"TWO words! Tak nak.!"tegas Wairah dengan suara yang satu oktaf lebih tinggi. Ketika itu mereka sedang bertengkar dihadapan pintu pejabat Jamsyir. Banyak anak mata memandang mereka berdua ketika itu.
Jamsyir mengetap bibir cuba untuk menahan rasa amarah yang memuncak. Dia mencarik satu senyuman paksa. Dia menarik hujung siku Wairah cuba untuk berada jauh dari yang lain.
"Alah. Bukannya lama. Kau keluar untuk satu busana yang last je nanti. Sekali dengan jewelry yang disponsor. Kau tolong aku sikit takkan tak boleh."pujuk Jamsyir. Wairah mendengus geram.
"You heard me?! No means no. Punyalah banyak staff kau muslimah. Suruh jelah dorang ganti. Aku tak nak."tegas Wairah. Dia segera berlalu dari situ. Namun lengannya sempat ditarik oleh Jamsyir.
"Eeei.. apa ni. Lepaslah. Sakitlah sial!"
"Sial kau panggil aku?"jegil Jamsyir dengan matanya. Dia betul-betul terkejut bila Wairah berani memakinya dengan perkataan itu.
"What? Ke, kau nak aku panggil biol?"soal Wairah dengan sengihan nakalnya.
"Biol?"soal Jamsyir dengan geram. Matanya dikecilkan melihat riak wajah Wairah yang selamba dada mengucapkan kata-kata itu. Tanpa sedar genggaman dilengan Wairah diperketatkan.
"Auw.. sakitlah. Aku kata lepaslah. Kau nak kena penampar ke? Tak serik lagi ke?"soal Wairah cuba mengingatkan Jamsyir dengan peristiwa sebelum ini. Nada suaranya seakan mengugut.
Jamsyir yang ingin melenting marah tidak jadi meneruskan niatnya. Bukan kerana dia takut dengan ugutan itu. Dia hanya sekadar mencuba nasib untuk beralah dengan Wairah. Cuba menukar strategi.
Perlahan-lahan dia melepaskan genggaman dilengan Wairah.
Jamsyir mengangkat muka melihat reaksi kemenangan jelas terpancar diwajah Wairah ketika itu. Hati kecilnya tetap mahu mengusik. Dia dengan pantas merangkul pinggang ramping milik Wairah itu lalu dipeluk erat.Tersirap darah Wairah apabila Jamsyir begitu berani mengusiknya dihadapan para pekerjanya ketika itu.
"Jam.. Jamsyir. Lepaslah. Malu orang nampak. Please. Dorang snap picture tu. Please..."rayu Wairah dengan wajah memujuk. Jamsyir tersenyum sumbing. Wajah comel itu menarik perhatiannya. Dia berdehem.
"Biarlah. Kau juga nak the latest rumour tu hilang kan. Biarlah dorang buat headline baru."balas Jamsyir dengan selamba.
Pelukan diperkemaskan.
Wairah semakin rasa kurang selesa dalam situasi itu. Pertama kali dirinya dipeluk dengan erat oleh seseorang yang bernama lelaki.Dadanya berdegup kencang. Badannya terasa panas seakan mereka berkongsi satu suhu badan yang sama. Dia mengerling keadaan sekeliling.
Beberapa anak mata dan bisikan kurang selesa kedengaran. Ada dua tiga orang menangkap gambarnya. Wairah cuba menyembunyikan wajah.
"Jamsyir... Please. Let me go. Don't do this."pinta Wairah lagi. Dia mula meronta dan cuba untuk menolak dada bidang Jamsyir.
Semakin kuat dia menolak, semakin erat pelukan Jamsyir. Wairah mengetap bibir kegeraman. Ah... ini dah lebih ni. Dia segera mengangkat kakinya lalu memijak kaki Jamsyir dengan sekuat hati.
"Argh! Sakitlah."Jamsyir mengaduh kesakitan. Berkerut dahinya menahan sakit.
"Padan muka kau. Siapa suruh tak nak lepas. Rimas dan malu orang nampak. Kita ni belum kahwin tau. Apa orang kata nampak kita berpelukan macam ni. Tak eloklah."Wairah cuba untuk memberikan alasan rasional. Dia tidak mahu juga orang memandang serong terhadap CEO mereka ini.
"Aku tak akan buat macam ni, kalau kau sanggup tolong aku. Dan bukan saja-saja aku nakkan kau. Saiz baju yang model aku pakai sama dengan kau. Dah tiada masa untuk designer tu ubah baju tu hari ni. Memandangkan semua dah ready. Please."pujuk Jamsyir.
YOU ARE READING
Voldemort Vs chibiko
RomanceDefinition of enemy to lover. They both hate each other gut. His arrogant, playboy. And she is hot headed, Lack of patience and competitive woman. She takes no shit. But Destiny had brought them together. An arrange marriage makes this two hate each...