KRING!!! Jam loceng milik Wairah berbunyi sangat kuat pada pagi itu. Mata Wairah terus tercelik. Dahinya dikerutkan. Jam dicapai jarum jam diperiksa. 'Alamak! Aku dah lambat. Matilah aku kena tibai dengan mak ni'rungut Wairah. Kelam kabut dia mandi dan bersiap. Kasut ladies yang betapak nipis itu disarung sebelum berlari menuju ke pintu pagar. Basikal ditarik lalu dikayuh menuju ke pusat bandar.
Sampai dipusat bandar, Wairah terus membelokkan basikalnya menuju ke lorong kiri dimana Pasar Ria berada. Wairah melangkah masuk ke dalam pasar menuju ke gerai buah milik keluarganya. Hajah Salmah sudah bercekak pinggang memandangnya yang berjaket biru dengan hud dikepala.
"Lewat lagi. Mak cakap apa semalam?"tegur Hajah Salmah. Dia sudah memeluk tubuh dingin. Geram dengan anaknya yang langsung tidak mendengar kata itu.
Wairah hanya menyeringai dia berjalan masuk menuju ke tempat rehat yang sedikit tertutup itu. Hud dibuka. Begitu juga jaketnya. Barulah ternampak baju sebenar yang dipakainya. Sehelai blaus yang berfabrik ringan berwarna ungu cair yang dipadankan dengan tudung bawal shiffon dua warna itu membuatkan penampilannya sedikit menonjol. Seluar baggy itu ditarik menampakkan skinny jeans berwarna hitam menutup semua bahagian tubuhnya.
"So, how do I look?"tanya Wairah bergaya bak model didepan maknya. Hajah Salmah tersenyum.
"Anak mak memang cantik. Pakai apa pun. Dah jom. Kita dah lambat ni."kata Hajah Salmah.
Mereka berdua bergegas menuju ke tempat letak kereta.Tengahari itu, mereka telah mengambil tempat makan disebuah Hotel Lotus View yanng bertaraf empat bintang itu. Sampai disana Tan Sri Hamidi dan Puan Sri Ameenah setia menanti kehadiran mereka. Ah! Tidak lupa juga dengan seorang lelaki yang amat dikenali oleh Wairah.
"Usop, Sal. Jemputlah duduk."jemput Tan Sri Hamidi apabila terpandangkan Haji Yussoff dan Hajah Salmah datang menuju ke arahnya.
Haji Yussoff dan Hajah Salmah berjalan menghampiri meja itu. Wairah pula sengaja melambatkan pergerakkannya. Rasanya dia tahu siapa lelaki yang duduk membelakangi dirinya ketika itu. 'I'm just hope, I'm wrong. Oh Please... not him.'bisik hati Wairah
"Wairah! Cepatlah duduk sini."ajak Puan Sri Ameenah. Wairah teleng kepala dengan perasaan geram.'Ah! Sudah. Aunty ni boleh tak jangan tegur Wai dulu. Mesti dia akan menoleh'keluh Wairah dalam hati. Tekaannya itu benar belaka. Lelaki itu menoleh.
"Chibi."panggil Jamsyir dengan senyuman sinisnya.
'Damn!'ucap Wairah dalam hati. Kata-kata itu tiba-tiba saja terlintas dihatinya apabila melihat wajah Jamsyir yang menjengkelkan itu. Teringat lagi petelingkahannya bersama lelaki itu."Voldermort"balas Wairah dengan nada yang rendah. Lambat-lambat dia menarik kerusi untuk duduk. Mereka duduk berdepan antara satu dengan yang lain.
"Mama apa ni? Kata kat Syir nak jumpa client. Kenapa si Chibi ni pulak yang datang?"tanya Jamsyir yang jelas tidak berpuas hati.
"Hei, Voldermort. Aku pun tak tahulah engkau datang. Kalau aku tau, swear aku takkan datang hari ni."Wairah sudah menyampuk akibat geram mendengar kata-kata Jamsyir yang menjengkelkan itu. Dia mencebik bibir tanda tidak suka.
"Jamsyir!"
"Wairah!"
Jamsyir dan Wairah memeluk tubuh diam apabila ditegur oleh Ibubapa masing-masing. Tan Sri Hamidi dan Haji Yussoff berpandangan sebelum masing-masing berkira-kira bagaimana mahu memulakan perbualan.
"Sebenarnya papa sengaja cakap nak jumpa klien penting. Kalau tak, kamu takkan datang punya. Papa dan mama ada sesuatu nak cakap. Sebab tu papa buat macam ni."terang Tan Sri Hamidi.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomanceDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...