KIT tae mai tteung... Kit..Kit tae mai tteung..'Wairah menyanyi kecil sambil menyusun bajunya masuk ke dalam almari. Ear bud yang dipakai sangat selesa dan kalis bunyi sehinggakan dia tidak menyedari ada sepasang mata yang memerhatikannya dari muka pintu.
Wairah menutup pintu almari seraya berpaling. Dia ternampak kehadiran si adik bongsu dimuka pintu. Dia terkesima sebelum menekan earbud untuk pause seketika.
"Kau nak apa?"tanya Wairah. Dia menarik kerusi sebelum duduk menghadap Nurhan. Adiknya itu berjalan masuk sebelum duduk dibirai katil.
"Aik, takkan aku tak boleh masuk bilik kau."balas Nurhan. Dia memeluk bantal t-rex Wairah.
"Kau kalau masuk sini mesti nak sesuatu. Tak ada lain. Cakaplah kau nak apa?"tanya Wairah yang sudah masak dengan perangai adik bongsunya itu. Nurhan sudah tersengih-sengih.
"Kau... kau boleh tolong aku ke?"tanya Nurhan. Wairah tersengih sambil menggeleng kepala. Nurhan sudah monyok melihat reaksi si kakak.
"Boleh ke tak?"bentaknya.
"Pernah ke aku cakap tak, kalau kau minta tolong? Hah? Pernah? Kalau aku cakap tak, mesti kau akan paksa pun kan? Macamlah aku tak tahu adik bongsu aku ni manja."balas Wairah. Nurhan sudah tersengih seperti kerang busuk.
"Kau boleh tolong aku pujuk mak tak. Aku nak ambil lesen motor dan kereta lah. Senang lah aku nak ulang alik pergi sekolah. Lagipun tahun depan aku masuk U takde nak fikir dah."beritahu Nurhan. Wairah mengeluh memandang si adik. Anak mata itu ditatap dengan penuh pengharapan.
"Boleh tak?"tanya Nurhan lagi.
"Kenapa kau tak minta tolong abang Nuh?"tanya Wairah sengaja menukar topik. Nurhan mencebik.
"Bukannya aku tak nak. Kau pun faham kan abang Nuh nak kahwin. Taknaklah susahkan dia."balas Nurhan. Wairah terkesima.
"Habis, kakak kau ni pun nak kahwin tau."
"Kau kahwin dengan anak Tan Sri. Lain cerita."balas Nurhan namun cepat-cepat dia mengetap bibir kerana terlepas cakap. Wairah memandang tajam ke arah Nurhan.
"Auw... Thanks Nurhan. It's not at all depressing."ucap Wairah yang sudah berdiri. Nurhan bungkam dia segera menarik tangan Wairah.
"Akak. Maaf."cepat sahaja Nurhan mengucapkan kata maaf apabila tanpa sedar melukakan hati kakaknya itu.
Wairah mengeluh. Bila adiknya sudah memanggilnya dengan 'kakak', dia tahu, kata-kata maaf itu ikhlas dari hati. Dia duduk dibirai katil disisi adiknya.
"Aku tak nak menyusahkan abang Nuh. Dia dah lama nak planning nak kahwin. Man pula sebab dia kerja part-time lebih awal dari aku. Jadi dia tiada masalah ambik lesen sendiri. Kau sendiri pun ambik lesen sebab menang banyak pertandingan. Aku je yang... yelah macam ni. Aku takut nak minta kat ayah. Kau tolonglah yakinkan mak. Boleh kan?"pinta Nurhan.
Entah kenapa dia selesa meluahkan segalanya kepada si kakak yang seorang ini.
Wairah diam menekur lantai. Dia mengeluh sebelum kembali memandang si adik yang memandangnya dengan penuh pengharapan.
"Tapi, Han. Kita semua ambil lesen lepas tamat sekolah." Wairah cuba untuk memujuk Nurhan supaya bersabar dalam soal itu. Dia tahu jiwa remaja Nurhan inginkan itu semua. Dia faham, dia pun dahulu begitu. Tapi hal itu mengaitkan keselamatan adiknya. Dia tidak mahu kejadian yang tidak di ingini berlaku sekiranya dia bertindak melulu menolong adiknya.
"Nak tolong ke tak nak tolong ni."rengek Nurhan. Dia memuncungkan mulut tanda kecewa. Wairah memandang Nurhan sambil menggosok rambut Nurhan kasar.
"Aku tak janji. Tapi aku boleh cuba. Insya-Allah esok aku cuba cakap kat mak. Okey."Pujuk Wairah. Nurhan kembali tersenyum lalu menganggukkan kepala.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomanceDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...