1st Encounter

9 1 0
                                    

Wairah termenung sendiri didalam ruang tamu apartment mewah itu. Ketika itu dia sudah selesai mengemas baju dan apa yang patut. Sempat juga dia menjengah ke dapur dan membongkar peti sejuk. Kosong.

Wairah hanya mampu mengeluh. Faham dengan  Jamsyir yang jarang memasak dirumah. Jangan kan masak tidur pun dia jarang pulang ke rumah itu. Sebelum ini, Jamsyir bnyak bermalam di hotel. Selepas dia bertunang pula, Jamsyir lebih kerap pulang ke Villa.

Apa jugaklah yang diharapkan Wairah dengan Jamsyir. Rumah itu ibarat tempat persinggahan. Pada asalnya dua buah rumah itu  berlainan tingkat. Tetapi telah di  satukan menjadi sebuah rumah yg agak besar.

Besar pun bilik cuma dua. Satu atas satu kat bawah. Bilik tido? Satu je. Satu lagi bilik bacaan/pejabat tak rasmi Jamsyir. Sudahnya dia pasti terpaksa berkongsi katil untuk malam itu juga.

Selama seminggu mereka tinggal di Villa. Hanya malam pertama mereka tidur sekatil. Malam berikutnya aku tido kat sofa. Tak rela aku sekatil dengan dia. Biarpun dah sah jadi suami. Cuma yang peliknya. Bila dia sedar. Pasti dia sudah berada diatas katil.

Keadaan itu berterusan sehinggalah semalam. Malam ni macam mana? Dia balik tak ke sini? Atau dia balik ke Villa? Mustahil. Sebab masih ada Tok Mah disitu. Dia tidur kat hotel ke? Dengan perempuan lain? Wairah jadi telan air liur bila memikirkan soal itu.

Dia tidak tahu sampai bila Jamsyir akan berlakon menjadi si suami yang mithali. Mungkin itu semua tamat malam ini? Sebab tu dia beria-ia mahu keluar dengan cepat dari Villa itu. Sebulan sebelum nikah. Takde lagi aku tengok scandal dia kat media sosial. Jangan lah mintak-mintak Wairah oi. Doa yang baik-baik. Keluh Wairah lagi.

Kriuk. Kriok. Perut Wairah berbunyi lagi. Jam di dinding di kerling. Sudah lebih separuh hari perutnya itu tidak diisi. Minda nya masih berperang sesama sendiri. Mahu memesan dari penghantaran makanan ataupun pergi sendiri ke pasaraya. Jika waktu dia bujang pasti dia akan keluar dari rumah itu tanpa ragu. Tapi kini dia sedar, dia sudah berumahtangga izin suami itu lebih penting.

Wairah berjeda memandang skrin telefonnya. Nak call ke tak? Soalnya dalam hati. Telefon pintar ditarik lalu mendail nombor Jamsyir. Beberapa detik berlalu panggilan nya tidak disambut. Wairah mengeluh kecewa. Dia menunggu jua untuk beberapa kali. Namun masih tidak berjawab. Wairah nekad. Dia menghantar mesej sebelum membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu.

...................................................................................................................

Sebaik tiba di pasaraya mini yang tidak jauh dari kawasan perumahan itu, Wairah berasa dadanya sangat berdebar  ketika itu. Bukan kerana dia berada di kawasan yang asing. Namun, sejak dia masuk ke pasar itu bagaikan ada sahaja mata-mata yang mengekorinya.

Wairah cuba untuk mengabaikannya. Tetapi semakin lama. Pandangan tajam itu semakin mengganggunya. Wairah pura-pura menyibukkan diri. Selesai membeli barangan. Dia bergegas pergi dari situ. GrabCar yang dipesan tidak melayannya waktu itu. Barang kali waktu puncak trafik. Membuatkan pesanan nya dibatalkan.

Wairah sudah gelisah di tempatnya berdiri. Dia cuba berjalan ke arah bertentangan. Lembaga itu masih mengekori nya. Dia yakin itu bukan Nusair. Kerana Nusair masih ditahan. Takkan dia larikan diri dari Pusat tahanan? Soal Wairah menelan air liur. Sedang dia bersoal jawab dengan mindanya dia berhenti betul-betul di hadapan lampu isyarat. Dia mengangkat muka.

Lembaga yang mengekorinya itu betul-betul berada di seberang jalan. Sekiranya lampu isyarat itu bertukar hijau. Pasti mereka akan bertembung. Wairah tidak menunggu lama. Cepat-cepat dia buka langkah seribu. Serentak dengan itu lampu isyarat berubah warna.  Wairah menoleh ke belakang. Lembaga itu mula mengejarnya. Dada wairah semakin sesak. Degupan jantungnya semakin kencang. Langkah kakinya di percepat. Dia tersungkur apabila hilang keseimbangan badan akibat berat barang yang dibeli . Wairah cemas. Cuba untuk bangun kembali.

