BACAAN tahlil bergema di ruang tamu rumah almarhumah Cik Zakiah. Sofea turut-serta dalam bacaan itu cumanya, dia memencilkan diri daripada kaum hawa yang lain. Sungguh dia tak larat untuk berbicara sekarang.
Keluarga Encik Isa tak dapat dihubungi. Sofea sudah menjangka akan hal itu. Perjalanan ke sana boleh memakan sehari suntuk. Boleh jadi 12 jam mereka terus berada di atas kapal terbang. Mana mungkin dapat dihubungi. Izzuddin pula mungkin tidak sudi berhubung dengannya buat masa ini. Biarlah. Sofea terlalu penat untuk memikirkan semua itu.
Sekeliling rumah diperhati. Cuba mencari sedikit cahaya jalan hidupnya. Apa yang dia perlu lakukan sekarang? Dari mana dia hendak bermula? Adakah dia akan dihantar ke rumah anak yatim? Dia perlu buat apa? Siapa yang boleh dia bertanya? Malam ini bolehkan dia lena di sini?
Mana Izzudin? Kalau lelaki itu ada, dia pasti tahu jawapannya. Lelaki itukan bijak. Kalaulah dia ada, pasti Sofea tidak perlu fikirkan hal ini. Sakit kepalanya. Dia buntu. Izzudin boleh berikan jawapan kepadanya.
Tamat sahaja tahlil, Sofea kembali menyindiri. Entah dengan siapa dia boleh mengadu. Beberapa orang kampung masih berada di ruang tamu, membantu mengemas apa yang perlu. Rakan sekelasnya ada datang, namun terpaksa pulang atas faktor hari sudah semakin lewat.
Sofea termenung lagi. Tangan tidak henti menekan nombor Izzudin dengan harapan lelaki itu ada menghidupkan perantinya seketika. Dia hanya mahu meluahkan rasa yang terbuku. Dia sudah tak punya sesiapa.
"Ya Allah, apa patut aku buat sekarang?" Sedikit demi sedikit orang kampung bergerak pulang, membuatkan Sofea diselubung ketakutan. Dia tidak mahu bersendirian. Dia rela tidur di masjid. Sendiri di rumah ini akan membuat dia lebih bersedih. Bayangan Nek Yah ada di mana-mana.
"Aya..." Tersentak Sofea apabila terasa bahunya disentuh.
"Cik Nab..." Cik Nab, Isteri ketua kampung menghampiri Sofea bersama-sama pasangan suami isteri yang tak dia kenali.
"Kenalkan, ini Encik Syauqi dan Puan Syaima. Mereka kawan arwah ummi dan abi Aya." Cik Nab berkata ringkas. Pilu hati tuanya melihat Sofea yang menyendiri sedari tadi. Mahu menghubungi Isa dan Wati, dia tidak tahu. Yang dia tahu, kos menghubungi mereka di luar negara sangat tinggi. Internet pun dia tidak tahu guna. Hanya Sofea yang boleh hubungi mereka melalui internet sekarang cuma tidak berangkatlah pula katanya.
"Maafkan kami lambat datang, Aya." Puan Syaima terus memeluk Sofea erat yang masih terpinga-pinga. Namun setelah merasa kehangatan pelukan wanita itu, mata Sofea mulai panas. Perlahan-lahan air mata mula membanjiri pipi. Dia rindukan pelukan hangat begini.
"Aya dah besar. Abang, tengok ni. Baby yang saya dukung dulu dah cantik. Masyallah." Encik Syauqi turut tersenyum. Lega kerana anak itu membesar sihat.
"Dari dulu kami nak ambil kamu tapi Nek Yah kata dia nak jaga kamu. Kami biarkan sebab dia pun ada hak ke atas cucunya. Sekarang, tiba masanya kami tunaikan amanat ibu bapa kamu."
"Amanat?"
"Ummi abi minta kami jagakan Aya sebelum mereka meninggal. Kami minta maaf lambat ambil Aya. Mulai sekarang, Aya akan tinggal dengan kami." Encik Syauqi menjawab ringkas. Terngiang-ngiang dalam kepalanya bagaimana arwah sahabatnya itu bersusah-payah meminta pertolongan mereka dalam keadaan tenat. Sangkanya, ada harapan untuk keduanya sembuh. Namun ajal mereka sampai terlebih dahulu.
