“Apa kamu dah buat?” Apabila si ketua keluarga bersuara, tiada yang berani berkata. Ketegasan suara sang ayah berjaya membuatkan dia terkelu.
"Daddy, kakak tak—"
"Kamu diam. Daddy tanya kakak kamu." Suara garau itu berjaya membuatkan Liana terdiam tanpa bicara. Kasihan dia melihat kakaknya dimarahi oleh ayah mereka dek kejadian yang berlaku di sekolah tadi.
“Abang, Aya pertahankan diri. Jangan marah dia, bang.” Puan Syaima memaut lengan suaminya. Mengharap kemarahan si suami dapat diredakan sedikit.
“Nyawa ikan budak tu dibuatnya, mummy! Kalau dia mati, apa kita boleh buat? Duit banyak mana kita ada pun tak akan boleh bantu dia lagi.” Encik Syauqi kesal. Mujurlah pergaduhan tadi dapat dihentikan.
Sofea menunduk. Tidak berani melawan. Namun dia kesal mengetahui dia difitnah memulakan pergaduhan sebelum membelasah Aurora dan rakan-rakannya sehingga sehingga nyawa-nyawa biawak. Kalau nyawa ikan, sikit lagi dia tambah kekuatan penumbuknya, mungkin melayang nyawa mereka.
Api kemarahannya tidak dapat dikawal. Lagi-lagi apabila melihat darah dari mulut Liana semakin banyak mengalir. Gelak tawan Aurora yang nyaring pula ibarat menyimbah minyak ke pangkal api. Sebelum sempat dia berfikir, buku limanya terlebih dahulu melayang ke wajah putih Aurora. Meraung kesakitan gadis itu hanya dengan satu tumbukan. Tanpa sedar, dia berasa seronok melihat kesengsaraan Aurora. Seni mempertahankan diri yang selama ini dia simpan sendiri terasa membuak-buak mahu mengeluarkan diri. Permintaan Liana untuk menghentikan pergerakan tubuhnya menghentam si pembuli ibarat tidak singgah ke telinganya. Hanya raungan kesakitan sahaja yang menjadi muzik di telinganya ketika itu.
Dia puas.
“Tapi akak tak salah, daddy. Mereka yang mula dulu!” Liana memandang tepat ke dalam mata ayahnya. Pipi yang membengkak dipegang dengan tapak tangannya, mahu mengingatkan si ayah punca semua ini berlaku.
“Aya?” Encik Syauqi memandang ke arah Sofea meminta penjelasan. Namun gadis itu hanya beriak biasa. Sofea hanya menunduk.
“Dahlah daddy. Patutnya daddy sama mereka sebab membuli. Bukannya tuduh akak. Akak–”
“Tak apa Liana.” Ujar Sofea menghentikan Liana dari terus membelanya. Keluhan kecil kedengaran. Tengok apa kau buat Sofea Irdina? Tak pasal-pasal anak dan ayah bergaduh.
“Maafkan Aya, daddy. Aya tak dapat kawal diri Aya bila diorang tak henti kacau Aya. Juga Yana.” Suasana menjadi sepi seketika.
“Maafkan daddy. Daddy bukan marahkan Aya. Cuma daddy tak nak masa depan Aya hancur disebabkan ini. Tak berbaloi Aya gelapkan impian Aya sebab mereka. Jangan mulakan pergaduhan lagi. Daddy sayang kamu semua.”
“Aya janji, ini kali terakhir. Jadi, daddy dan mummy dah tak perlu risau.” Sofea berkata dengan penuh keyakinan.
“Jom, Yana. Akak tuam pipi lagi.” Liana mahu membuka mulut lagi namun isyarat mata dari Sofea menghalangnya. Liana tidak berpuas hati selagi ayahnya tidak mengetahui keseluruhan cerita.
Waktu di pejabat tadi pun, bersungguh-sungguh rakan Aurora menangis seakan dialah yang paling tersakiti. Katanya Sofea menyerang mereka kerana cemburulah. Walaupun Encik Syauqi percaya bahawa Aurora membuli Sofea, namun Liana yakin ayahnya percaya bahawa Sofea yang memulakan pergaduhan. Encik Syauqi tidak tahu betapa dahsyatnya apa yang dilakukan Aurora dan Sofea pula kekal membisu.
“Okay.” Liana hanya menurut. Tangannya terus menarik Sofea ke bilik tidur mereka yang dikongsi bersama.
“Abang…” Puan Syaima memandang sayu anak angkatnya berlalu.
“Jangan keras sangat dengan anak.”
“Abang risau. Dia selalu beralah, jadi mungkin kali ini dia nak berubah.” Dia ada mendengar kisah Sofea dan Hidayah daripada guru anaknya semasa dia menguruskan hal pertukaran sekolah. Risau juga benda sama akan berulang.