Bahunya disentuh dari belakang. Ada seorang wanita yang berumur lewat 30an membantunya berdiri. Wajah yang cemas cuba di pulihkan reaksinya dengan senyuman. Dia menjawab apa yang patut apabila dijawab. Wairah mengucapkan terima kasih. Dia ingin segera pergi dari situ. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Barang ditangan dilepas cepat sahaja dia mengilas tangan yang menyentuhnya itu.

"Aw, aw, aw.... Wairah!"Lelaki itu merungut kesakitan. Wairah cepat-cepat melepaskan genggaman tangannya apabila mengenali pemilik suara itu.

"Omar."

"Ye aku. Sakitlah."adunya lagi sambil mengurut lengannya. Wairah kelegaan apabila yang menyapanya itu adalah wajah yang dikenali. Biarpun dia sudah tidak mesra seperti dahulu.

"K-kau buat apa kat sini?"tanya Wairah cuba mengawal perasaan yang berkecamuk sebentar tadi. Omar terkesima.

"Aku yang patut tanya engkau. Engkau buat apa kat sini?"tanya Omar. Dia menghalakan pandangan seraya menunjuk kearah bangunan hypermall yang berdekatan. Cactii Hypermall. Salah satu anak syarikat Amir dan Omar. Wairah tersenyum kecil.

"Err.. betul juga. Ehe..."Dia melarikan pandangan ke arah lain. 

Omar cuba membaca reaksi wajah yang digambarkan oleh Wairah itu. Dilihatnya wanita kecil itu sedang membeli sedikit barangan. Lambang plastik. Dia tahu dari pasaraya berdekatan. Kenapa dia ada kat sini? Kenapa Jamsyir biar dia jalan seorang diri? Kenapa dia nampak macam ketakutan? Panic attack?soalnya dalam hati.

"You're okay?"tanya Omar . Dia mahu mendapatkan kepastian. Wairah mengangguk laju sambil cuba untuk  kelihatan tenang.

"Jamsyir tau tak kau keluar ni?"tanya Omar. Wairah tunduk tidak bersuara. Berat rasanya mahu menjawab soalan itu.

"Okey, Tadi aku nampak kau macam lari dari sesuatu. Ada yang ganggu kau ke?"tanya Omar lagi. Wairah menggelengkan kepala. Omar mengangkat kening curiga. Sebab dia sempat menyaksikan adegan Wairah itu tadi. namun, dia hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mengungkit soal itu. Wairah juga tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut.

"Nak aku hantar ke? Oh, wait. I can't right?Er.. do you want me to call your hubby?"

"No.. Er.. I did told him. But, I... Please I don't wanna.."

"You don't what?"tegur seseorang dari arah belakang. Wairah kaku untuk beberapa saat. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Bibirnya di ketap untuk beberapa kali.

"Jamsyir."tegur Omar. 

Jamsyir hanya memberikan senyuman nipis. Perhatianya masih kepada si isteri yang  diam menekur lantai simen. Dimana tempat dia berdiri. Ada beberapa plastik barang makanan di situ. Hati yang panas kerana respon si isteri menjadi sejuk apabila dia ternampak barang makanan itu. Salahnya juga meninggalkan rumah tanpa sebarang makanan.

"Terima kasih Omar."ucap Jamsyir memandang sekilas kearah Omar. Dia kemudiannya berjalan menghampiri si isteri. Bakul plastik dicapai dan disatukan dengan sebelah tangan. Manakala tangan kanannya menarik lembut jemari si isteri.

Wairah terkejut dengan sentuhan secara tiba-tiba itu. Entah kenapa ketakutan yang sejak tadi menyelebungi dirinya seakan hilang apabila berada dekat dengan suaminya itu. Kehadiran Jamsyir seakan mengusir gangguan lembaga berbaju hitam yang dijumpainya tadi. Kerisauannya beransur hilang. 

Dia menurut sahaja langkah kaki Jamsyir. Dia tidak berani untuk membantah. Dia pasti Jamsyir akan memarahinya nanti. Tapi dia seakan tidak kisah dengan itu semua. Yang dia pasti. Pada ketika itu, dirinya selamat bersama Jamsyir. Buruk baik pun, Jamsyir itu suaminya.

.............................................................................................................................................................................................................................

That's it For now. Headache+flu+cough+gastric.😵‍💫🤧🤢😷

Voldemort Vs chibikoWhere stories live. Discover now