- 8 -

73 7 6
                                    

"Rindu sekolah. Sekarang aku faham kenapa kau suka pergi sekolah." Setelah satu minggu bercuti, akhirnya Sofea kembali ke sekolah. Itu pun dia masih menjaga langkahnya.

"Hmm…" Aiza sekadar menggumam. Fokusnya masih ke arah buku yang baru dibelinya.

"Aiza, bahayalah. Tengok depan." Aiza tidak mempedulikan kata-kata Sofea. Dia serabut mendengar suara gadis itu. Kalau bukan kerana mama dan papa, tak inginlah dia mahu beriringan bersama Aiza. Alang-alang Izzudin sudah tahu bagaimana perasaan sebenarnya terhadap Sofea, tak perlulah dia berpura-pura lagi.

Kawan baik? Pft!

Bagi Aiza, Sofea tak lebih dari sekadar perampas dan pemusnah kebahagiannya.

"Aiza, bahaya." Kali ini Sofea menarik buku yang menjadi tumpuan Aiza.

"Ish! Kau apahal?!" Tinggi suara Sofea menengking, membuatkan Sofea terkedu di situ. Langkah Izzudin di hadapan turut terhenti.

"Angah." Izzudin menegur apabila melihat air muka Sofea yang berubah. Aiza berdecit perlahan.

"Sorry. Aku suka buku ni. Kawan-kawan aku semua dah baca jadi aku tak nak ketinggalan." Ujar Aiza memberi alasan. Tahu sangat maksud renungan tajam Izzudin itu adalah untuk dia menjaga hubungan dengan Sofea.

"Tak apa. Aku tak nak kau jatuh je. Nanti kaki sakit macam aku. Aku minta maaf kacau." Keadaan menjadi sepi. Sofea berasa hiba. Dengan Izzudin yang masih memarahinya dan Aiza yang sibuk dengan hobinya membuatkan dia semakin kesunyiaan. Adakah begini rasanya menuju ke alam dewasa?

Sampai sahaja di sekolah, mereka bergegas ke kelas masing-masing. Tak sabar rasanya mahu bercerita dengan rakan-rakan sekelasnya.

"Pagi semua!" Jerit Sofea di muka pintu. Keadaan kelas yang bising tadi tiba-tiba menjadi senyap.

"Korang apa kha–bar…?" Suara Sofea merendah apabila masing-masing tidak mempedulikan dirinya seperti biasa. Malah, ada yang memberi pandangan sinis kepadanya. Tiba-tiba hatinya berdebar. Rakan sekelasnya tidak pernah bersikap sebegini. Tempat duduknya di sebelah Humaira' dihampiri.

"Maira, kenapa dengan semua orang? Aku tertinggal apa-apa ke?" Soalnya sambil meletakkan beg di atas kerusi. Humaira yang sedang menulis nota terhenti seketika. Dipandangnya Sofea dengan sisi mata

"Bukan semua orang. Kenapa dengan kau?!"

"Aku?" Sofea menunjukkan dirinya sendiri. Apa yang dia buat?

"Eh sudahlah berpura-pura. Semua orang dah tengok video tu." Sofea Masih terpinga-pinga. Serentak itu, satu video dipasangkan pada komputer yang berada dalam kelas mereka.

"Abang baru nak minta-maaf dengan Aya tapi apa yang abang dengar buat abang kecewa sangat. Kenapa Aya sampai sanggup cederakan orang? Tipu orang sekeliling lagi. Sejak bila Aya jadi licik ni?"

"Apalah abang nak bagitahu mama papa abang nanti. Aya tahukan mereka sayangkan Aya. Kenapa sampai jadi macam ni? Aya tolonglah cakap sesuatu. Aya tak berniatkan buat semua ni?"

“Memang. Memang Aya yang buat. Kenapa? Ada masalah ke? Abang ada bukti ke? Ingat Aya ni lemah? Ini Sofea Irdinalah. Memang silaplah dia cari pasal dengan Aya.”

“Aya melampau. Abang kecewa dengan Aya.”

“Aku percaya kau, tapi bukti menunjukkan aku di pihak yang salah. Aku tak percaya kau sanggup khianat kepercayaan kami.” Suasana menjadi sepi, seolah-olah seisi kelas menyetujui kata-kata Humaira’. Muka Sofea berubah pucat. Siapa yang–?

"Siapa bagi kau video tu?"

"Tak penting! Yang penting kamu kenal suara kau. Kau tau tak Hidayah tu anak tunggal? Luluh hati seorang ibu apabila tahu kau buat anak dia macam tu? Aku tahu kau tak ada mak bapak tapi tak akan kau tak kenal erti kemanusiaan?!"  Sofea terkedu.

CarnationWhere stories live. Discover now