Step 1

14 2 0
                                    

JAMSYIR menarik lengan Wairah menuju ke taman mini Villa itu. Sampai di situ Jamsyir melepaskan genggamannya sebelum berpaling memandang Wairah. Wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Sakitlah."adu Wairah segera memegang pergelangannya yang merah akibat digenggam kuat oleh Jamsyir.

"Sakit? Hati aku lagi sakit tau bila papa tuduh macam-macam. Yang kau buat perangai waktu kak Ina ada tadi kenapa hah? Kau sabar jelah dengan apa yang dia cakap.Tak pasal-pasal papa tuduh aku hasut kau tolak perkahwinan ni."lampias Jamsyir dadanya turun naik menahan kemarahan.

Wairah mengeluh rasa bersalah. Tapi dihati rasa geram bercampur marah dengan reaksi Jamsyir.

"Ok. Sorry. But, kau ingat tak yang kau nak cari jalan untuk putuskan hubungan ni. Kau siap desak aku lagi."

"Tapi bukan macam ni. Carilah jalan lain."

"Jalan macam mana? Seminggu dua ni kau langsung tak buat apa. Siap goyang kaki. Foya sana-sini. Owh, aku tak cakap lagi pasal budak-budak tu panggil aku maksu. Kau nampak salah aku je kan? Kesalahan kau, kau tak nampak."

"Itu sebab..."

"Owh, instagram. Kau intai IG aku kan?"belum sempat Jamsyir menerangkannya Warah teringat lagi pasal IGnya.

"Well, siapa suruh tak letak private."

"Aku lagi yang salah? Aku tak fahamlah dengan kau ni. Apa masalah kau sebenarnya ni? Kau tak nak kahwin dengan aku. Tapi dalam masa yang sama kau tak buat apa-apa tindakan pun."

"Kalau kau pandai sangat kau carilah. Tapi bukan macam tadi. Aku tak kisah kau nak hilang ke, nak larikan diri ke, atau perlu menipu. Yang penting aku tak nak tengok muka kau masuk villa ni lagi."

"Amboi. Angkuhnya kau"

"Aku tak kisah. Kalau kau tak buat sesuatu. Aku akan buat kau menyesal kahwin dengan aku."ugut Jamsyir. Wairah tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh mendekati Jamsyir.

"Well, that's weird. Kenapa nak buat aku menyesal kahwin dengan kau? Sedangkan, you will lose everything kalau ceraikan aku. Aku ada suami. Aku kahwin dengan anak Tan Sri. Kalau aku nak aku boleh minta dengan mama dan papa. Aku tak rugi apa pun."balas Wairah dengan selamba.

Jamsyir mengetap bibir geram melihat Wairah yang langsung tidak menunjukkan perasaan takut dengan ugutannya. Chibi ni datang dari mana? Kenapa dia macam tak makan saman ni? Soal Jasmyir dalam hati.

"See? You yang akan rugi Jamsyir. Not me. Dan oleh kerana kau dah ugut aku macam tu. Aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku. Dan aku akan rosakkan segala plan kau dengan perempuan lain. Period!"ujar Wairah dengan gaya gediknya.

Semakin sakit hati Jamsyir melihatnya. Dia mengetap bibir dengan geram. Dia cuba untuk bertenang dan mencari jalan untuk memenangi perang emosi itu.

"Kau berani ke buat? Kau tak kisah kalau aku nakkan kau?"

"Maksud kau"tanya Wairah mengerutkan dahi. Jamsyir tersengih nakal.

"I mean. Have a sex with me. Well, If you gonna rosakkan my plan dengan perempuan. You have to be the substitute. Right?"soal Jamsyir. Mengangkat keningnya dengan sengihan diwajah.

"No. I only want my husband to touch me. Not you."balas Wairah. Mereka masing-masing bertentangan mata. Sebelum Jamsyir merengus.

'Well, You can say it now'bisik hati Jamsyir.

"Engkau ni memang psycho lah. Chibi psycho. CHIBICO.!"

"Oho, habis tu kau tu normal sangatlah? Kalau tak kerana kau buat hal, kau punya perangai. Mama takkan cari calon untuk kau kahwin tau tak? Kau tak fikir langsung ke pasal aku yang tiada kena mengena dengan kau, dipaksa kahwin?"jerkah Wairah yang mulai hilang sabar dengan setiap tutur kata yang terkeluar dari mulut Jamsyir itu.

Voldemort Vs chibikoWhere stories live. Discover now