22. Fight Back!

282 17 7
                                    

Kejadian beberapa tahun lepas, kejadian Lia kena culik, ternyata tu semua rancangan dari Cinco, dia sengaja menculik Lia dan menjadikan anak tu sebagai senjata untuk merancang untuk menyerang MATA.

Cinco : hahahaha! Ni akan menjadi sangat menarik! Ayah dan Ibu akan berhadapan dengan Puteri mereka sendiri!

Ali : gelak sesuka hati, tapi kami pasti akan bawa balik Lia! Dan mengalahkan kamu!

Kini, Ali dan Alicia terpaksa melawan Puteri diorang untuk mengembalikannya Kat jalan yang benar.

Sementara Ejen cuba melindungi Akademi daripada serangan musuh, kat pejabat Datuk Bandar, Rizwan dan yang lain terus berusaha untuk mengalahkan Numeros Kat sana agar tak menyentuh Dato'Hisam.

Dos : rrrrggghhh!

Seis : hehe!

Dos dan Bobby dah nampak sangat penat, sebab diorang hanya mampu mengelak serangan bola yang dilakukan oleh Seis dan Siete tanpa dapat menyentuh dua musuh diorang tu.

Siete : hahahaha! Kenapa? Dah penat ke? Hahaha!

Dos : diam!

Sambil siapkan Shox Stix dia, Dos mula berlari kat arah Seis dan Siete cuba menyerang diorang, walaupun dia tahu ianya agak mustahil, Dos tak nak berdiam diri dan menerima kekalahan semudah tu.

Seis : hehe! Masih nak bergaduh rupanya?

Dia menendang bola dengan kuat kat arah Dos, nampak serangan datang kepadanya, wanita tu pantas mengelak dan baling Shox Stix kat Seis.

Nasib baik Seis berjaya mengelak serangan Dos, kalau tak dia pengsan kena renjatan elektrik dengan Shox Stix wanita tu, tapi malangnya dia lepas tangan, Seis tak sedar Dos dah berada kat hadapannya dan terus menendang perutnya dengan kuat.

Seis : aarrrggghhh!

Siete : Hei, tu pelanggaran! Mana boleh tendang perut?!

Niat nak tolong Seis, tiba-tiba dia terjatuh sebab tiba-tiba ada benda keras terkena kepala dia.

Siete : aduh!

Ternyata yang menyerangnya tadi ialah Bobby menggunakan Boomerangnya.

Sambil memegang lengannya yang sakit akibat serangan bola Seis dan Siete tadi, Bobby mula berjalan kat sebelahnya Dos.

Dos : kenapa kau tolong aku? Aku boleh selesaikan ni sendiri!

Katanya sambil menyiapkan Shox Stixnya untuk menyerang Seis dan Siete semula.

Tapi Bobby cuma ketawa dengar Dos cakap macam tu.

Bobby : hehe! Aku yang patut cakap macam tu, Tetapi-...

Diorang melihat Seis dan Siete mula bangun semula sambil mengerang kesakitan sebab serangan yang diorang berdua lancarkan tadi.

Dos dan Bobby kembali alert, walaupun diorang berjaya menyerang musuh diorang tu, diorang kena berjaga-jaga, sebab Seis dan Siete masih dilengkapi dengan Microbug, yang pasti kekuatan dia jauh melebihi Dos dan Bobby.

Bobby : kalau tak usaha sama, kita tak boleh kalahkan diorang!

Sambil siapkan bola, nampak Siete memegang kepalanya yang sakit sebab terkena Boomerang Bobby tadi.

Siete : kurang asam! Beraninya kau baling Boomerang kau kat aku! Sakit tau!

Seis dan Siete kini dah bersedia untuk melawan Dos dan Bobby lagi.

Dengarnya dia patut bekerja dengan Bobby, Dos terpaksa menerima bahawa dia kena bekerjasama dengan Ejen Inviso tu untuk mengalahkan Seis dan Siete.

Dos : cih! Nampaknya aku terpaksa bekerjasama dengan kau.

Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)Where stories live. Discover now