Back story

9 2 0
                                    


Lapan tahun lepas...

Majlis Sukan Sekolah Malaysia berlangsung dengan meriah sekali pada tahun itu. Setiap tahun kejohanan itu akan diadakan dengan mengumpulkan beberapa atlet yang berpotensi cemerlang dalam sesuatu bidang sukan. Terutama sekali dalam keolahragaan.

Namun, bagi Wairah yang telah terlalu lama meminati sukan MMA itu dia kecewa kerana acara itu tidak ditandingkan pada tahun itu. Tahun sebelumnya pernah dipertandingkan tapi dia tidak dapat mengikutinya disebabkan kecederaan yang dialami. Kini dia kembali, acara itu sudah tidak dipertandingkan.

Nun jauh dipadang dia ternampak Jeremy dan Yana sedang bersedia ditepi barisan balapan. Sebentar lagi acara akhir 200 meter lelaki bawah 18 dan 100 meter wanita bawah 18 akan berlangsung. Dia hanya mampu bersorak apabila mata mereka bertembung.

Bendera negeri digoyang perlahan tanda memberika sokongan.
Tiba-tiba bahu kanannya ditepuk. Wairah menoleh. Adel datang dengan makanan ringan ditangan. Dia duduk disebelahnya dengan selamba.

“Kau termenung jauh ingatkan siapa?”tanya Adel. Yang sudah faham dengan riak wajah temannya itu. Wairah hanya mengelengkan kepala.

“Kau dah cuba hubungi dia?”tanya Adel lagi. Sekadar cuba untuk memulakan perbualan. Wairah menganggukkan kepala.

“Dia cakap apa?”

“Takde apa.”balas Wairah pendek. Adel terkesima.

“Takkanlah takde apa. Muka kau sejak jumpa Omar hari tu tak pernah aku tengok gembira. Sedih je memanjang. Kau dah break dengan dia ke?”sekali lagi Adel bertanya seraya menyerkap jarang.

“Lebih baik break dari macam ni.”balas Wairah. Adel berhenti mengunyah lalu memandang rakannya yang duduk disebelahnya itu.

“Apsal lain macam bunyi. Apa masalah kau sebenarnya ni.”

“Takde apa.”

“Inilah perempuan. Bila tanya. Takde apa. Tapi muka moody memanjang. Kau tak cerita macam mana aku nak tolong?”ujar Adel kegeraman dengan respon dari kawannya itu.

“Kau tak payah tolonglah. Sebab aku sendiri tak tahu nak buat apa.”balas Wairah dengan bersahaja. Adel menggelengkan kepala.

“Amir ada ugut kau ke? Sebab aku dengar abang dia pernah ada hubungan dengan mafia. Dia berjinak-jinak buka syarikat atas pertolongan mafia tu. Bisnes dia maju pun aku dengar sebab tu.”

Wairah menjeling ke arah Adel seraya mengerutkan dahi. “Dari mana kau tau tentang semua tu?”
Adel tergelak.

“Sekarang maklumat semua di hujung jari. Apa kau nak semua akan dapat. So, betullah abang dia ada kena mengena dengan hubungan kau dengan Omar?”tanya Adel. Wairah membuang pandang ke arah trek.

“200 meter dah nak mula.”Wairah cuba menukar topik. Adel memejam mata sebelum mengeluh.

“Wairah, kau jangan jadi bodoh boleh tak? Call Omar. Tanya apa yang tak puas hati dengan dia. Selesaikan cara baik. Jangan biar Amir tu rosakkan segalanya. Kau ingat aku tak tahu ke yang langgar kau tahun lepas tu semua rancangan dia.”kali ini Adel menghamburkan rasa amarahnya. Dia kurang senang apabila temannya itu tidak ambil kisah dengan itu semua.

“Benda tu mengaitkan nyawa tau tak Wairah. Yes, dia bayar duit nak tutup mulut mak ayah kau. Tapi apa yang kau dapat? Lepas tittle MMA. Lepaskan Omar macam tu sahaja. Sekarang kau duduk kat tepi ni mengenang nasib. Sepatutnya tahun ni kau dah bertanding tau tak. Kau tak rasa ke acara MMA tu ditarik balik sebab apa? Hah? Kau tak boleh kaitkan semua tu dengan connection yang Amir ada? Dia ada duit. Semua orang dia boleh bribe Wairah.!”Adel bersuara lagi. Nasib baik mereka duduk agak jauh dari penyokong yang lain.

“Kita tak boleh berprasangka buruk dengan orang Adel. Mak aku tak pernah ajar untuk buruk sangka dengan orang. Apa yang dia buat. Itu kesalahan dia dengan Allah. Bukan dengan aku. Aku terima ni semua ujian dari Allah buat aku. Andai kata Omar tidak ditakdirkan untuk aku. Aku rela.”

Adel mengeluh dengan perasan kecewa.
"Suka hati engkaulah." Dia duduk menelentangkan badan.

Mereka diam buat seketika sehinggalah satu das tembakan dilepaskan menandakan acara trek itu sudah dimulakan.

...................

Voldemort Vs chibikoWhere stories live. Discover now