12. My Little Family

403 17 4
                                    

Sejak kehadiran Lia dalam hidup Ali dan Alicia, diorang sangat gembira, diorang memang tak sangka Allah kurniakan anak secantik Lia.

5 bulan kemudian.

Beberapa bulan dah berlalu, Lia kini berusia 5 bulan, dia dah mengenali wajah Mama dan Ayahnya, kini dia duduk di atas riba Alicia sambil rambutnya disikat.

Alicia : rambut kamu sangat lembut sayang, macam Ayah kamu, mungkin betul, kalau kamu macam Ayah kamu, hehe!

Dan akhirnya Alicia selesai menyikat rambut Puterinya, kini Lia nampak sangat cantik dengan dress pink yang dipakainya.

Alicia : finally done, kamu nampak cantik pakai ni, Mama teruja sangat!

Dia mencium lembut pipi tembam Puterinya, tindakan Alicia membuatkan Lia ketawa gembira.

Alicia : hehe! Lia suka ya? sekarang jom kat depan rumah sayang, kita tunggu Ayah kamu balik kat sana ya?

Semasa Alicia berdiri, nampak Lia dah angkat tangan kat arah Mamanya tu, macam dia dah tahu yang Alicia nak bawa dia jumpa Ayahnya.

Alicia : wah! Tak sabar nak jumpa Ayah ya? Hehe! Mama pun sama sayang.

Dia segera menggendong Puterinya tu, lepas tu dia bawak Lia keluar rumah, dia segera duduk kat atas kerusi panjang kat hadapan rumah dan meletakkan Lia kat atas ribanya.

Alicia hanya tersenyum sambil memerhati Lia menepuk pehanya.

Alicia : kamu ni comel sangat ya? Hehe!

Bila nampak Lia main sorang-sorang, Alicia ingat dia selalu denda Ali masa sekolah dulu.

Alicia : tahu tak sayang, semasa Mama masih bersekolah dengan Ayah masa tu, Ayah selalu buat masalah dan Mama selalu denda dia, walaupun begitu, tindakan Ayah kamu membuatkan Mama sentiasa bersamanya.

Dia mula menitiskan air mata apabila mengenangkan dia telah berkahwin dengan Ali, Alicia sungguh gembira selepas berkahwin dengan Ali.

Alicia : sampai akhirnya Mama kahwin dengan Ayah kamu, mula-mula Mama tak sangka nak kahwin, tapi nak buat macam mana lagi kalau Allah dah izinkan, Mama sangat gembira, lebih-lebih lagi bila kehadiran kamu dalam hidup kami sayang.

Dia mencium pipi Lia yang tembam lembut, bayi tu mengusap pipinya yang dicium oleh Mamanya, selepas tu dia mula ketawa kerana gembira dengan tindakan Alicia.

Alicia : terima kasih kerana hadir dalam hidup kami sayang.

Ali : Assalamualaikum!

Dan akhirnya orang yang ditunggu-tunggu telah datang juga.

Alicia : eh? Waalaikumsalam!

Ali yang baru sampai terus duduk kat sebelah isterinya, lepas tu dia cium lembut pipi tembam Lia.

Ali : wah! Wangi sangat Puteri Ayah ni!

Alicia : mestilah, Lia baru lepas mandi.

Ali : oh, macam tu, hm?

Tengok Ali baru datang, Lia mengangkat dua-dua tangan dia kat arah Ayahnya, dia nampak gembira sangat sampai nak digendong oleh Ali.

Ali : eh? Lia nak Ayah gendong ke? Yelah.

Terus dia menggendong Lia dan mengangkatnya berulang kali kat udara, tindakan Ayahnya tu membuatkan Lia ketawa gembira.

Alicia : hehe! Dah la Ali, turunkan dia, takut dia muntah nanti, dia baru habis minum susu tadi.

Ali : hehe! Yelah.

Ali segera meletakkan Lia dan meletakkannya kat atas ribaannya.

Alicia : dia nampak gembira bila awak datang, Ali.

Ali : hehe! Betul.

Ali nampak Lia main sorang-sorang, dia tak sangka Puteri dia dah besar sekarang.

Ali : tak sangka cepat sangat dia besar ya?

Alicia : hehe! Ya, rasa macam baru semalam melahirkan dia.

Sambil tersenyum Ali membelai rambut Lia.

Ali : kamu kena kuat sayang, supaya nanti bila dah besar boleh jadi Ejen.

Alicia : hahahaha! Nanti kita bincang dengan Papa.

Ali : hehe! Oh! Saya hampir terlupa, saya ada sesuatu nak tunjuk pada awak dan Lia.

Alicia : apa tu?

Dari beg dia keluarkan gambar dengan bingkai, lepas tu Ali tunjuk kat Alicia.

Alicia : eh? Ni gambar kita dengan Lia masa tu, kan?

Gambar tersebut ternyata adalah gambar yang diambil oleh Ghazali ketika Lia baru dilahirkan.

Ali : betul, ni gambar kita semasa Lia lahir dulu, saya sengaja buat ni, sebab nak Lia tahu macam mana Mama dia bersusah payah melahirkan dia.

Terharu betul Alicia dengar apa yang Ali cakap, air matanya mula jatuh, tetapi dia cepat-cepat menyekanya dan balik tersenyum.

Alicia : Lia akan ingat tu, sebab Lia anak kita.

Ali : hehe! Betul tu, Lia adalah anak kita, dan saya sayang awak berdua.

Ali berkata demikian sambil memeluk dua wanita yang dicintainya.

Senyuman terpancar pada Alicia dan Lia, Ali teringin sangat tengok isteri dan anaknya terus senyum macam tu.

Ali : (dalam hati) Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan keluarga macam ni kepada saya,  Ya Allah.
.
.
.
.
.
CONTINUED!

Don't Forget Vote, Comment and Share 👍.

Hai semua! Saya harap Korang semua suka cerita ini, okay? Mesti korang nak tahu macam mana kehidupan Ali dan Alicia seterusnya kan?

Jadi jangan lupa baca episod seterusnya okay? Kerana di sana korang semua akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya 👍.

My Friend : alilicia4U2C and duoronpixel

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now