19. Assault

288 18 5
                                    

Kadang-kadang sakit tengok orang yang kita kenal khianat, dan Ejen MATA mesti nampak pengkhianatan dari Kim.

Kim terpaksa buat sebab Akak dia, Cinco, yang dah menjaga dan melindunginya dari kecil.

Dia cuma nak balas budi Cinco, tapi dengan cara yang salah, apa lagi rancangan Cinco dah sampai kemuncaknya, tiba masanya Kim tunjuk diri yang sebenar.

Keesokan harinya, Kat MATA HQ, lebih tepat kat bilik taklimat, ada Dayang dan Ganz sedang memikirkan sesuatu, kelihatan Dayang sedang mengurut kepalanya sendiri kerana pening memikirkan perbualan tadi.

Dayang : haih!

Ternyata, dia dan Ganz pergi kat pejabat Datuk Bandar, cakap benda penting, tapi cakap penting tu buat Dayang pening kepala, bukan tanpa sebab, sebab Dato' Hisham minta MATA tunjukkan diri kepada umum, supaya semua orang tahu Cyberaya ada pelindung.

Kalau MATA buat macam tu, ia akan menjadi lebih sukar, sebab bukan orang ramai je yang tahu MATA tu wujud, tapi musuh pun akan tahu, takut musuh akan cari kelemahan MATA, dan menyerang.

Dayang memang pening memikirkan hal tu, nasib baik diorang berdua cakap yang MATA akan fikirkan tu buat sementara waktu.

Dayang : tak sangka Dato' Hisham akan minta macam tu.

Ganz : ya memang permintaan yang menyusahkan! Tidakkah dia tahu bahawa rancangan tu akan memberi kesan buruk kepada kita?! Lebih baik kita beritahu Dato' Hisham je jika kita tak bersetuju dengan rancangan tersebut!

Dayang : ya, saya setuju, nanti kita ke sana, buat masa ni kita kena selesaikan sesuatu dulu.

Ganz : masalah tentang Mainframe?

Dayang : ya, ini masih ada kaitan dengan rancangan Dato' Hisham untuk menunjukkan MATA wujud, kita kena lebih tegas menjaga Mainframe, atau insiden serangan Akademi pada masa itu boleh berlaku lagi.

Ganz : bukan mainframe key ada tiga huh? Pada saya, kau dan Dato' Hisham.

Dayang : betul, itulah masalahnya, sebab salah satu mainframe key ada pada Dato' Hisham, kita kena jaga supaya musuh tak dapat, kita tak tahu apa masalah yang akan datang nanti.

Serangan kat atas Akademi ketika tu memang dahsyat, dua Ketua Teras mati dalam pertempuran tu, Akademi musnah, malah Mainframe pun berjaya ditawan, tapi nasib baik dapat balik.

Supaya tak berulang lagi, Mainframe key terbahagi kepada tiga, dan satu kunci dipegang oleh setiap seorang, iaitu Dayang, Ganz dan Dato' Hisham, mungkin kedua-dua kekunci Mainframe selamat kat tangan Dayang dan Ganz, tapi bukan untuk kekunci Mainframe di tangan Dato' Hisham, kerana takut musuh akan menyerang Dato' Hisham untuk mendapatkan kunci Mainframe.

Nasib baik keselamatan semakin ketat, Keselamatan Dato' Hisham dapat dijaga, tapi betul ke macam tu.

Manakala kat Akademi, suasana kat sana aman dan damai, semua Ejen menjalankan aktiviti masing-masing, dalam bilik latihan, ada Rizka berlatih berlawan dengan Mika.

Rizka : ayo! Gitu aja kemampuan Lo?!

Mika : ish! Dia cabar aku!

Sementara di tepi bilik, ada Roza dengan Aleks dan Sam tengok Rizka dan Mika berlatih.

Roza : hey, jangan serius sangat! Ni hanya latihan je, salah seorang daripada korang akan cedera parah!

Mika : diam Roza!

Rizka : ya, diam Lo!

Roza hanya mampu menggelengkan kepala tengok gelagat diorang berdua.

Roza : diorang memang susah nak uruskan!

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now