"You ni, time nak kahwinlah dia pergi accident." Sofea mengomel sedari tadi. Namun tangannya tak berhenti mengelap tangan Liyana.
"Dah takdir. Nak buat macam mana." Sakit-sakit pun, tenaga untuk bertekak dengan Sofea masih ada ya.
"Lepas ni, nak keluar mana-mana I hantar. Muktamad!"
"Hmm..." Liyana hanya menggumam perlahan. Sejak keretanya terbabas semalam, memang dia takut nak pandu besi bertayar empat tu lagi.
"Fiance you cakap apa? Nak tunda majlis ke macam mana?" Baru sahaja tadi tunang Liyana dan keluarganya pulang.
Cuak lelaki itu apabila Sofea memaklumkan Liyana ditahan kerana kemalangan. Tak pasal-pasal lelaki itu pergi ke balai polis akibat ayat sekerat Sofea.
"Nak tunda. Tapi nanti membazirlah kad. Jadi Yana nak proceed." Liyana mencebik. Tak rela tapi dia tak mahu membuang duit lagi.
"Kalau tak rela, tunda jelah. Kawin sekali je. Kad baru nanti I sponsor." Mudah sahaja Sofea buat keputusan. Buat apa fikir panjang? Serabut kepala je nanti.
"Tak apalah. Yana okay je." Sofea menjeling. Okay tapi suara tu jelas sangat tak mahu.
"Kalau tu cakap you, kita proceed. Tapi since you tak nak membazir sangat kan? I pergi hantar balik kasut you since you pun kaki berbalut. Tak muat pun nak pakai heels. Inai pun I cancel. Dah cantik dah tangan tu dengan iodin kuning. Baru unikkan? Ha makan beradab pun boleh buat untuk fiance you je since you kena makan bubur. Pelamin tu tinggi sangat so kita ganti dengan pelamin duduk sebab you tak boleh jalan. Boleh?" Liyana yang menunduk itu dipandangnya. Gadis itu bermain-main dengan jarinya. Senyum senget terukir. Dia hanya mampu menggeleng perlahan.
"Yana nak..." Liyana sudah tercebik. Air mata bertakung di hujung mata. Semua yang mahu dibatalkan oleh Sofea tadi tu impiannya sejak sekian lama. Tapi betul kata Sofea. Mana mungkin dia dapat gunakan semua itu dengan keadaan sekarang.
Lama-kelamaan tangisan Liyana kedengaran. Sofea gigit bibir. Lah ada lagi tisu di hati adiknya. Ingatkan dah keras sebab asyik perli dirinya sahaja kerjanya.
"Yana?" Pintu wad dibuka perlahan. Terjojol kepala si tunang di situ. Lelaki itu tak pulang pun lagi. Cuma sekadar menghantar keluarganya.
"Err... I usik sikit tadi. Tolong cover balik eh? Nak makan jap." Terus Sofea menghilangkan diri.
"Fuh!" Malas dia mahu memujuk Liyana yang sudah menangis. Dia tak biasa pujuk orang berair mata. Dia tak suka. Seakan dirinya yang lama berada di depan mata
Sebenarnya keluarga mereka semua sudah bersetuju untuk menangguhkan majlis. Cuma Liyana sahaja yang takut-takut membuat keputusan. Jadi dia sengaja provok adiknya itu.
"Luas juga hospital ni." Sofea berjalan mengelilingi kawasan. Bila lagi nak buat tour de hospital, kan?
Mata melilau mencari kedai serbaneka. Roti coklat diambil. Usai pembayaran, terus dia mencari bangun berdekatan untuk didekati namun semuanya penuh. Hanya ada satu tempat kosong yang muat untuk dirinya. Tapi ada seorang lelaki sedang termenung sendiri di situ.
Ah lantaklah! Dia lapar ni. Nak makan sambil berjalan tak senonoh la pulak.
"Excuse me? Can I sit here?" Soal Sofea ramah namun tiada jawapan. Lelaki itu seperti berada di dunianya sendiri. Maka Sofea hanya buat tak kisah dan melabuhkan duduk. Dah lelaki itu pun macam dah hilang roh dari jasad pun ada.
Sambil menikmati rotinya, sempat dia mengerling lelaki tadi.
'Siuman tak dia ni?' Bisik Sofea sendiri.
"Hana..." Saat itu, baru Sofea sedar kehadiran sekeping foto di genggaman lelaki itu.
"Hana..." Foto itu digenggam kuat. Tiba-tiba meremang bulu Roma Sofea. Stalker ke lelaki ini? Siapa wanita dalam gambar itu?
