"Sial! Aku terlepas dia lagi! Banyak betul orang nak selamat kan dia. Sakitnya hati aku!"Nusair mendengus kasar. Tong sampah dbkk itu di tendang dengan rasa amarah yang memuncak.
"Kau tengok nanti Wairah. Aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Kau takkan bahagia selagi aku ada.!"nekad Nusair. Dia meludah ke arah surat khabar yang memaparkan wajah Jamsyir dan Wairah.
.......................................................................
Selepas peristiwa malam itu, Wairah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang sebaiknya. Makan pakai semua diaturnya. Layanan juga diberi dengan penuh kemesraan. Cuma apa yang merunsingkannya saat itu.
Jamsyir seolah tidak banyak memberikan layanan yang sepatutnya. Jamsyir hanya baik dan mesra apabila dia mahukan haknya. Wairah akur dengan semuanya. Tapi jauh sudut hati. Dia kecewa, dia merasakan apa yang di berikan tidak setimpal dengan layanan Jamsyir kepadanya. Dia buat aku macam .... Macam perempuan simpanan.
Aku ingat selepas kejadian tu. Dia dah berubah. Tapi sebenarnya. Sikit pun tidak. Dia masih dengan kehidupannya. Cuma dia sudah tidak bermalam dengan wanita lain dia hanya akan datang kepada ku bila malam menjelma. Aku takut sangat bila aku tak dapat layan. Dia akan cari yang lain? Sekarang isu penyondol bukan main hangat lagi.
Ya Allah. Berat sangat untuk ditanggung. Kahwin cuma untuk ini ke? Dia takde rasa cinta ke dengan aku? Ke hanya aku yang terhegeh-hegeh menagih cinta darinya? Aku macam ni, aku cintakan dia ke?
Airmata Wairah menitis ketika berdoa diatas sejadah. Sepanjang sebulan dia menjadi isteri Jamsyir Syahran. Dia tidak pernah nampak suaminya itu solat berjemaah bersamanya. Doa dipanjatkan lagi. Memohon kepada maha pencipta. Semoga diberikan hidayah kepada suaminya.
Selesai bersolat. Dia melipat telekung dan sejadah. Wairah sempat menjenguk ke katil. Jamsyir masih lena disitu. Dia tiada niat nak bangun ke solat subuh sama? Sebelum ini bukan dia tidak pernah mengejutkanya. Pernah tapi selalu tidak berjaya.
Bau busuk yang memualkan menusuk masuk ke rongga hidung. Hmmp, balik pun dia. Ingatkan tak tahu jalan balik rumah lepas kejadian semalam. Ini dah Sah! Sah! Pergi minum semalam. Dengan perempuan tu ke?soal Wairah dalam hati.
Airmata yang kerap sangat jatuh dikesat laju.Dia mengeluh kecil. Bila lah tabiat buruknya yang satu itu ditinggalkan. Dah malam-malam baru ingat nak cari aku. Wairah menarik bantal lalu menghempas ke tubuh yang baring terlangkup itu.
Buk! Bantal itu tepat mengena ke arah kepala suaminya. Padan muka engkau. Dia mula melampiaskan rasa kemarahannya semalam. Jamsyir terkejut dengan pukulan itu. Namun tidak terus bangun. Dia mengeliat kecil lalu merengek. Mata sepetnya dicelikkan. Wajah si isteri menjamah matanya.
"Oh, chib. Dah pukul berapa?"tanya Jamsyir yang masih mamai itu. Dia memisat mata dan menggosok hidung.
Hah, itu lagi satu tabiatnya. Suka benar memanggil nya dengan gelaran Chib/chibi. Ingatkan dengan kejadian sebelum ini suaminya itu akan memanggilnya dengan nama.
"Dah masuk subuh. Pergilah solat"arah Wairah. Suaranya ditegaskan. Sekadar menegur mengikut kewajipan. Jika Jamsyir menolak. Dia nak buat apa kan? Tapi jawapan Jamsyir sudah dapat diramal.
"Kau pergilah dulu. Aku nak tidur jap."
Dia kembali melelapkan mata dan mengubah posisi untuk tidur.Wairah menggelengkan kepala. Suaminya itu sungguh liat untuk disuruh solat. Ada sahaja alasan kreatif dibina olehnya.
Wairah turun ke bawah. Dia berhenti dihujung tangga. Masih termanggu disitu. Keliru mahu ke dapur atau duduk sahaja diruang tamu. Akhirnya dia memilih untuk duduk di ruang tamu. Kerana baginya terlalu awal untuk membuat sarapan.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomanceDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...