"Ubat ni dua biji. Jangan lupa." Syakir mencebik. Jemu melihat pil-pil itu.
"I dah terlebih ubat ni. Tak perlu kot makan yang ni." Sofea mengerutkan dahi, hairan dengan kata-kata bakal tunangnya itu.
Pertemuan di hospital beberapa bulan lalu menjadi titik permulaan pertemuan mereka. Sofea yang keras ditemukan dengan Syakir yang berada di titik terendah hidupnya. Sifat Sofea yang tak makan saman dengan kesedihan Syakir menjadikan berjaya membuatkan lelaki itu menghadiri setiap temu janji doktor tanpa gagal.
Walaupun kadang-kadang agak kasar bicara yang Sofea lemparkan agar Syakir terus bangkit, ia membuahkan hasil. Sampai Syakira pun angkat tangan tak mampu menghalang. Bagus juga Sofea buat begitu. Kalau tak, susah betul nak disuruh abangnya berjumpa pakar.
"You makan ubat lain ke? Biar betul you ni? Bagi sini I tengok. I tak pernah tengok doktor prescribe ubat lain selain yang I bagi ni. Jangan macam-macam, overdose karang." Bertubi-tubi Sofea lemparkan soalan namun hanya tawa kecil yang dibalas Syakir.
"Jangan risau. Tak bahaya pun. Ambil banyak pun tak apa."
"Mana ada ubat macam tu! Bak sini I–" Kata-kata Sofea terhenti apabila jari tekunjuk Syakir berada tepat di hadapan pucuk hidungnya.
"Youlah ubatnya." Ujar Syakir sambil tersenyum manis. Sofea tergamam. Hampir sahaja wajahnya bertukar rona namun suara Liyana di belakang membantutkan segalanya.
"Siapa kata tak bahaya? Sikit-sikit namanya zina hati. Banyak sikit jadi Zina mata. The rest is history."
Dush!
Setepek kena.
Syakir berdehem menghilangkan rasa janggal. Sofea mendengus geram.
Memang jika mereka berdua mahu keluar, Liyana atau Syakirah akan menemani. Kalau keluar dengan Syakirah, akan sedikit bebas kerana gadis itu buat hal sendiri sahaja. Syakirah masih mahukan bekas kakak iparnya kembali tapi dia tidak menghalang Sofea untuk masuk ke hidup Syakir. Liyana pula kalau ada terlebih garis sikit, lantang sahaja dia menegur. Kemalangan dahulu tak mengubah dia walau sekelumit. Makin berani adalah.
"Eeii you ni!"
"Apa? Betulkan apa Yana cakap?" Sofea bangkit mahu mencubit pipi adiknya sebelum dihalang Syakir.
"Sofea, dah. Betullah apa Yana cakap. Tak elok macam ni." Sofea hentak kaki geram namun dia akur. Dia kembali melabuhkan duduk dan menghirup air sirap di hadapannya. Dia sedar Liyana cuma nak membantunya.
Keluarga Dato' Rashid bukan keluarga yang tidak kuat agamanya. Pernah dia makan malam di sana dan mereka solat maghrib berjemaah. Selepas solat, Dato' Rashid memastikan ahli keluarganya menelaah Quran atau hadis. Dia sedar, dirinya jauh dengan mereka. Jadi, dia yang perlu mengubah diri menjadi lebih baik.
"Fine. Thanks Yana ingatkan." Liyana hanya membuat muka selamba dan meneruskan kerjanya. Ada beberapa perkara dia perlu selesaikan sebelum pulang. Suaminya berada di luar negeri sekarang dan akan pulang petang ini.
Alhamdulillah selepas sebulan Liyana pulih sepenuhnya dari kemalangan itu dan pernikahan mereka dijalankan dua minggu selepas itu. Semuanya berjalan lancar.
"By the way, bukan korang nak jumpa sebab nak discuss hal kerja ke?" Syakir tepuk dahi apabila mendengar soalan Liyana. Asalnya memang begitu. Namun dia terleka.
Sofea mula bekerja di pejabatnya sebagai setiausaha beberapa bulan lalu. Kebetulan waktu mereka mula-mula bertemu dahulu, setiausahanya baru sahaja meletakkan jawatan dan Sofea pula mahu fokus menjaga adiknya. Dalam masa yang sama, dia mahu membantu Syakir kembali pulih.
Tolak dasar kenalan ketepi. Nyatanya, Sofea memang cekap melakukan kerjanya. Dato' Rashid juga menyatakan hal yang sama. Oleh itu, dia dapat terus bekerja di sini. Sofea sangat professional. Ketika bekerja, dia sangat berdisiplin. Tak pernah disentuh soal hubungan mereka.
YOU ARE READING
Carnation
RomanceBerdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pastu ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?