23. Lia Ghazali

405 25 9
                                    

Dengan kerjasama dan perancangan yang matang, Rudy dan rakan-rakannya akhirnya dapat menewaskan Kim yang dilengkapi dengan Override Mode kat matanya.

Dan selepas kekalahannya, Kim berhasrat untuk membantu semua Ejen untuk menewaskan Cinco, sebab dari dulu dia tahu apa yang dia buat tu salah, Kim terpaksa menculik Lia sebab dia kena membalas Cinco atas apa yang Cinco lakukan padanya dahulu.

Sebab Cinco pernah protect dia dari buli, Kim berhasrat untuk membalas budi Akaknya tu dengan memenuhi semua permintaan Cinco dengan menculik Lia, tapi akhirnya dia tahu apa yang dia buat tu salah dan dia berniat nak tolong Ali dan Alicia dapatkan Lia balik.

Iman : kalau macam tu, jom kita bantu Ali dan Alicia untuk bawa Lia kembali kat jalan yang benar.

Sambil mengesat air matanya, Kim mula tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

Kim : ya.

Dan kini, ia adalah penentuan siapa yang akan menang dalam pertempuran ni.

Keadaan kat Akademi MATA kurang baik, kerana dengan Cinco mengawal beberapa Droid, Busterdroid dan Mechadroid untuk membantu dia melawan semua Ejen kat hadapannya.

Begitu juga dengan pejabat Datuk Bandar, dengan sekuat tenaga Rizwan dan Fit terus menumbuk badan Trez, tapi sedihnya sebab Microbug dalam badan dia, badan Trez menjadi sangat keras dan kuat.

Trez : hehe! Tu je yang korang berdua ada? Lemah!

Rizwan : rrrrggghhh!

Dengan melompat kat belakang Trez, Rizwan cuba mengalahkan lelaki besar tu dengan teknik mahirnya.

Trez : hm?

Dengan menggunakan teknik pressure point dia kat belakang leher Trez, Rizwan cuba melumpuhkan lelaki besar tu dengan berulang kali menggunakan teknik pressure pointnya.

Tapi malangnya Trez hanya tergelak kecil kerana teknik Rizwan langsung tak terasa kat tubuhnya.

Trez : hehe! ada ke semut yang gigit aku tadi?

Rizwan : hah! Aarrgghh!

Trez mengangkat Rizwan dengan kuat dengan mencekik leher lelaki tu.

Trez : permainan dah tamat!

Dia kuatkan cengkamannya pada leher musuh kat hadapannya, buat Rizwan sesak nafas, tetapi.

Rizwan : argh!

Trez : hehe! Tamatlah cerita kau kali ni Rizwan! Hah!

Nasib baik Fit muncul yang segera menyepak lengan kanan Trez, pegangan Rizwan kat lehernya dilepaskan dan akhirnya lelaki tu dapat bernafas semula walaupun tercungap-cungap.

Rizwan : argh! Uhuk! Uhuk!

Akibat sepakan tu Fit patah kaki kanan, dan bahu besi kanan Trez kemek.

Trez : tak guna kau!

Perlahan-lahan Fit cuba berdiri walaupun kaki kanannya patah.

Fit : rrgghhh! Aku takkan bagi kau dekat Dato Hisham!

Sekali lagi dia cuba Trez, walaupun dia tahu ianya sia-sia, tapi Fit tak nak kalah sebelum berlawan.

Manakala Rizwan pula masih melutut kat atas lantai sambil menarik nafas, dia tak sangka kekuatan dia masih lemah sekarang, sehingga akhirnya Rizwan teringat kata-kata Profesor Akram tentang alat yang boleh mengaktifkan Microbug dalam badannya.

Rizwan mengeluarkan alat dari poketnya yang diberikan oleh Profesor Akram sebelum meninggal dunia.

Rizwan : semuanya akan berubah.

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now