- 22 -

186 11 9
                                    

13 tahun kemudian...











"Akak mesej dengan siapa pula tu?" Bunga mawar kertas berwarna biru dibaling ke arah Sofea. Geram je tengok asyik tersengih macam monyet dekat atas katil.

"Ah sibuklah you! Darling I nak belanja Tesla ni. Jangan kacau!" Liana putar bola matanya ke atas. Tesla konon! Myvi pun tak lepas.

"Sudah-sudahlah akak. Cuba cari satu yang betul-betul serius. Asyik main-main je." Ujar Liana sambil memasukkan telur rebus ke dalam sarungnya. Hampir separuh sudah siap diisi. Separuh dari bahagian dirinya sahajalah. Di sebelah Sofea baru sekuntum yang siapnya.

"Diamlah. You budak tak tahu apa."

"Yang budak nilah yang nak kahwin dua minggu lagi."

"Ish!" Sofea memusingkan badannya ke arah bertengangan. Bingit telinganya mendengar bebelan Liana sedari tadi.

"Cakap tak nak dengar. Baju tu, cuba tukar elok sikit. Makin lama makin hilang kain. Apa benang baju dah habis guna buat kain kapan kau ke kak?" Sofea menjeling.

"You ni, kalau tak buat sakit hati tak boleh ke? Nak sangat I mati?"

"Baguslah kalau sakit hati. Maksudnya ada iman lagi. Kita semua akan mati kak. Confirm tak ada belok-belok dah. Bezanya cara hidup sebelum mati tu. Cuma lepas mati tu, Yana naklah jumpa akak dekat syurga. Kalau tak tegur sekarang, risau tak sempat taubat dah mati dulu." Sofea mengembungkan mulutnya. Kalau Liana dah bercakap, memang tak boleh lawan. Siapa yang ajar? Mestilah Sofea Irdina. Hebat tak hebat si Liana ni bila bercakap boleh dilihat apabila Sofea tak lagi boleh menjawab. Menyesal pula ajar!

"Nantilah. Hidayah belum-"

"Ha cubalah jawab macam tu depan tuhan nanti. Ada berani?" Sofea terdiam. Kakinya dihentak-hentak ke tilam.

"Hentak, hentak. Orang cakap sebab sayang. Dekat dunia bolehlah bagi alasan. Nanti dah berdiri depan mizan, tak sempat nak kelentong dah."

"Yalah, yalah! I buatlah nanti." Kali ini dia menyelubungi badannya dengan selimut. Malas mahu dengar Liana berceramah lagi. Begitulah bila hati dah keras. Cakap apa pun susah nak tembus.

Sofea kembali fokus kepada telefon bibirnya. Tersengih-sengih dia membaca hantaran mesej dari yang di sebelah sama.

"You, esok kita meet nak?" Mesej suara yang dihantar Sofea kepada kekasih bukan awal dan tak pasti akhirnya itu buat Liana geleng kepala. Dah dilarang, masih berdegil. Bukannya tak tahu, cuma tak peduli. Sabar jelah dia menahan telinga mendengar suara gedik itu.

"Busy lah you. Hari lain tak boleh?" Itu balasan mesej yang diterima. Yang lelaki pun sama sahaja.

"You ni! Asyik busy je. Dah dua minggu kita tak jumpa." Terkejut Liana apabila suara Sofea naik begitu. Rupanya, dan terus telefon. Tak mesej-mesej dah. Selepas itu banyaklah yang diborakkan Sofea dengan kekasih bukan awal dan tak pasti akhirnya itu.

"Alaa I kerjalah sayang. Yang, I ada dokumen nak kena settle kejap."

"You ni bercinta dengan I ke, dengan kertas?"

"Youlah, sayang. Ala dengan kertas je, tak akanlah cemburu?"

"Cemburulah! Dia dapat dengan you sentiasa."

"Alolo... Lepas ni kalau ada kertas lagi, I akan pastikan tu dokumen pernikahan kita, okay?"

"Seriously? OMG!!!"

"Tak akanlah nak main-main. Okay now I busy, TTYL."

"TTYL!" Selimut yang menyelubungi tubuhnya diselak kasar. Walaupun hati rasa berbunga, bahang tak kena kipas tetapi terasa.

"Amboi dia punya singkatan tu. Ingat budak baru nak bercintan je guna benda tu." Dan panas telinga kembali menyerang. Tak bagi can langsung si Liana ni.

