Perjuangan semua Ejen melawan Cinco dan Lia masih diteruskan, dan sekarang keadaan semakin sengit, dengan Kim yang mengkhianatinya, Cinco terpaksa mengumpulkan semua kebolehannya untuk mengalahkan musuhnya, begitu juga Kim.
Begitu juga dengan Lia, dia dah penat berlawan dengan Ali dan Alicia yang sangat sukar untuk dikalahkan padahal matanya ada IRIS yang boleh mengesan pergerakan musuh, tapi kerana keazaman yang kuat untuk membawa Puteri diorang balik, Ali dan Alicia sanggup memberikan yang terbaik untuk mengalahkan Lia.
Dan sekarang, pertempuran yang menentukan baru je bermula, pertempuran yang menentukan masa depan MATA.
Kini, selepas menerima serangan yang tak dijangka dari Ayahnya, Ali, kini Lia hanya mampu diam merenung Ali kat hadapannya.
Lia : rrrrggghhh!
Serangan Ali yang tak dijangka tadi membuatkan Lia terkejut seketika, bukan tanpa sebab, serangan tadi hampir tak dapat dikesan oleh IRIS kat mata gadis tu.
Lia : macam mana serangan Abang tadi tak dapat dikesan dengan IRIS?!
Dengan menyiapkan dua Gasing dia, Ali dah bersedia untuk melawan Lia lagi, walaupun sekarang nampak macam dah mula penat, tapi, penat dia tutup dengan senyuman.
Ali : hehe! Kalau bagitahu tak seronok kan, sayang?
Lia : cih!
Pergaduhan antara diorang berdua bermula lagi.
Alicia yang tak jauh dari situ nampak Lia dah unggul, bukan sebab Microbug kat belakang Lia sekarang, Lia lebih unggul kerana nampaknya Ali kini berada pada batasnya.
Alicia nampak mulut suami dia dah mula berdarah, lebih tepat lagi Ali yang tengah bergaduh ni muntah darah.
Alicia : Abang! Berhenti!
Ali muntah darah sebab terlalu banyak pukulan langsung daripada musuh, tapi, walaupun dia tahu, Ali tetap berazam untuk berjuang demi mengembalikan puterinya kat jalan yang benar.
Sedang Ali sibuk melawan Lia, semua Ejen yang lain kini sibuk melawan semua Droid yang dikawal oleh Cinco dari jauh.
Cinco : hehe! Tak guna melawan lagi.
Kim : Akak!
Cinco mengesan Kim berada kat belakangnya dan dah bersiap untuk memotongnya dengan pedang Plasmanya.
Tetapi malangnya, Cinco cepat melindungi dirinya dengan Microbug apabila Kim menebas pedangnya.
Cinco : hehe! Tak guna Kim.
Kim : Akak, tolong hentikan semua ni! Jangan teruskan!
Cinco : kamu tak faham apa-apa Kim! Jangan halang plan ni kalau tak saya bunuh kamu!
Dengan Microbugnya, Cinco mengangkat Kim kat udara dengan melilitkan Microbugnya pada perut gadis tu.
Kim : rrgghhh! Lepaskan saya!
Dia cuba menetak Microbug yang melilit perutnya menggunakan pedang Plasmanya, tetapi malangnya Microbug terlalu sukar untuk dipotong.
Cinco : hehe! Kamu tak layak nak lawan saya, Kim, kamu terlalu lemah, perasaan kamu yang buat kamu lemah Kim.
Dia segera melemparkan Kim kat arah kawasan pertempuran semua Ejen melawan semua Droid kat sana sehingga gadis tu terlanggar pokok dengan kuat.
Kim : aarrrggghhh!
Iman : Kim!
Iman yang berada berhampiran Kim segera membantu gadis tu bangun semula.
Kim : argh! Uhuk! Uhuk!
YOU ARE READING
Alilicia : Our Future Life R15+ (The End)
FanfictionWARNING 15+ : ALILICIA, FAMILY, ROMANCE! Disebabkan satu kejadian, Ali dan Alicia terpaksa berkahwin pada usia muda iaitu 15 tahun. Macam mana diorang boleh kahwin? Sama ada kehidupan Ali dan Alicia akan bahagia selepas berkahwin atau tidak? . . . ...