- 9 -

77 8 5
                                    

"Pia." Baru selangkah dua menapak, kedengaran suara Humaira' menyapa telinga. Berkerut dahi Sofea dibuatnya. Rasanya tadi dia melencong ke tandas sekejap sahaja selepas berpisah dengan Izzudin. Kenapa kelasnya kini jadi sunyi bak kawasan perkuburan?

Sofea memerhati keadaan sekeliling. Masing-masing memandang dirinya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Malas mahu memikirkannya, dia kembali melangkah.

"Pia." Langkahnya terhenti apabila Ridiya mula memaut lengannya. Serta-merta dia berpaling sebelum dia mengeluh.

"Korang nak sambung gaduh ke? Esok boleh? Aku penat." Baru dia teringat tadi bukan main dia mencabar Humaira' menyerangnya. Tapi sekarang dia sungguh penat. Mungkin ini kesan ubat-ubatan yang ditelan selama seminggu ini.

"Kami  minta maaf." Semakin berkerut dahi Sofea dibuatnya. Satu persatu rakan sekelasnya dipandang dan riak mereka seakan menunjukkan Humaira' mewakili mereka untuk mengucapkannya.

"Aik? Tak syok macam ini. Baru nak gaduh. Korang kena ugut dengan Izzudin ke? Alah tak perlu percaya. Aku tipu dia tadi jadi apa yang korang dengar pun tipu juga. Dah, dah sambung esok." Selamba Sofea bertutur. Dalam kepalanya kini dia hanya ingin merehatkan kepala yang mulai berdenyut gara-gara tamparan wanita oleh ibu Hidayah.

"No Pia! Kau kena dengar. Kami minta maaf sebab tuduh kau macam tu. Kami sepatutnya percaya kau. Kami... kami..." Humaira' menunduk. Terasa malu dengan perbuatannya tadi.

"Aku peliklah korang ni. Percaya sangat budak bermasalah tu. Kalau dia baik sangat, dah lama dia tolong korang naik kelas. Ni setiap tahun sangkut dekat Cendana." Mastura menempelak setelah warga kelas 3 Cendana langsung tidak mempercayai video yang ditunjukkan.

"Kau tak kenal dia." Humaira' membalas geram.

"Habis kau ingat kau kenal dia sangat? Setakat jumpa dekat sekolah je. Heh! Baik kau tanya kawan aku dekat sini. Aku rasa kau pun tahu apa hubungan Aiza dengan kawan kau tu." Mastura menunjuk ke arah Aiza yang sedari tadi memerhati

"Za, explain sikit." Aiza tergelak.

"Macam tu je korang tertipu dengan lakonan dia. Tak habis-habis guna status anak yatim nak tarik simpati. Nasihat aku, berhenti bela dia sebelum terlambat. Jangan sampai korang pun dia bunuh." Serentak itu, bahu Humaira' ditepuk perlahan dan Aiza terus berlalu pergi. Ridiya terus menghampiri Humaira' yang terdiam di situ.

"Kau... percaya diorang?" Perlahan Ridiya bertanya. Humaira' terdiam. Serta-merta bayangan Hidayah yang berlumuran darah kembali bermain di mata. Ya, dia sempat melihat Hidayah sebelum gadis itu dibawa ke hospital.

"Aku tak nak. Tapi Dida kata... video tu asli. Suara tu memang suara Pia."

Entah apa yang menghasut dirinya untuk mempercayai kata-kata warga kelas 3 Anggerik daripada mempercayai sahabatnya sendiri. Dia hilang pendirian selepas mendengar kata-kata Aiza kerana baginya, mana mungkin gadis cemerlang itu menipu mereka.

"Kejap! Korang sepatutnya percaya aku? Ada orang tolak korang ke tadi sampai amnesia tiba-tiba? Kita baru gaduh tadi sebab terang-terang bukti ada. Tak akan buta kot?" Sofea menggeleng tidak faham. Ada-ada sahajalah budak kelas ini. Tadi gaya macam nak terkam dia. Sekarang semua muka simpati.

"Sebab kami lagi kenal kau dari mereka. Tak sepatutnya kami percaya bukti tak jelas siapa pemberinya itu" Sofea pandang satu persatu rakan sekelasnya. Dia agak Izzudin ada ke sini dan menjelaskan segala yang berlaku sebab itu mereka berubah mendadak begini. Tapi...

Ada dia kisah?

"Aku kenal sangat kawan aku ni. Benda paling gila dia pernah buat ialah jawab jawapan betul atas pagar supaya dia tak payah naik kelas. Sepatutnya aku lebih tahu yang dia belum gila untuk cederakan orang." Ridiya tampil berbicara menggantikan Humaira' yang sudah sebak sendiri di belakang.

CarnationWhere stories live. Discover now