17. Identity Revealed

351 18 5
                                    

Lia, gadis yang secara tak sengaja bertemu dengan Ali kini memasuki MATA, walaupun nampak sangat akrab dengan Ali, tapi masih ada yang Ali tak tahu tentang gadis tu.

Sekarang Ali sedang bersarapan sebelum bertolak kat tempat kerja, dan semasa makan, nampak macam dia tengah buat sesuatu kat laptop dia.

Alicia yang membawakan segelas kopi untuk Ali segera menghampiri suaminya tu.

Alicia : Abang, makan dulu baru sambung kerja.

Kata Alicia sambil meletakkan segelas kopi kat sebelah Ali, selepas tu dia duduk menghadap suaminya tu.

Ali : oh! Hehe! Maaf.

Alicia : apa sebenarnya Abang buat tu?

Ali : oh, coba awak tengok ni.

Dia membelek skrin laptopnya kepada Alicia, nampak Ali tengah check biodata semua Ejen Muda yang baru.

Ali : Abang sedang check biodata semua Ejen Muda baru, diorang datang dari tempat yang berbeza, masing-masing ada keluarga, tapi dia lain, cuba slide kat page seterusnya.

Apabila Alicia leret kat halaman seterusnya, dia nampak foto Ejen Tekno MATA Muda yang baharu, tak lain tak bukan Lia.

Alicia : Lia?

Ali : betul, Lia, dia dari Cyberaya, tapi dia tak mention siapa family dia dalam bio dia, katanya masih ada Aunty dan akak, tapi kenapa dia tak mention kat situ ya? Dan yang buat Abang tertanya-tanya pasal masa tu.

Alicia : pasal kenapa Lia tak boleh bawa orang asing kat keliling rumah dia?

Ali : mungkin perkara biasa, tapi Abang sebagai Mentor dia nak jaga dia kekal selamat, mungkin berlaku sesuatu yang membuatkan Aunty dia melarangnya membawa orang yang tak dikenali kat keliling rumah, Alicia, bukannya nanti awak buat misi dengan dia? Cuba tanya apa sebenarnya yang terjadi pada dia, sebab masa tu dia tak nak bagi alasan pada Abang, mungkin dia nak bincang dengan awak.

Alicia : okay, Nanti saya cuba tanya dia.

Bukan tanpa sebab Ali nak ambil tahu kenapa Lia jadi macam tu, sebab dengar cerita sedih Lia masa tu, dia mahu sentiasa melindunginya, sebab dia rasa dia ada hubungan yang kuat dengan budak tu.

Beberapa jam kemudian, kat Akademi MATA, General mengumpulkan Alicia, Lia, Deysi dan James Kat bilik taklimat untuk memberi maklumat untuk misi yang akan diorang lakukan.

General : baik, misi kamu semua adalah untuk pergi ke Pelabuhan Cyberaya untuk menghalang Komeng daripada mencuri senjata C-Tech yang disimpan di sana, lindungi senjata itu, dan kalau boleh tangkap Komeng! Misi ini akan diketuai oleh Ejen Alicia, sekarang, bertindak segera!

Alicia dan pasukannya segera keluar dari bilik taklimat tu, bila kat luar, Alicia ternampak Ali dan segera menghampirinya untuk meminta izin untuk melakukan misi.

Alicia : Abang, Saya pergi misi dulu okay?

Kata Alicia yang segera mencium tangan Ali.

Ali : ya, hati-hati ok? Jaga pasukan awak dengan baik.

Alicia : Ok, saya kena pergi sekarang, Assalamualaikum Abang.

Ali : Waalaikumsalam.

Selepas minta izin dari suaminya, Alicia dan pasukannya segera menjalankan misi, Ali yang melihat Alicia pergi misi hanya mampu berdoa agar isteri dan pasukannya selamat, dan doakan Lia dapat bercerita tentang masa silamnya pada Alicia.

Ali : Ya Allah, semoga isteri saya sihat sepanjang menjalankan misi, dan semoga Lia dapat bercerita tentang masa silamnya, Amin.

Beberapa minit kemudian, Alicia dan pasukannya tiba kat pelabuhan Cyberaya, sambil menyorok belakang bekas, diorang ternampak Komeng dan konco-konconya cuba membuka bekas berisi senjata milik C-Tech.

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now