Dengan perjuangan yang begitu sukar, akhirnya Cinco tewas, dengan Kim tetak dia sampai mati, dia terpaksa buat macam tu sebab kalau tak, pertempuran tu takkan berakhir, dan jenayah Cinco takkan berhenti.
Selepas menetak Cinco, hati Kim hancur sebab orang yang melindunginya sebelum ni, terpaksa mati kat tangannya sendiri, tapi tu yang dia kena buat, untuk keselamatan semua.
Dengar kata Cinco dah tewas, Ali dan Alicia tak berdiam diri, dengan mengerahkan seluruh kekuatan, akhirnya Ali dan Alicia dapat menewaskan Lia.
Walaupun seluruh badan penuh luka, tetapi akhirnya Ali dan Alicia dapat menghabiskan pertarungan tu dengan diorang yang menang, dan dapatkan kembali Puteri diorang.
Akhirnya, selepas sekian lama bertarung, semua penjahat dah dikalahkan, masa depan MATA selamat.
Dan beberapa jam selepas pertempuran tu, Semua Ejen yang cedera akibat pertempuran dah dijaga dan dirawat kat Wad Akademi MATA, bernasib baik tiada seorang pun yang terkorban, tapi malangnya ada sorang Ejen yang mengalami kecederaan yang agak serius, iaitu Deysi.
Kerana akibat menggunakan seluruh kuasa Gajetnya untuk melawan Lia, dua tangan Deysi cedera agak teruk sampai tak boleh digerakkan beberapa hari, kini Andrew dan James berada kat bilik rawatan Deysi untuk menghiburkan gadis tu.
Andrew : kitorang minta maaf sebab tak buat apa-apa Deysi, semasa pertempuran tu, lelaki sepatutnya melindungi wanita, tetapi sebaliknya kau yang melindungi kitorang, sehingga buat dua tangan macam ni.
James : ya, maaf Deysi.
Deysi kini hanya mampu tersenyum menerima keadaannya sekarang, dia cuba untuk kekal kuat, sebab dia tak nak tengok kawan dia sedih sebab keadaan dia.
Deysi : hehe! Korang ni, jangan macam tu, aku okay la, ni cuma luka biasa, beberapa hari lagi luka ni pasti akan sembuh, lagipun...
Sebelum menyambung kata-katanya, Deysi tersenyum mendongak kat siling memikirkan kemenangan yang diorang semua perolehi.
Deysi : kita dah menang, dan kita dapatkan Lia balik, tu yang penting, aku nak cepat sembuh dan jumpa lagi kawan kita tu.
Dan selepas tu, Deysi kembali memandang kedua-dua kawannya tu.
Deysi : korang berdua pun nak juga kan?
Tersenyum Andrew dan James mengangguk setuju dengan apa yang Deysi cakap, memang betul, matlamat diorang dari awal bukan hanya untuk melindungi Akademi, tetapi juga untuk membawa Lia balik kat jalan yang betul.
Andrew : ya Deysi, kitorang pun nak, bukankah tu matlamat kita dari mula? Kembalikan kawan kita tu kat jalan yang betul?
Deysi : hehe! Kau betul, aku tertanya-tanya, Kat mana Lia sekarang?
James : mengikut maklumat yang aku dapat, Lia akan masuk penjara beberapa hari untuk soal siasat, mungkin dia akan dipenjarakan selama seminggu.
Deysi : oh, jadi macam tu ye? Tu lebih baik daripada dijatuhkan hukuman mati.
James : betul.
Memang betul, lepas pertempuran tu, Lia dijatuhkan hukuman penjara kerana khianat, sepatutnya Lia berada kat penjara selama beberapa tahun, tapi sebab permintaan dari Ali dan Alicia untuk memberi kelonggaran, Lia akhirnya diberi tempoh seminggu kat penjara MATA.
Kini, kat dalam penjara MATA, Lia dimasukkan kat dalam sel, tapi sebelum pintu sel ditutup, Lia nak bincang sikit dengan Ali dan Alicia sekejap sebelum masuk penjara.
Lia : Ayah, Mama, semua yang Lia dah buat, Lia kena bayar sekarang, Lia berhak dihukum macam ni, tapi jangan risau, Lia akan okay Kat sini.
Sambil tersenyum, Ali mula mengusap lembut kepala Puterinya tu.
YOU ARE READING
Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)
FanfictionWARNING 15+ : ALILICIA, FAMILY, ROMANCE! Disebabkan satu kejadian, Ali dan Alicia terpaksa berkahwin pada usia muda iaitu 15 tahun. Macam mana diorang boleh kahwin? Sama ada kehidupan Ali dan Alicia akan bahagia selepas berkahwin atau tidak? . . . ...