Kelahiran Lia menggembirakan Ali dan Alicia, selepas sekian lama menunggu, akhirnya baby diorang lahir, mula-mula tak sangka dapat baby dalam usia semuda tu, tapi nak buat macam mana lagi kalau Allah dah takdirkan diorang jadi Ayah dan Ibu.
Dan selepas mengambil sesuatu kat dapur, Ali terus kat biliknya dan Alicia, dan bila masuk bilik, nampak Lia dah tidur lena, tapi tiba-tiba Ali risau tengok Alicia nampak sedih.
Ali : Alicia?
Dia segera menghampiri isterinya yang duduk kat sebelah Lia.
Ali : sayang, kenapa awak sedih?
Ali berkata demikian sambil duduk kat sebelah isterinya.
Alicia tak jawab, dia hanya menggelengkan kepala, sampai akhirnya Ali tahu apa yang Alicia nak.
Dia menarik perlahan isterinya kat dalam pelukan sambil membelai rambut Alicia.
Ali : saya tahu apa yang awak nak, awak nak saya duduk rumah lebih lama kan? Saya pun nak jugak, tapi saya kena pergi sekolah dan supaya dapat kerja kat pejabat Ayah, awak tak nak kan selalu menyusahkan Ayah sebab kita selalu biarkan Ayah membiayai hidup kita?
Alicia hanya diam sambil memikirkan kata-kata suaminya tu.
Ali : kalau dah dapat kerja, saya boleh bagi makan kamu berdua tanpa menyusahkan Ayah lagi, harap awak boleh terima ya sayang?
Selepas berfikir sejenak, Alicia perlahan-lahan melepaskan pelukan Ali sambil tersenyum manis kat suaminya tu.
Alicia : saya tahu, dan awak betul pasal semua tu, maaf sebab buat awak risau, esok belajar rajin-rajin okay?
Ali : saya akan buat sayang~
Dia mengucup lembut dahi isterinya, dan dalam hati dia berjanji akan balik awal dari sekolah, demi isteri dan Puterinya.
Keesokan harinya, dalam bilik Ali dan Alicia, Alicia baru lepas tukar baju Lia, baby tu kini nampak cantik selepas ditukar bajunya oleh Mama dia.
Alicia : kamu nampak comel pakai baju tu sayang, sini Mama cium kamu dulu.
Perlahan-lahan dia angkat baby tu dari katil, lepas tu Alicia cium pipi tembam Lia dengan lembut.
Alicia : hihihi! Lia anak Mama yang cantik dan comel!
Sedang Alicia sibuk bermain dengan Lia kat dalam bilik, tepat pada masanya Ali baru balik dari sekolah.
Ali : Alicia, Lia, Assalamualaikum!
Dia tunaikan janji nak balik lebih awal, dia tak balik sorang pun, dia bawak beberapa orang kawan kelas dia.
Ali nampak Alicia tiada kat ruang tamu, dia mengagak Alicia ada kat dalam bilik bersama Lia.
Ali : mana dia ni? Mungkin dia ada dalam bilik bersama dengan Lia, korang tunggu sini dulu okay? Aku akan panggil Alicia dulu.
Dia terus berjalan kat biliknya, dan bila sampai sana, dia nampak Alicia main dengan Lia.
Melihat isterinya bermain dengan Lia membuatkan dia tersenyum.
Ali : hehe! Alicia?
Alicia : eh? Ali? Awak dah balik?
Melihat suaminya dah balik, sambil gendong Lia, Alicia segera menghampiri Ali dan mencium tangan suaminya.
Ali : ya, saya baru sampai, sekarang jom turun, ada kawan2 nak jumpa awak.
Alicia : kawan-kawan? Kawan-kawan dari Akademi lagi ke?
Ali : bukan, awak tengok je sendiri Kat bawah.
YOU ARE READING
Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)
FanfictionWARNING 15+ : ALILICIA, FAMILY, ROMANCE! Disebabkan satu kejadian, Ali dan Alicia terpaksa berkahwin pada usia muda iaitu 15 tahun. Macam mana diorang boleh kahwin? Sama ada kehidupan Ali dan Alicia akan bahagia selepas berkahwin atau tidak? . . . ...