21. Our Daughter

369 16 9
                                    

Perjuangan semua Ejen menentang Cinco sangat sukar, sebab Microbug yang dia ada, dan IRIS yang tertanam kat matanya membuatkan dia tak dapat dikalahkan.

Bukan je Cinco, Kim dan Lia pun sukar untuk ditewaskan, sebab kat setiap mata diorang juga ada tertanam IRIS yang boleh nampak segala serangan yang masuk.

Ketika berlawan, Lia berjaya menewaskan semua kawannya tanpa mengeluarkan peluh.

Lia : hehe! Tak payah nak berlagak kuat lagi, kita sama-sama tahu, kau lemah bila bersendirian.

Andrew : Lia, kenapa buat macam ni?!

Lia : tiada apa yang perlu dijelaskan Kat kau lagi, lebih baik kau diam sehingga ni selesai, atau saya akan bunuh kau, hehe!

Ali dan Alicia pun tak boleh kalahkan Kim, semasa melawan gadis Tekno tu, Ali dan Alicia mendengar kebenaran yang sangat mengejutkan diorang.

Kim : Ali, Alicia, awak berdua kenal siapa Lia?

Ali : ya, kau Akak dia dan cinco Aunty dia kan?! Tak guna!

Kim : bukan, dia bukan adik saya dan bukan anak saudara Akak saya, tapi dia Puteri awak berdua.

12 Tahun Lepas.

Beberapa tahun lepas, semasa Ali dan Alicia kehilangan anak diorang, Lia, kerana diculik.

Selepas berjaya menculik Lia yang masih bayi daripada Ali dan Alicia, penculik membawa Lia kat dalam hutan yang agak tebal.

Selepas cukup lama berjalan dalam hutan tu, penculik itu berhenti kat hadapan sebuah gua yang agak menakutkan, dan dari dalam tu keluar seorang perempuan berambut coklat, perempuan tu tak lain tak bukan Cinco.

Cinco : akhirnya kamu berjaya juga, Kim.

Apabila membuka topeng mukanya, Penculik tu ternyata Kim, ternyata Kim yang menculik Lia dari Ali dan Alicia.

Kim : ya Akak, saya berjaya, tapi, apa yang kita buat ni tak keterlaluan ya? Memisahkan anak dengan ayah dan ibunya, bukankah tu satu jenayah yang keji?

Cinco : hehe! Tak keji jika kita menjaganya dengan baik, kita akan besarkan dia dengan baik jadi anak yang kuat, tau kan plan utama kita?

Kim : ya, saya tau, plan kita nak guna budak ni jadi sekutu kita untuk serang MATA, tapi saya rasa tak elok guna budak ni untuk jalankan plan ni, Tak sanggup nak buat.

Cinco : Kim, adakah kamu tak nak lagi buat permintaan Akak kamu ni? Saya hanya minta satu permintaan dari kamu, sekali je, kali ni je, kamu ingat tak siapa yang protect kamu masa tu? Kamu tak nak balas budi saya masa tu kat kamu?

Kim mula terfikir apa yang Cinco cakap, dia mula merenung bayi yang dipegangnya beberapa saat sebelum bersuara.

Akhirnya Kim mula menoleh semula kat arah Akaknya tu.

Kim : ok Akak, saya setuju, ni nak balas jasa sebab Akak protect saya masa tu, tapi saya mohon, jangan buat budak ni menderita kerana rancangan ni.

Cinco : bertenang, itu pasti, tapi kita kena tolong dia berlatih supaya dia boleh buat pertahanan diri.

Kim : kalau macam tu, biar saya latih dia, saya boleh jadi Akak yang baik untuk dia.

Dia tersenyum tengok bayi dalam dakapannya, Kim dah janji nak jadi Akak yang baik untuk Lia, walaupun dalam hati, dia masih rasa bersalah kerana merampas anak dari ayah dan ibunya.

Tahun demi tahun dah berlalu, Lia Lia sekarang dah 11 tahun, dan dia menjadi seorang gadis yang sangat cantik macam Mamanya, Alicia, tapi malangnya dia tak kenal siapa Ayah dan Mamanya.

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now