"KENAPA dengan you ni? Kesian I tengok orang UBP nak buat kerja kalau gaya you macam ni." Omel Sofea setelah selesai mesyuarat mereka dengan pekerja dari unit bisnes dan pembangunan mereka.
Syakir seperti tiada dalam mesyuarat tadi. Apabila ditanya pendapat, tiada jawapan. Apabila diberi pendapat, dibantah. Sudahnya Sofea cepat-cepat menamatkan mesyuarat khas yang dibuat untuk membincangkan perihal Gala Dinner yang menjadi acara tahunan syarikat.
Syakir hanya diam. Rambutnya diraup ke belakang. Dia tak mampu bertenang setiap kali nama acara tahunan itu lalu ditelinganya.
Sofea mengeluh perlahan. Segera dia menarik nafas panjang. Tak patut dia marahkan Syakir sedangkan dia tahu apa yang mengganggu benak fikiran lelaki itu.
"Gosh, Sofea. What you've done?" Sofea raup wajah kasar.
"Okay, Syakir. Tarik nafas..." Lelaki itu menurut.
"Hembus..." Berulang-kali mereka lakukan sehingga keadaan sedikit bertenang.
"I'm sorry." Melihat Syakir hanya berdiam, Sofea hulur maaf dulu. Air mineral dihulurkan. Rakus Syakir meneguknya.
"I hate this." Syakir bersuara perlahan.
"I know. Sekarang you bertenang." Setiap kali perkara ini berlaku, pasti Syakir akan mengucapkan kata-kata yang sama. Katanya dia malu kerana dengan perkara kecil begini dia mampu tumbang.
"Syakir, I rasa... You kena jumpa your ex wife. Settle secara baik. Mungkin rasa bersalah you yang–"
"No way! Why I yang salah? Dia yang khianat hubungan kami. She killed innocent soul!"
"Woah! Relax lah!" Sofea menbangkat kedua tangannya sambil memandang Syakir tidak percaya.
"I just wanna help you. You maybe tak sedar tapi semua ni jadi sebab deep inside, you love her so much! Janganlah ego sangat!" Suara Sofea kini naik sama dengan Syakir.
"I don't!"
"Liar."
Macam mana dia nak tolong lelaki ini kalau dia sendiri tidak mahu tolong diri sendiri?
"Buat apa I–"
"Stop! Malulah staff dengar bos bergaduh. I tak apa memang muka tebal. You tu, nak sorok mana? Dahlah. Malas cakap dengan you sekarang selagi ego tu tak turun. You nak terus hidup macam ni, teruskanlah. Jadi orang terus meratap. Duduklah bawah tempurung tu si sombong. Orang nak tolong, berlagak! Kata kuat, lawanlah perasaan tu sendiri." Sofea bangkit mahu meninggalkan bilik kerja Syakir.
"Ni. Ubat makan. Ada yang sesak nafas pitam karang." Syakir menjeling. Tak suka Sofea melayannya seperti anak kecil. Bukan ke sepatutnya dia yang menjaga Sofea?
"Mata tu jaga sikit. Ada hati nak jeling kita. Ingat ya, kalau you pitam kejap lagi, I tak tolong. I panggil Syakirah, okay?" Selamba Sofea berkata seraya melangkah keluar. Mendengar kata-kata itu, laju Syakir menelan ubat. Dia sanggup dibebel sesiapa pun kecuali adiknya itu.
"Ergh! Ini bos memang minta kena lenyek muka." Seraya itu terdengar beberapa orang tergelak kecil.
"Apa gelak-gelak?"
"You je tau yang berani marah bos macam tu, selain isteri dialah." Sofea senyum senget.
Pembetulan.
Sofea seorang sahaja yang berani marah semua bos dia sendiri walaupun baru seminggu bekerja.
Ini Sofea Irdinalah. Jangan mimpi nak pijak-pijak.
No more.
"Well. Berani dia marah I balik? I tukar kalender November dengan Disember dia baru tahu. Biar huru-hara hidup." Pekerja lain hanya tergelak. Sewaktu mula-mula Sofea masuk dahulu, mereka sangka wanita itu seorang yang sombong. Dengan tutur katanya yang sentiasa kelihatan seperti datin-datin terhangat di pasaran, mereka tak berani mendekatkan diri. Lama-kelamaan, baru mereka sedar yang Sofea terlebih ramah sebenarnya. Juga terlebih keyakinan diri serta paling lantang menyatakan pendapat. Padanlah Dato' Rashid sangat sukakan Sofea dari aspek bekerja.
YOU ARE READING
Carnation
RomanceBerdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pastu ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?