"Tapi... Aya tak pernah jumpa mereka, Cik Nab." Ujar Sofea perlahan. Dia segan.
"Mereka sebelum ni tinggal dekat luar negara. Baru beberapa bulan lepas balik Malaysia tapi mereka tak sempat jumpa kamu." Cik Nab menerangkan. Dahulu sewaktu Encik Syauqi mahu mengambil Sofea, Nek Yah menghalang dan kebetulan waktu itu dia harus berpindah ke Jepun. Disebabkan inilah mereka tidak dapat bertemu Sofea.
"Tak apa ke? Nanti saya menyusahkan pak cik dan mak cik." Sofea tertunduk. Dia tak mahu merampas sesiapa lagi. Cukuplah dia merampas kasih sayang Encik Isa dan Puan Wati dari Izzudin dan Aiza.
"Tak sayang. Panggil mummy. Ini daddy. Sekarang, kita keluarga. Adik-adik dah tunggu dekat rumah. Mereka tak sabar nak jumpa Aya." Terpinga-pinga Sofea mendengarnya.
"Adik?"
"Ya, Aya akan ada adik. Suka?" Sofea terdiam sebelum mengangguk. Wajah penuh kasih pasangan suami isteri itu diperhati. Tanpa sedar, senyuman nipisnya terukir.
"Terima kasih."
"BANYAKNYA bunga dekat sini!" Aiza menilik satu-persatu bunga segar di situ. Izzudin hanya mengikut. Kalau dibiar, ada yang sesat di negara orang nanti.
"Kalau warna ni maksudnya orang tu benci penerima bunga tu. Yang merah ni tanda sayang." Aiza berceloteh tidak henti. Hampir kesemua maksudh bunga diberitahu kepada Izzudin tanpa dipinta.
"Banyak pula Aiza tahu?" Soal Izzudin kehairanan. Setahunya, Aiza bab minat membuat bajet atau apa-apa berkaitan kewangan. Bunga macam terlalu jauh dari hobi adiknya itu. Hadiah ulang tahun pun dia dah bagi amaran tak mahu bunga.
"Kalau dah Aya hari-hari ulang maksud bunga, mestilah Aiza-" Aiza tiba-tiba terdiam. Dia mempelajari semua makna bunga ini dari Sofea. Sofea ggemarkan bungan lebih-lebih lagi bungan teluki atau carnation.
"Aya?"
"Wah, ada aiskrim dark chocolate!" Aiza terus meninggalkan gerai bunga itu sebelum sempat Izzudin bertanya apa-apa. Izzudin menggeleng. Menangkan lagi ego tu. Dia nampak Aiza agak berbeza kali ini. Selama ini, Sofea yang banyak melayan kerenahnya ketika bercuti. Ibu dan ayah mereka kerap berbual berdua manakala Izzudin lebih gemar mengambil gambar. Hanya Sofea yang sanggup mengikuti Aiza ke mana sahaja sehingga pernah sekali, mereka tersesat. Mujur waktu itu mereka hanya ke taman tema air.
Izzudin memandang telefonnya. Setelah mendarat, dia perasan beberapa cubaan panggilan dibuat oleh Sofea namun tiada mesej yang dihantar. Izzudin berkira-kira mahu menekan butang panggilan semula namun terasa berat. Seakan ada sesuatu yang menghalang.
Nafas ditarik dalam. Melihat Aiza mula menilik menu di gerai kecil berdekatan, Izzudin agak mereka akan lebih lama di situ. Nama Sofea ditekan dan butang hijau menjadi sasaran jarinya.
Tut tutt...
Tut tutt...
Tut tutt...
Tidak diangkat. Dia mencuba sekali lagi. Kali kedua, tiga malah empat, semua tak dijawab. Tiba-tiba Izzudin menyumpah diri sendiri.
"Bodohlah Izzudin. Sana dah malam." Nafas dihela berat. Telefon terus disimpan. Harapnya, adalah mesej yang akan dihantar gadis itu nanti.
Kadang-kadangkan, jalan cerita patutnya lain. Tapi bila baca Komen korang, dia boleh berubah tau🤣 Teruskan mengomen. Saya baca je cuma tak sempat reply 🥹
YOU ARE READING
Carnation
RomanceBerdamai dengan takdir, walaupun ianya menyakitkan. Pastu ada hikmahnya. Adakah bahagia dunia itu miliknya?