WAIRAH kembali ke pasar raya itu apabila jarum jam tangannya
menginjak ke pukul satu. Keadaan sesak seperti yang dijangka. Wairah beberapa kali mengeluh. Dia terpaksa berhimpit untuk masuk ke ruang masuk pasar itu. Baru sahaja dia melangkah masuk, satu batang tubuh yang besar dan tegap sedang menghalang laluannya.“Encik, tumpang lalu.”kata Wairah meminta laluan.
“Oh, Sorry dik.”kata lelaki yang lengkap berpakaian sut itu. Dia segera memberikan ruang untuk Wairah lalu.
“Terima kasih.”ucap Wairah seraya tersenyum mengangkat wajahnya.
Berubah wajah Wairah melihat lelaki dihadapannya itu. Keadaan seolah-olah berhenti beberapa saat.
“Kau!!!”kata mereka hampir serentak. Wairah yang mula rasa tidak sedap hati, segera menolak badan lelaki itu sebelum berlari sekuat hati masuk ke dalam pasar.
“Hoi! Chibi! Chibi tunggu!”jerit Jamsyir. Dia segera mengejar Wairah yang sengaja tidak memedulikan jeritannya itu.
Keadaan pasar yang licin, sesak, dan busuk itu menyebabkan langkah Wairah semakin perlahan. Dia berhenti seketika pada satu sudut untuk melepaskan lelah sambil menyendengkan badannya ke dinding. Dia menoleh ke belakang apabila tidak mendengar suara lelaki itu menjerit memanggilnya. Apabila dia menoleh, lelaki itu sudah tidak mengejarnya. Dia mengurut dada kelegaan.
“Hah!”kejut Jamsyir dari belakang. Wairah sudah tergamam dengan kehadiran Jamsyir yang betul-betul ada dihadapannya itu.
Jamsyir terus sahaja menghalang laluan Wairah dengan kedua belah tangannya mengurung Wairah yang bersandar didinding.
“Kau nak pergi mana? Kau tau tak berapa banyak aku rugi?. Itu belum masuk rasa malu aku sebab perempuan-perempuan gila tu. Kalau ikut undang-undang aku boleh saman kau tau. Kau memang nak mati ke?”ugut Jamsyir. Kedua belah tangan Wairah dipegang apabila Wairah cuba untuk menolak bandannya.
“Eeeeii, apa ni? Sakitlah.”ronta Wairah sebelum cuba untuk mengangkat lututnya.
Tapi perbezaan ketinggian yang amat ketara itu membuatkan Wairah tidak berjaya melakukan trick itu. Jamsyir tersengih dengan sinis sekali. Dia semakin menhimpitkan badannya ke arah Wairah.
“Kau tau tak? Sekarang ni kau memang dah buat kesalahan besar? Kau dah buat silap kat aku? Kau tak sedar ke?”soal Jamsyir dengan berbisik ditelinga Wairah yang tertutup oleh tudungnya itu. Jiwa wanitanya bergetar sebelum menelan airliur yang pahit.
“Silap? Huh, kesalahan besar? Sepatutnya aku yang cakap macam tu tau? Kau tak sedar apa yang dah kau buat kat aku sebelum ni? Aku cuma pay back kat kau.”balas Wairah dengan berani. Dia mengangkat wajah memandang tajam ke arah Jamsyir. Jamsyir terkesima sebelum menjarakkan wajahnya dari Wairah.
“Pay back? Berani betul kau cakap macam tu kat aku? Kau tau tak ini semua berkait rapat dengan maruah aku. Engkau dah buat aku macam gigolo, dipeluk oleh orang ramai tempoh hari. Semuanya gara-gara mulut kau tu.”Marah Jamsyir dengan nada yang tinggi dan kasar sekali.
“See, kau sendiri tak suka dimalukan didepan orang ramai. Jadi apa hak kau nak malukan aku pulak. Dah tu tiga kali kau hina aku macam tu. Tanpa bukti yang kukuh. Kau tak layak nak judge orang macam tu tau tak?!”balas Wairah menghamburkan segala ketidakpuashatian terhadap Jamsyir.
“Wah~ Kau ni kan perempuan. Memang.... Chibiko. Menyakitkan hati. Kurus, Kecik sengkek. Ohu~”bebel Jamsyir yang betul-betul menyatakan rasa sakit hatinya terhadap Wairah.
“Kau panggil aku Chibi?”soal Wairah dengan menjegilkan matanya.
“Oh. Chibiko. Chibi-Pshyco. Sesuai dengan kau.”ejek Jamsyir. Wairah mengetap bibir kegeraman. Sepertinya dia mahu mencarik-carik mulut lelaki dihadapannya itu. Berani sungguh mengatakan dirinya gila.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomanceDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...