14. No Way!

395 20 3
                                    

Ali dan Alicia memang tak sangka ada yang nak culik anak diorang, diorang berdua cuba melawan penculik tu dan menyelamatkan Lia, tapi malangnya Ali dan Alicia gagal, penculik tu baling gas tidur buat Ali dan Alicia pengsan dan berjaya membawa Lia.

Dan keesokan paginya, selepas semalaman pengsan, Alicia akhirnya mula sedar.

Alicia : argh! Kat mana saya?

Kepala agak pening akibat gas tidur semalam, dan ketika dia masih pengsan, Ali yang bangun dulu, menemaninya sepanjang malam.

Ali : kita berada kat wad Akademi MATA.

Alicia : o-oh.

Disebabkan kepalanya pening, dia cuba mengingati apa yang berlaku, sampai akhirnya dia baru teringat yang Lia kena culik.

Alicia : hah! Lia!

Dia cuba untuk turun dari katil perubatan, tetapi Ali menahannya kerana Alicia masih belum pulih.

Ali : Alicia, bertenang!

Alicia : Ali, kita kena cari Lia sekarang!

Ali : saya tahu, tapi cuba bertenang dulu!

Alicia : macam mana nak tenang kalau Lia belum jumpa lagi?!

Alicia terus memberontak nak pergi cari Lia, patutnya Ali tak nak cakap tapi terpaksa.

Ali segera membuatkan isterinya memandangnya dengan memegang bahu Alicia, Ali cuba kuat untuk memberitahu isterinya berita sedih, tapi tak boleh, Alicia nampak air mata yang mengalir di pipi suaminya.

Alicia : Ali.

Ali : tak guna awak memberontak macam ni Alicia, dah tak guna, dah terlambat.

Alicia semakin hairan kenapa tiba-tiba suaminya berkata macam tu.

Alicia : Ali, kenapa ni?

Sebelum menjawab soalan isterinya, Ali segera memeluknya erat sambil menangis.

Ali : Papa dah hantar beberapa Ejen untuk cari Lia, tapi bila dah tahu dimana Puteri kita, diorang cuma menjumpai baju Lia Kat situ dan ada sedikit kesan darah!

Terbeliak mata Alicia sebaik mendengar penjelasan Ali, dia tak sangka Lia dah-...

Alicia : t-tak! Tak mungkin! Lia tak mungkin-... Ali!

Sambil menangis selepas mendengar berita buruk dari Puterinya, Alicia segera membalas pelukan suaminya.

Alicia : Ali! Puteri kita!

Ali : maaf Alicia!

Penculik tu memang takde hati nak culik dan bunuh anak secomel Lia, sampai buat Mama Ayah anak tu menangis dan terpaksa terima hakikat anak diorang meninggal, kat tangan orang asing.

Sebelum Ali dan Alicia sedar dari pengsan, General dah hantar beberapa agent untuk cari Lia, tapi tak sangka, semua Ejen tu cuma jumpa baju Lia, dengan kesan darah kat sekelilingnya.

Tu berita yang sangat buruk untuk Ali dan Alicia, diorang terpaksa kehilangan Puteri diorang berdua, untuk selamanya.

Dan pada waktu malam, selepas mendapat berita buruk pasal anaknya, hancur hati Alicia kerana kehilangan anak tunggalnya, selepas balik dari Akademi, Alicia hanya duduk dalam bilik sambil menangis memeluk foto Lia.

Alicia : Lia kenapa tinggalkan Mama sayang?

Dari luar bilik datang Ali yang bawakan makan malam untuk Alicia.

Ali : Alicia, makan dulu okay?

kata Ali sambil tersenyum memandang isterinya, walaupun dalam hati dia juga sangat hancur, tapi dia cuba kuat supaya dia boleh jaga Alicia yang tengah tertekan.

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now