm just playing role as her husband."sambung Jamsyir lagi. Jurhani tersengih.
"Yeah, right. We'll see about that."balas Jurhani. Jamsyir menggelengkan kepala malas mahu mengambil kisah. Namun Jurhani bersuara lagi.
"You gonna fall for her."usik Jurhani. Suka benar dia melihat reaksi menggelabah adiknya itu.
"No, I don't"
"Yes, You are."
"No, I don't."
"Yes .You are Jamsyir. Right now. You look very different."balas Jurhani. Mata mereka bertembung sebelum Jamsyir mengalihkan pandangan ke arah lain.
"No. I don't."balas Jamsyir lagi tapi kali ini dengan nada yang rendah.
Jurhani menarik nafas sebelum melepaskannya secara perlahan. "Syir, Kau bukan sehari tau jadi adik aku."ucap Jurhani. Jamsyir tunduk memandang jubin lantai hospital itu.
"Macam nilah. Satu je nasihat abang. Kalau betul memang kau suka. Jangan tunggu lama. Sebab akan ada lebih baik dari kau yang boleh jaga dan menyintai dia. Kalau kau rasa tak boleh jaga dia pulangkan dia pada orang tua dengan elok. Macam mana kau dapat, macam tu jugaklah kau pulangkan dia. Abang tahu, Syir tak seteruk apa yang orang cakap kat luar. Sebab abang tahu adik abang macam mana. To be honest, kau dah banyak berubah semenjak jumpa Wairah. Abang suka."sambung Jurhani.
Kata-katanya itu membuatkan Jamsyir terdiam dengan sejenak. Tidak disangka Jurhani memerhati dan memahami segala tindak tanduknya. Memang dari dulu lagi, abang sulungnya itu seakan memahami segalanya.
"Fikir-fikirkan lah. Abang nak balik dulu. Nanti abang minta Pak Samad hantar kereta kau ke sini."Beritahunya. Jamsyir menganggukkan kepala.
"Kalau ada apa-apa nanti update kat whatsapp group."
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomantiekDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...