- 18 -

115 15 11
                                    

“SOFEA, jom?” Berat hati Sofea mahu meninggalkan tempat ini. Tempat jatuh lagi lagikan dikenang. Inikan pula tempat bermain.

Sofea memandang ke arah halaman rumah. Bayangan dia bercucuk tanam bersama Nek Yah bermain di mata. Dia memandang pula buaian pada pokok rambutan yang dibuat khas oleh Nek Yah untuknya. Masih segar diingatannya bagaimana Nek Yah berusaha membuatnya sendiri demi menghiburkan hatinya yang masih berduka selepas kehilangan orang tuanya. Sehingga sekarang, buaian itu masih utuh di situ.

"Aya?" Puan Syaima menegur apabila melihat Sofea termenung dengan air mata mengalir di pipi. Bagai baru tersedar, segera dia menghapus air matanya sendiri.

“Boleh kita tunggu sekejap? Papa kata mereka balik hari ini.” Kalau ikut kiraannya, hari ini genap tempoh 10 hari. Sepatutnya Izzuddin sekeluarga pulang pada hari ini. Ada juga dia cuba menghubungi Izzuddin dan Aiza namun tak berangkat. Hanya berapa kali dia mencuba sebelum dia sedar yang dia hanya mengganggu kebahagiaan mereka. Kebetulan, sehari selepas Nek Yah meninggal, kreditnya tamat tempoh dan kuota internet juga habis. Mahu tambah nilai, dia tiada rasa untuk melakukannya. Selama ini dia membawa telefon hanya untuk Nek Yah. Jika ada apa-apa berlaku, dia dapat menghubungi talian kecemasan dengan segera. Tapi rupanya dia tidak berjaya melakukannya.

Memahami kesedihan yang masih membelenggu Sofea, Encik Syauqi dan Puan Syaima terus bersetuju. Kasihan mereka melihat wajah suram remaja berusia 15 tahun itu. Selama seminggu ini, Puan Syaima menemani Sofea. Mereka mengemas rumah, menyelesaikan apa yang patut termasuk urusan persekolahannya. Baru hari ini Encik Syauqi datang untuk menjemput mereka.

“Mummy tunggu dekat atas. Ambillah masa Sofea banyak mana pun.” Sofea mengangguk.

“Terima kasih, mummy.” Seketika dia duduk di atas buaian itu menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Berapa minit kemudian, dia beralih tempat ke hadapan rumah Encik Isa. Bawah pokok besar tempat dia, Aiza dan Izzudin selalu melepak menjadi sasarannya. Dua jam Sofea menunggu di pekarangan rumah Encik Isa namun tiada tanda mereka akan pulang. Hari pula sudah menginjak petang. Adakah dia salah mengira hari?

Tak sanggup mahu menyusahkan keluarga angkat baharunya, Sofea pulang. Mungkin tiada jodohnya mahu bertemu keluarga itu. Rumah keluarga Izzudin dihampiri. Sejambak bunga teluki yang dipesannya diletakkan di atas anak tangga. Kali ini, dia memilih dua warna campuran.

Rasa bersalah pula pergi tanpa menemui kedua orang tya yang menjaganya sejak kecil namun apakan daya, Puan Syaima juga punya anak yang perlu diuruskan. Tak akanlah mereka mahu berlama di situ hanya untuk dia. Ada rezeki, bertemulah mereka.

“Selamat tinggal… semuanya.”

HADIAH di tangan ditilik lama. Ini merupakan hadiah hari jadi buat Sofea dan juga tanda minta maaf kepada gadis itu. Akibat pergaduhan tempoh hari, dia terus lupa akan hari istimewa gadis itu.

Apabila difikirkan kembali, dia juga ada salahnya. Dia sendiri yang memberi harapan kepada gadis itu. Cumanya, Izzudin tidak menyangka Sofea begitu berani meluahkan di usia mereka masih mentah. Tidak dinafikan sebenarnya Sofea sebenarnya agak matang berbanding rakan seusianya setelah dia kehilangan ibu bapanya. Yang menutupi kematangannya itu adalah sifat nakalnya. Tapi bagi Izzudin, mereka masih tidak sesuai untuk itu. Hidup pun masih ditanggung, ada hati mahu menyulam kasih.

Mungkin benar dia melampau. Kalau ya pun tak suka, sepatutnya dia tak menengking gadis itu. Harusnya dia menasihatinya secara baik. Kata abang? Kata nak jaga adik?

“Harap Aya suka hadiah ni. Jauh abang beli.” Izzudin tersenyum sendiri sebelum dia teringatkan sesuatu.

‘Sepatutnya sejak awak bagi hadiah saya haritu, saya dah faham’

CarnationWhere stories live. Discover now