2nd Encounter

13 2 1
                                    

Sepanjang perjalanan, Wairah hanya diam memandang ke luar tingkap. Dia tidak berani mahu bersuara. Sempat juga dia mengerling ke arah Jamsyir cuba membaca riak wajah suaminya itu.  Serius. Beberapa kali Wairah menelan air liur rasa bersalah.

Sampai dirumah, Jamsyir terus sahaja masuk ke dalam dapur meletakkan barang diatas meja.  Wairah pula masih terkulat-kulat di ruang tamu. Dia menanti sekiranya Jamsyir bersuara memarahi atau menasihatinya.

Tetapi suaminya itu hanya diam. Tiada tanda mahu bersuara. Wairah cuba memberanikan diri untuk mendekati Jamsyir. Ketika itu Jamsyir sedang menuang air kedalam botol gelas.

"Jamsyir." panggil Wairah. Jamsyir yang baru lepas meneguk air segera memandang ke arahnya.

"K-kau...Kau marah kat aku ke?" tanya Wairah dengan berhati-hati.  Jamsyir diam. Dalam hati cuba menimbang baik buruk jawapan yang hendak diberikan. Dia meletakkan gelas diatas meja.

"Ya. Aku marah sebab kau tak angkat bila aku call. Aku marah sebab kau tak tunggu pun aku balas mesej. Aku marah sebab aku risau. Siapa yang tak marah bila dapat tahu isteri tak beri sebarang respon selepas keluar dari rumah."jawab Jamsyir bersahaja.

"But when I saw you at that place... I didn't know how to react." sambungnya lagi. Wairah tertunduk diam. Rasa bersalah semakin menghantui dirinya.

Dia mahu bersuara lagi. Namun Jamsyir jadi tidak sampai hati mahu membicarakan lebih lanjut mengenai hal itu. Reaksi diwajah Wairah sudah cukup membuatkan panas dihati mulai menyejuk. Matanya dikalihkan ke arah lain dan sesekali dia mencuri  pandang ke arah isterinya.

"But none of that matters now. Are you okay?"tanya Jamsyir. Wairah mengangkat muka memandang suaminya itu. Emosi yang ditahan sejak tadi perlahan- lahan mula menguasainya. Tembok pertahanan airmatanya seakan roboh tatkala ayat itu keluar dari mulut Jamsyir.

"Omar told everything. Who is it? Did someone... "Jamsyir tidak jadi meneruskan kata-katanya itu apabila matanya menangkap riak wajah si isteri yang mendung. Dia menghampiri si isteri. Tanpa suara dia menarik Wairah ke dalam pelukan. Tangisan Wairah pecah di situ.

"Wairah tak tahu siapa. Dia ikut Wairah...heung.... dia ikut Wairah sejak turun dari grab car.... Wairah ignore je. Tapi lepas beli barang dia sti.... still ikut Wairah....heung....."Suaranya tenggelam timbul. Sesekali tersekat dengan tangisannya.

"Wairah takut... kenapa semua ni berlaku kat Wairah? Dari Wairah kecik lagi sampailah dah kahwin tak habis.. nak ganggu. Apa salah Wairah... Syir. Apa salah aku?"tanya Wairah sedikit meronta dalam pelukan.

"Apa salah aku!.."

"Kau tak salah apa... Tak salah apa. You doing good. You are good girl. Good daughter. And  I'm sure you will make a good wife..."ucap Jamsyir. Ketika itu mereka bertentangan mata antara satu dengan yang lain. Airmata yang mengalir dikesat denga ibujari Jamsyir.

"Apa salah aku.."rengek Wairah lagi.

"Sudahlah. Tak payah nak salahkan sesiapa.Anggap sahaja ujian dari Allah yang perlu kau dan aku hadapi. Okey. Now, Kau lapar tak?"tanya Jamsyir dengan cepat menukar topik perbualan. 

Wairah menganggukkan kepala. Baru dia teringat akan barang-barang yang dibeli tadi. Dia memandang plastik itu diatas meja. Pandangannya jatuh kepada mereka berdua yang masih berpelukan disitu. Jamsyir berdehem namun dia masih tidak melepaskan pinggang yang ramping itu. Wairah sedar. Kewarasan mulai bersambung dengan sel otak yang merembeskan emosi dan perasaan malunya pada ketika itu. Dia mengeliat kecil cuba lepas dari pelukan itu.

"Jamsyir."

"Hmmp."

"Lepas lah."pinta Wairah. Mengangkat wajah cuba untuk memujuk sang suami melepaskannya dari pelukan itu.

Voldemort Vs chibikoWhere stories live. Discover now