"Abang!" Seorang gadis bertudung ungu berlari-lari anak ke arah meja mereka.
"Abang kenapa tinggal Dik Ra? Appointment abang kejap lagi ni." Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
"Jomlah abang. Tunggu dalam. Panas sini." Sofea hanya memerhati. Roti masih setia dikunyah. Gadis di depannya berlainan dengan wanita di gambar. Cinta tiga segi ke ni? Menarik.
Sofea dengan selambanya meneruskan duduk di situ. Dia mahu tahu kesudahan drama Melayu jam 11.25 pagi ini.
"Abang tak gilalah." Datar lelaki itu membalas.
'Ooo ni mesti kena jumpa psikitari.' Sofea menjadi penyiasat tak berbayar di situ.
"Memanglah! Tapi abang tu dah jadi mayat hidup. Kak Hana kalau dia nampak abang, mati hidup balik pun dia tak nak rujuk dengan abang."
"Siapa nak rujuk dengan dia? Perempuan tak guna." Gambar ditangan direnyuk perlahan.
"Eleh tak guna konon. Gambar dia bawa kehulu hilir."
Sofea buat muka terkejut sekaligus hairan dengan tingkah Syakir. Psiko ke lelaki ini?
'Aah I see. Lelaki ini cerai dengan perempuan dalam gambar tu lepastu frust. Bijak Sofea.' Sempat dia memuji dengan kesimpulan bijak yang dia buat.
"Kenapa Hana buat abang macam ni?" Lelaki itu mengabaikan kata-kata gadis di hadapannya dan terus menunduk.
Entah kenapa, dia jatuh kasihan dengannya. Sofea seakan melihat dirnya di situ. Spontan, dia bersuara.
"It's not the end of your life. Move on." Wanita di sebelah lelaki itu terkejut. Seakan baru sedar kewujudan Sofea di hadapan mereka.
"Tak perlu meratap untuk orang yang tak hargai kita. Maju." Sofea berkata yakin.
Kerana dia tahu betapa sakitnya rasa itu.
"MAWAR, tak perlulah." Izzudin menolak kotak kek yang dibawa Mawar. Bukan menolak rezeki, cuma dia tak mahu wanita ini berharap tinggi padanya.
"Saya buat untuk awak. Kalau awak tak ambil, memang tong sampahlah jawabnya." Mawar berikan sedih. Sengaja dia menunggu Izzudin habis bekerja dan menyerahkan kek ini sendiri kerana dia tahu Izzudin tak akan makan apa-apa yang dia bawa kalau dia hantar waktu makan tengah hari. Pasti dia akan beri kepada rakan sekerjanya.
Nak tak nak Izzudin terima juga huluran itu.
"Terima kasih."
"Sama-sama! Itu resepi baru tau. Nanti komen, okay?" Ujar Mawar ceria dan Izzudin hanya mengangguk perlahan.
"Jom dinner sekali?" Izzudin tarik nafas perlahan. Sudah diagak itu tujuan gadis itu.
"Saya nak rehat. Lagipun, dah ada kek." Izzudin cipta alasan.
"Ala... Bukan senang kita nak jumpa macam ni..." Mawar mencebik. Kalau ikutkan hati, dia tak kisah pun dengan wajah sedih gadis itu. Namun, mengenangkan gadis itu adalah Mawar, rakannya, akhirnya dia bersetuju.
"Naik satu kereta boleh?" Izzudin izinkan sahaja. Otaknya sudah penat berfikir hari ini.
Mawar mengikuti Izzudin ke kereta yang tercetak dua petak sahaja dari keretanya. Teruja dia dibuatnya kerana gembira usahanya menunggu sedari tadi tak sia-sia.
"Banyaknya coklat. Tak risau lipas bersarang ke?" Mawar perasan ada kotak berisi coklat di atas dashboard. Elok sahaja terletak dengan hiasan bunga di sekelilingnya. Betul ke ni kereta Izzudin?
"Saya jaga elok. Lagipun, coklat tu tak boleh makan pun." Mawar hanya mengangguk faham. Pelik juga citarasa lelaki ini.
"Mawar."
"Hmm?" Mawar menyahut namun matanya leka memandang pemandangan di luar.
"Jangan berharap, please." Ringkas sahaja kata-kata Izzudin namun mampu menusuk hati sekuntum bunga.
"Jangan risau." Jawab Mawar kelat.
Dia tak boleh berpatah balik sekarang.
Tak boleh dan tak akan.
YOU ARE READING
Carnation
RomanceBerdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pastu ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?