"Mengarut semua ni! Wati, kenapa awak pun ikutkan sekali kehendak budak ni?" Encik Isa mengamuk selepas mendengar semua penjelasan dari Izzudin. Hanya sebab Aiza tidak suka, isterinya meletakkan jarak dengan Sofea, gadis yang mereka sayang seperti anak kandung sendiri.
"Habis abang nak saya buat apa? Biar anak kita lari sampai ke Sabah sana?" Ingat mudah untuk dia tidak menghiraukan Sofea? Melihat riak wajah gadis itu apabila dia tidak menyapanya sahaja membuatkan naluri keibuannya runtun kerana dia tahu betapa Sofea dahagakan kasih sayang seorang yang bergelar ibu.
"Dah pandai mengugut mama sekarang, Aiza?" Encik Isa merenung tajam ke arah anak perempuannya. Tidak disangka anak itu berani berbicara seperti itu dengan surganya sendiri.
"Mana ada. Aiza suruh pilih je."
"Melawan! Papa bincang balik hal ini nanti. Sekarang, papa nak tahu sejauh mana dah kerenggangan hubungan semua orang dengan Aya." Jelas Encik Isa marah. Sementelah dia sibuk bekerja, boleh pula mereka memutuskan silaturahim yang dibina bertahun-tahun.
"Wati! Berapa lama awak tak bercakap dengan Aya?" Puan Wati hela nafas berat.
"34 hari." Aiza memutarkan bola mata. Tak percaya ibunya ingat seperinci itu. Mendengar jawapan Puan Wati, Encik Isa beristghfar. Padanlah sudah lama dia tidak terserempak dengan Sofea.
"Tak sangka benda ni boleh jadi. Kamu semua–" Ketukan bertalu-talu di pintu mematikan amarah Encik Isa.
"Isa! Isa! Tolong aku Isa!" Suara Nek Yah meminta pertolongan membuatkan Encik Isa dan Izzudin terus berlari ke beranda rumah.
"Kenapa nenda?" Laju Izzudin menyoal.
"Aya… tolong Aya…" Tanpa sempat menyarungkan selipar, Izzudin melompat turun dan berlari ke rumah jirannya. Izzudin tergamam.
"Aya!"
"NENDA…" Sofea mengagau mencari tangan Nek Yah.
"Aya susakan nenda lagi… Aya minta maaf." Sofea menangis menyesal. Sungguh cuai dirinya tadi. Semasa ingin menuruni tangga rumah, dia tersilap langkah. Dia berjaya berpaut pada pemegang tangga tetapi kerana penglihatannya yang kabur, yang dipegangnya rupanya ranting kayu pokok mangga di sebelah rumah. Malang tak berbau apabila kepalanya terhentak pada batu bata di sebelah tangga.
"Tak Aya. Aya tak susahkan nenda. Ya Allah syukur cucu aku selamat." Air mata Nek Yah usap laju. Hampir terhenti jantungnya melihat kepala Sofea yang bocor.
"Aya okay sayang? Ya Allah mama risau sangat. Jangan macam ni lagi. Ya Allah Terima kasih ya Allah." Puan Wati yang setiap menunggu sedari tadi juga turut menggenggam erat tangan anak kecil itu.
"Mama…" Sofea tergamam. Matanya digosok berkali-kali untuk memastikan pandangannya tidak salah.
"Mama…" Walaupun kabur, dia yakin itu ialah Puan Wati.
"Ini betul mama?"
"Ya sayang. Mama dekat sini." Tanpa memperdulikan rasa berdenyut di dahinya, Sofea terus memeluk erat tubuh Puan Wati.
"Aya rindu… Aya minta maaf. Aya janji tak nak lagi dekat sekolah. Jangan benci Aya." Bersungguh-sungguh dia meminta-maaf. Dia menyesali apa yang dia lakukan.
"Tak sayang. Mama tak benci Aya."
"Mesti mama malukan sebab Aya selalu buat hal."
"Tak sayang. Mama tak pernah fikir macam tu.
"Tapi mama marah Aya lepas kejadian tu. Aya minta maaf. Aya tak patut provok mak Hidayah. Aya tak patut biar orang sangka buruk pada Aya. Aya patut pertahankan diri, bukannya memberontak. Aya ingat, Aya okay. Tapi Aya lupa saat Aya buat macam tu, Aya kecewakan mama papa."
"Apa yang Aya cakap ni?"
"Aya tak buat. Aya tak tolak Hidayah. Aya tak buat. Mama jangan benci Aya." Sofea mengogoi dalam tangisan. Dia tidak kisah hilang segalanya. Cuma baru-batunini dia baru sedar, yang dia tidak mampu hilang Puan Wati.
“Padan muka kau. Baru kau tahu siapa Sofea Irdina. Kau ingat boleh rampas abang macam tu je dari aku?” Sofea ketawa melihat kucing yang baru jatuh tergolek akibat menggeliat tak ingat dunia. Kucing inilah yang menarik perhatian Izzudin semalam sehingga Izzudin lebih melayan binatang berbulu ini berbanding dia.
“Kau buat lagi, aku biar kau jatuh tergolek ke longkang. Hmmph!” Dalam perjalanan ke bilik disiplin, boleh pula dia terjumpa musuh yang seekor ini. Berani kau munculkan diri selepas kau rampas perhatian abang daripada aku?!
“Sofea Irdina!” Terhincut bahu Sofea apabila satu suara tiba-tiba menengking namanya dia dan kenal sangat pemilik suara itu.
“Aya betul-betul dah melampau. Aya tolak dia?” Sofea agak terpinga-pinga sebelum dia berjaya membaca fikiran lelaki itu. Izzudin menyngka kata-katanya tadi ditujukan kepada Hidayah.
Selepas apa yang berlaku tadi, Izzudin masih menyalahkannya? Kalau dia menidakkan pun, mustahil Izzudin mempercayainya. Baik dia–
“Memang Aya yang buat. Kenapa? Ada masalah ke?” Alang-alang semua orang memandangnya sebagai manusia jahat, baik dia biarkan. Tiada guna dia menegakkan kebenaran.
“Abang ada bukti ke?” Dia memprovok Izzudin lagi. Ingat dia sorang pandai provok orang? Ini Sofealah!
“Aya melampau. Abang kecewa dengan Aya.” Sofea tersenyum dalam tangis.
‘Ya abang. Aya langsung tak patut dibanggakan.’
"Shh shh… Jangan nangis. Aya baru sedar. Nanti pening kepala. Puan Wati bersuara risau. Dia memandang Nek Yah sebagai tanda mahu tahu apa yang berlaku namun Nek Yah turut menggelengkan kepalanya.
"Aya rehat ya." Risau Sofea bakal pitam sekali lagi akibat kehilangan darah tadi, Puan Wati memutuskan untuk tidak bertanya apa-apa.
"Jangan tinggalkan Aya." Sofea berkata dalam tangis. Baju Puan Wati digenggam erat, tidak mahu wanita itu meninggalkannya.
"Ya mama tak tinggal." Puan Wati termenung. Apa yang dimaksudkan Sofea? Dia tidak pernah menerima apa-apa laporan dari pihak sekolah tentang hal ini. Mungkin kerana Izzudin ada di sekolah dan umum mengetahui Izzudin banyak menjaga Sofea Sekejap lagi dia akan selidik apa yang berlaku dari anak sulungnya.
YOU ARE READING
Carnation
RomanceBerdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pastu ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?