Puan Badiyah atau lebih senang dipanggil Kak Bet itu dilihatnya sedang menyusun makanan diatas meja. Pada ketika itu Wairah baru sahaja melangkah masuk ke dapur. Kelihatan Puan Sri Ameenah dan Datin Hajah Kasmah serentak memandang ke arahnya.
'Shiiiiii...Okey tak jadi mencarut. Kenapa awal sangat nenek dan mama masuk dapur ni? Selalunya orang-orang kaya ni jarang masuk dapur sebab dah ada orang gaji. Ke itu semua cuma stigma?'Wairah berdehem sambil melemparkan senyuman.
"Eh, buat apa masuk dapur. Pergi duduk kat meja."tegur Puan Badiyah.
"Takpe ke? Wairah ingat nak tolong."
"Tak payah susah-susah. Pergilah duduk kat meja."sampuk Datin Hajah Kasmah.
"Nenek tak nak ikut sekali? Jomlah."ajak Wairah cuba untuk beramah mesra dengan orang tua itu. Datin Hajah Kasmah memandang menantunya Puan Sri Ameenah lalu memberikan isyarat mata.
"Ameenah, pergilah dulu dengan Wairah."Arah Datin Hajah Kasmah. Puan Sri Ameenah akur.
"Nanti mak menyusul."sambungnya lagi.
Wairah berjalan beriringan dengan Puan Sri Ameenah. Namun apabila masuk ke ruang meja dia berlanggar dengan Jazmina yang hendak masuk ke dapur.
Jazmina ingin bersuara namun membatalkan niatnya apbila terlihat Datin Hajah Kasmah berada didapur itu.
Wairah jadi serba salah. Dia tidak sengaja sebenarnya bertembung dengan Jazmina.
But wait, macam bau sesuatu. Arak ke?soal Wairah dalam hati. Dia melupakan niatnya mahu bersuara mengenai hal itu.
"Pengantin baru. Awal masuk dapur."usik Tan Sri Hamidi yang mengangkat muka memandang Wairah sebelum kembali menghadap tablet pc ditangan.
"Ingatkan dah tak nak turun"sambung Tan Sri Hamidi.
"Orang baru kahwinlah katakan. Berseri-seri."Jamhuri tidak melepaskan peluang untuk mengusik adik ipar bongsunya itu.
Wairah tanpa sedar mengeluh kecil. Ah~ Mula dah. Sesi usik mengusik ni. Adui, mereka semua ni dah takde topik lain ke nak sembang? Pasal saham ke, ayam serama bertelur ayam katik ke, JDT masuk piala Asia ke. Dean Ambrose menang WWE ke. Aku juga jadi front page hari ni.
"Mama Wairah nak masuk bilik dulu lah."pinta Wairah.
"Dah kenapa?"
"Nak tinggalkan seri dalam bilik."jawab Wairah dengan selamba.
Tan Sri Hamidi tergelak mendengar jawapan selamba dari Wairah itu. Datin Hajah Kasmah yang baru sampai disitu juga turut tersenyum. Dia duduk disisi Tan Sri Hamidi. Dia senang sebenarnya dapat menantu yang pandai bergurau senda dengan keluarga. Dalam diam dia memuji pilihan Puan Sri Ameenah itu menjadi cucu menantunya.
"Kalau dengan Wairah ni. Takde fungsi nak usik-usik. Tak makan saman punya orang. Kan Wairah.."Sampuk Jurhani yang baru datang bersama isterinya Suri.
Di belakangnya ada Anisah yang sudah sarat mengandung anak ketiga. Dilihatnya Anisah terkial-kial untuk berjalan dengan membawa perutnya yang semakin memboyot itu.
Wairah dengan cepat berdiri dan melangkah mendapatkan Anisah. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Jamhuri meneleng kepala malu. Apabila Wairah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Tapi ditebalkan sahaja mukanya lalu menarik kerusi disisinya.
Anisah seperti biasa melemparkan senyuman buat suami.
"Terima kasih Wairah."ucap Anisah. Dia memandang suaminya pula. "Terima kasih abang."dia tidak lupa mengucapkan terima kasih untuk sang suami pula. Jamhuri mengangguk.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomantizmDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...