“Yo! Wassup! Wai. Lama tak nampak.”sergah seseorang dari belakang. Wairah menoleh lalu mendapati teman sekolahnya dahulu. Jeremy. Merangkap sepupu Adel yang bekerja di Kafe itu sebagai Barista.
“Yo, yo… Dah lebih sepuluh tahun tinggal kat Malaysia pun masih tak reti bagi salam ke?”sindir Wairah. Jeremy tersengih sebelum meletakkan jug berisi air di tepi.
“Engkau pun sama. Bila jumpa je asyik membebel. Baru nak keluar gua ke?” sindir Jeremy tidak mahu kalah dengan Wairah.
Wairah buat tidak dengar sindiran itu. Dia dan Wairah beriringan masuk ke dalam dapur melalui pintu belakang itu.
“Adel mana?”Tanya Wairah kepada Jeremy yang baru saja ingin mencapai pek kopi itu.
“Adalah tu kat dalam sana. Kau pergi cari jerlah.”balas Jeremy yang Nampak marah kerana Wairah mengganggunya bekerja.
Wairah masih lagi berdiri disitu. Malu hendak melangkah keluar. Bukannya dia tidak tahu bisnes keluarga Adel yang maju itu. Wairah kembali menuju ke pintu.
“Wai? Kau dah kenapa berdiri kat sana? Pergilah masuk. Adel ada kat atas. Kejap lagi turunlah tu.” kata Jeremy yang tiba-tiba bersuara apabila dia ternampak Wairah ingin keluar dari dapur itu. Dia segera mengarahkan perkerja bawahannya menyambung kerjanya itu sebelum berlalu menghampiri Wairah.
“Takpelah Jer. Aku blah jerlah. Mesti ramai customer kat dalam sana tu. Tak payahlah. Kau pergi panggil Adel jerlah.”tolak Wairah. Anxiety tiba-tiba sahaja menyerangnya. Cepat-cepat berlalu dari situ tetapi lengannya ditarik oleh Jeremy.
“Kenapa pulak ni? Amnesia? Macam tak biasa. Jomlah.”ajak Jeremy seraya menarik wairah masuk ke dalam.
“Alaaahh… Nanti, nanti, nanti. Tak payahlah.”Wairah sedaya upaya menolak tangan Jeremy. Namun dia diheret masuk.
“Wai! Wairah!”panggil seseorang dari jauh. Kelihatan seorang perempuan yang berambut pendek paras bahu memakai blaus biru yang dipadankan dengan mini skirt putih melambai tangan ke arah Wairah.
“Adel!”balas Wairah seraya memeluk erat teman baiknya itu.
“Ah~heung. Rindunya aku kat kau. Lima bulan kat sana macam lima tahun lamanya.”rengek Adel. Pelukan dileraikan.
Mereka bersama-sama menuju ke ruang hadapan kafe. Kedengaran bunyi bising pelanggan yang datang menjamu selera di kafe itu.
“Alah kau ni. Lima bulan jerkan. Rindunya macam orang dah bertahun-tahun lama tak balik Malaysia.” Balas Wairah dengan yakin meskipun dia juga sebenarnya merindui temannya itu. Masakan tidak, kawannya itu terlalu baik dengannya. Masa susah senang mereka bersama-sama menanggungnya. Mereka berdua berdiri dihadapan kaunter.
“Apsal kau tak tinggal kat sana saja. Best apa. Hari tu cakap macam-macam. Makanan kat sana sedaplah. Dapat tengok konsert kpop live lah. Berlagak semacam. Sekarang apasal balik.”Tanya Wairah dengan nada yang meluat. Adel sudah tergelak besar.
“Kau kan mulut. Bila ada peluang nak ejek. Terus serang ek. Tak bagi peluang langsung. Hari tu saja je. Nak temberang kat kau. Aku sakit hati kau tak nak ikut.”jelas Adel.
Pelanggan yang datang mulai ramai. Ada yang terpaksa beratur di kaunter lain kerana mereka berdua yang menghalang jalan ketika itu. Pelanggan lain mula berbisik-bisik.
Namun Adel tidak perasan akan hal itu. Mereka masih sibuk berbual sehinggalah kedatangan seorang lagi temannya yang memakai mini dress merah jambu berdiri dihadapan pintu café.
“Yana!”laung Adel sambil meloncat gembira. Yana juga turut memeluk kedua teman baiknya.
“Yaa… Lama tak jumpa.”Kata Yana dengan bersorak gembira. Suara dan jeritan mereka memenuhi ruangan itu. Beberapa anak mata sedang memandang mereka dengan tajam. Semakin kuat bisikan didengarinya.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomantizmDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...