"Along! Aya mana?" Izzudin yang baru tiba di tangga berkerut hebat. Satu pelik kenapa laju pula adiknya tiba di rumah. Dua, kenapa Sofea nak pulang bersamanya sedangkan waktu pulang mereka berbeza hari Ini.
"Mana along tahu. Along ada extra class tadi." Jam sudah menunjukkan 6 petang. Memang semua guru bermatian mencurahkan ilmu waktu ini.
"Along tak nampak Aya?" Kali ini, ibunya pula bertanya. Di belakang, dia melihat Nek Yah mengekori, membuat kerutannya semakin banyak.
"Tak. Kenapa?"
"Cikgu dia bagitahu Aya injured tadi. Tapi Aya tak balik-balik. Nek Yah telefon pun tak angkat." Maklum orang tua itu risau. Dia tahu hal ini pun setelah guru kelas cucunya memaklumkan yang ubat Sofea tertinggal di bilik rawatan tadi.
Izzudin terkejut. Tadi dia menyangka Sofea hanya mengada-ngada mahu dia menjenguk gadis itu. Tambahan pula, dia sedang membuat latih tubi tadi membuatkan dirinya fokus dengan dunia pelajarannya.
"Ya Allah, cucu aku." Nek Yah Mula menangis. Dia sudah tidak tahu mana mahu mencari gadis itu. Satu kampung dia mencari tadi sehinggalah Encik Isa dan Puan Wati yang dalam perjalanan pulang menegurnya yang berjalan sendirian di jalan tika panas terik. Bagaimana kalau cucunya diculik? Sudah pasti Sofea tak mampu menyelamatkan diri dengan keadaan dirinya begitu.
"Tak cuba cari dekat sekolah?" Entah kenapa Izzudin tak mampu berfikir dengan baik sehinggakan soalan agak tidak masuk akal itu terbit dari mulutnya.
"Mestilah dah along! Kawan-kawan dia, semua Aiza dah tanyakan." Aiza memberitahu cemas. Dia sudah buntu di mana lagi mahu mencari Sofea.
Izzudin terdiam sejenak. Andai benar gadis itu hilang, dialah orang paling menyesal kerana tidak menjenguk gadis itu. Sedangkan selama ini, sekecil-kecil sakit Sofea mahupun Aiza, dialah yang pertama akan tiba.
"Along cuba cari." Izzudin meminta kebenaran. Puan Wati pula hanya mengangguk membenarkan. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu menenangkan Nek Yah.
"Aiza ikut!" Laju adiknya menyarungkan selipar serta tudung sarung. Izzudin juga tidak menghalang. Destinasi pertamanya adalah sekolah. Dia berniat mahu mencari Sofea di laluan mereka ke sekolah dahulu. Kemudian barulah dia berfikir tempat lain.
Baru sahaja masuk ke persimpangan ke sekolah, kelibat seseorang berpakaian sekolah terbongkok-bongkok di tepi jalan kelihatan.
"Along! Tu Aya." Izzudin mengecilkan mata memerhati. Walaupun tidak kelihatan wajahnya, sari susuk tubuh itu dia tahu seseorang itu Sofea.
"Aduh! Macam mana boleh terlelap lama ni? Pukul berapa dah ni? Mesti Nek Yah risau." Bebel Sofea sendirian sambil cuba melangkah ke depan secepat mungkin. Dia menarik nafas dalam setiap kali memulakan langkah dengan harapan rasa sakit itu berkurangan namun gagal. Setiap 4 langkah, dia terpaksa berhenti kerana sakitnya ibarat terasa ke otak.
"Kau boleh, Aya. Jangan cengeng sangat." Baru Sofea mahu memulakan langkah baru, sepasang kaki kelihatan berhenti di hadapannya. Perlahan-lahan dia mendongak ke atas melihat gerangan itu.
"Abang..." Izzudin memandang Sofea tajam. Matanya memerhati segenap tubuh Sofea. Dengan pakaian yang sudah berkedut seribu dan tudung yang senget, sungguh Sofea nampak selekeh.
"Pergi mana?" Keras Izzudin bertanya. Sungguh dia marah sekarang lagi-lagi setelah melihat Nek Yah menangis. Berkali-kali dia berpesan pada Sofea agar tidak membuat masalah kerana Nek Yah akan risau.
"Boleh tak jangan nak menyusahkan orang? Tak kesian ke dekat Nek Yah? Menangis orang tua tu dibuatnya."
"Aku tanya pergi mana?!" Aiza yang baru tiba setelah mengejar langkah Izzudin tergamam. Sejak bila abangnya berkasar dengan Sofea?
YOU ARE READING
Carnation
RomanceBerdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pastu ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?