9. Only For You, Honey

514 16 5
                                    

Pada mulanya Ali hanya nak mengajak Alicia berjalan-jalan kat Mall, tetapi tiba-tiba Syed muncul dan menyerang diorang tanpa sebab, tapi nasib baik Ali berjaya mengatasinya dan menewaskan Syed, malangnya Ali mendapat berita buruk sebab seorang lagi tak menyukainya dan Alicia.

Seminggu kemudian.

Kini, Alicia sedang sibuk membersihkan biliknya dan Ali, dan tiba-tiba pandangannya beralih kat cermin kat sebelahnya.

Dia mula memandang cermin dengan senyuman sambil mengusap perutnya yang besar tu, Alicia masih tak menjangka yang dia akan menjadi ibu tak lama lagi.

Alicia : kamu akan jadi budak yang kuat ya? Supaya nanti boleh jadi Ejen macam Ayah dan Mama, hehe!

Sedang asyik tengok cermin, dia terkejut apabila tengok Ali tiba-tiba masuk kat dalam bilik untuk tengok dirinya kat cermin sambil mengusap perutnya sendiri.

Alicia : eh? Ali?!

Dia segera menutup mukanya yang merah dengan tangan sebab malu.

Ali yang tengok tu mula tersenyum dan segera menghampiri isterinya.

Ali : wah! Sibuk sangat ke? Hehe!

Alicia : ish! Diamlah!

Ali : kenapa kena malu?

Dia perlahan-lahan memeluk Alicia dari belakang dan meletakkan kepalanya kat bahu isterinya.

Ali : bukankah ni anak awak juga kan?

Terkejut Alicia tiba-tiba Ali angkat dia macam bridal style.

Alicia : eh? Aaaaa!

Ali tak mendengar apa yang Alica cakap, dia meletakkannya kat atas katil, tetapi selepas tu Ali berada kat atas isterinya sambil menunjukkan senyuman menggoda.

Muka Alicia bertambah merah bila Ali berada kat atasnya dan nak buat sesuatu.

Alicia : A-Ali.

Alicia dapat tahu Ali nak buat sesuatu dengannya, jadi dia cuba memberi amaran kepada suaminya .

Alicia : A-Ali, saya mengandung, jadi jangan cuba buat benda tu, okay?

Ali : hehe! Kenapa saya kena buat macam tu? Saya cuma nak cium dahi awak je.

Ali mengucup lembut dahi isterinya, selepas tu dia mula bangkit semula.

Untuk beberapa saat Alicia terdiam kerana tindakan Ali tadi, tapi akhirnya dia segera tersenyum dan mula duduk berhadapan dengan suaminya yang berdiri kat hadapannya.

Ali : Alicia, saya nak cakap sesuatu dengan awak.

Alicia : apa yang awak nak cakap dengan saya?

Ali : jom kat MATA HQ.

Alicia : Untuk apa kita pergi kat sana?

Bukan tanpa sebab dia cakap macam tu, sejak disahkan mengandung, Alicia tak pernah pergi MATA sedikit pun, sebab dia tak nak apa-apa terjadi pada anak dalam kandungan dia.

Ali : sebab kawan kita nak jumpa awak, sebab awak tak pernah kat sana.

Alicia : saya tak tahu, saya takut apa-apa jadi kat baby kita.

Ali dapat tengok Alicia risau jika terjadi sesuatu kat baby diorang, tetapi selepas tu Ali mula tersenyum dan segera duduk kat sebelah isterinya sambil mengusap lembut perut Alicia.

Ali : awak jangan risau, saya tahu awak risau sangat dengan baby kita, saya juga bersama awak kat sana, saya pun pernah cakap kat awak, saya sanggup buat apa je untuk korang berdua, awak tak percayakan suami awak ni ke?

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now