“Akak, kenapa tak bagitahu perkara sebenar? Yana boleh tolong bagitahu.” Liana terus menyatakan ketidakpuasan hati sebaik sahaja Sofea menutup pintu bilik mereka.
“Bagitahu apa? Bagitahu macam mana I tumbuk muka budak tu sampai senget?” Liana tiba-tiba rasa gerun. Memang jelas dia lihat rahang Aurora tadi dah macam tercabut skru.
“Bagitahulah apa mereka buat selama ni. Apa akak buat ni, sikit je baru. Sekurang-kurangnya daddy tak adalah ingat akak jahat.” Bersungguh-sungguh Liana menyuruh namun hanya tawa yang dibalas Sofea.
“Tak perlu Sebab dekat dunia ni, tak ada siapa pernah percayakan I. Jadi hal macam ni kecik je.” Ais di dalam kotak ais diambil dibalut dengan kain. Tadi dia sedang menuam Liana sebelum Encik Syauqi memanggilnya.
Keadaan menjadi sepi seketika.
Sofea terus menuam tanpa suara. Fikirannya menerawang jauh. Hanya Nek Yah satu-satunya manusia yang percayakan dirinya tanpa ragu sejak dahulu. Tiada yang lain. Sofea menggigit dinding pipinya menahan sebak.
“Padan muka kau. Baru kau tahu siapa Sofea Irdina. Kau ingat boleh rampas abang macam tu je dari aku?” Sofea ketawa melihat kucing yang baru jatuh tergolek akibat menggeliat tak ingat dunia. Kucing inilah yang menarik perhatian Izzudin semalam sehingga Izzudin lebih melayan binatang berbulu ini berbanding dia.
“Kau buat lagi, aku biar kau jatuh tergolek ke longkang. Hmmph!”
“Sofea Irdina!”
“Aya betul-betul dah melampau. Aya tolak dia?” Sofea agak terpinga-pinga sebelum dia berjaya membaca fikiran lelaki itu. Izzudin menyangka kata-katanya tadi ditujukan kepada Hidayah. Aduh, sepatutnya dia terus gerak ke bilik guru.
“Memang Aya yang buat. Kenapa? Ada masalah ke?” Alang-alang semua orang memandangnya sebagai manusia jahat, baik dia biarkan. Tiada guna dia menegakkan kebenaran.
“Abang ada bukti ke?”
“Aya melampau. Abang kecewa dengan Aya.” Sofea tersenyum dalam tangis.
Terpejam mata Sofea teringatkan hal itu. Dia sakit hati. Dalam masa yang sama, dia pelik. 14 tahun membesar bersama, tak pernah pula Izzudin meraguinya. Kenapa tahun ini semua yang dia lakukan diragui lelaki itu. Ah lantaklah! Semua itu sudah berlalu. Hanya tinggal kenangan.
"Yana percayakan akak." Kata-kata Liana mematikan lamunan Sofea. Dia berhenti menuam pipi gadis itu. Sofea tergelak perlahan.
"Comellah you ni. Kenapa you nak percaya I? We are not even blood related. Kenal pun baru beberapa bulan” Tangannya kembali bergerak. Dah kenapa budak yang setahun lebih muda darinya ini bersungguh mahu berbaik dengan dirinya?
"Hati Yana cakap percayakan akak." Sofea tertawa sekali lagi. Kain berisi ais tadi diletakkan ke dalam kotak kembali.
"You ni tak betul agaknya. You sedar tak I dah menyibuk dalam keluarga you? Tak risau kasih sayang kena rampas?” Kata-kata Aiza kembali bergema di fikirannya.
"Benda boleh kongsi, apa yang kena rampas?” Selamba Liana menjawab.
"Amboi berlagak. Kalau I betul-betul rampas kasih sayang mummy daddy you, baru you tahu langit tinggi ke rendah." Sofea memeluk tubuh.
"Like I said, benda boleh kongsi. Buat apa nak rampas?" Ujar Liana menyakinkan. Wajahnya jelas menunjukkan dia tidak bermain kata. Mata yang serius itu membuatkan Sofea terpempam.
“Aiza tak kira. Kali ini, Aiza nak hanya KELUARGA kita sahaja yang pergi. Semaklah setiap tahun asyik ada orang luar!”
Sofea segera bangun dari katil. Dia terus menghampiri tingkap. Cuba mendapatkan ketenangan dari indahnya bulan.
"Jangan. Jangan kongsi dengan I. Nanti you benci I." Kata Sofea keras.
"Kakak…"
"Jangan baik sangat dengan I. I takut you menyesal. Dan I tak sanggup kehilangan lagi." Sofea masih tak henti memberi amaran.
"Percayakan Yana akak. Yana akan sentiasa bersama akak." Dan Liana masih tak henti meyakinkan.
YOU ARE READING
Carnation
RomanceBerdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pastu ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?