"Biarlah. I bukannya tua. Ingat Gen Z je reti?" Liana malas menjawab. Tangannya gigih menyiapkan kuntum bunga terakhir. Nasib baik sayang, kalau tak dia dah salotep mulut kakaknya itu.


"DIN, peminat kau cari." Zubaidi terus melabuh punggung di atas kerusinya. Air buah yang baru dibeli di kedai bawah dihirup kuat. Fuh nikmat!

"Siapa?" Si dia hanya bertanya tanpa memandang rakannya. Tangannya ralit menulis rutin yang dilakukan terhadap pesakit yang ditemuinya tadi.

"Amboi, ramai sangat ke peminat kau?"

"Tak ramai. Cukuplah nak buat fans club." Jawab Izzudin selamba.

"Poyo! Dah ah pergilah jumpa. Penat aku nak menjawab." Izzudin mengeluh.

"Aku ada patient. Nantilah."

"Aku dah cakap. Dia tak percaya. Kejap lagi dia naiklah tu." Tak perlu Zubaidi beritahu, dia sendiri dah tahu.

Assessment x 1
Manual Therapy x 2
Modalities x 2
On Call x 2

Therapist: Izzudin

Selesai menurunkan tanda tangan, Izzudin menyandarkan badan. Hari ini gilirannya untuk on call. Ramai pesakit baru yang dimasukkan ke wad. Ini pun dia baru selesai mendatangi separuh daripada mereka. Nak tercabut jugak lutut rasanya.

"Dia ada apa-apa kena buat dekat sini?" Soal Izzudin kepada Zubaidi yang sedang menghabiskan titisan terakhir jusnya.

"Katanya alang-alang nak balik dari HQ, dia singgah sini hantar dokumen." Izzudin mengangguk faham.

Puteri Mawar.

Wanita itu sentiasa nekad. Selagi tak dapat apa yang dimahukan, seribu satu cara dia akan usahakan. Walaupun sekecil-kecil perkara. Mereka bertemu di universiti, dalam jurusan yang sama. Bezanya kini Izzudin bekerja dalam bidang yang dia mahukan, manakala Mawar melencong ke bidang pengurusan. Kebetulan mereka bekerja di bawah satu syarikat yang sama, cuma Mawar di ibu pejabat manakala dia di cawangan berhampiran.

Izzudin mencapai telefon pintarnya sebaik sahaja siap menghantar laporan rawatan yang dia lakukan terhadap pesakitnya tadi. Kelihatan beberapa panggilan tidak berjawab terpapar di skrin telefon. Segera dia mendaik semula.

"Izz! I kat bawah." Ceria Mawar menyapa.

"I know. But sorry Mawar, I'm occupied today." Biasanya dia akan pergi juga bertemu wanita itu kerana ada sahaja buah tangan dibawa olehnya. Cuma kali ini dia benar-benar tidak ada masa.

"I see..." Kedengaran suara di sebelah sana sedikit kecewa buat Izzudin rasa serba-salah. Mawar rakan yang baik. Kalau ada 10 pejabat yang dia lalui sepanjang perjalanan ke tempat kerja, dan di setiap satunya ada rakannya, pasti Si Mawar ini akan singgah. Boleh katakan Mawar disenangi kebanyakan rakan sekelasnya kerana tidak pernah membezakan layanannya sebagai rakan terhadap semua orang.

"Maaf, Mawar. "

"Tak apa. I just singgah. Ingat you habis awal hari ini. Tak apalah. I ada buah sikit ni. Nanti you ambik sebelum balik, tau!"

"Alright noted. Thanks Mawar. And sorry again."

"It's okay! Enjoy your work!" Talian dimatikan. Izzudin tergelak. Enjoy? Dia rasa nak tercabut leher dah ni.

"Kali ni dia tinggal apa? Kunyit masak halia?" Soal Zubaidi yang sentiasa tanpa segan silu merembat makanan yang diberikan Mawar kepada Izzudin. Katanya sebagai upah tolong ambilkan makanan itu di tingkat bawah.

"Buah. Dahlah, aku nak attent patient lain. Kalau nak buah, macam biasalah." Izzudin terus berlalu ke lif. Wad di tingkat atas dituju. Fikirannya menerawang seketika. Teringat bagaimana dia bertemu Mawar dahulu buat mata dia terpejam.

"Mawar..."

CarnationWhere stories live. Discover now