05

533 51 42
                                    

Rayfal bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Puan Syima. Puan Syima sedang khusyuk melayan telefon nya, jadi Rayfal mahu minta berborak sekejap.

"Mommy" Panggil Rayfal dengan lembut.

"Ye nak, kenapa?" Puan Syima terus menolehkan kepalanya ke arah Rayfal yang baru sahaja duduk disebelahnya.

Wajah Rayfal seperti ada masalah. Adakah semalam dia bergaduh dengan Afrina?

"Mommy sure ke Afrina perempuan yang terbaik untuk Rayfal?" Soal Rayfal sambil memandang tepat ke arah Puan Syima.

Dia tahu Afrina seorang perempuan yang baik, Afrina juga seorang yang lemah lembut dan tidak pernah langsung meninggikan suaranya kepada Rayfal.

Tetapi, adakah perempuan sebaik itu layak untuk dirinya yang kejam ini?

Oh tidak.

"Kenapa tanya macam ni? Kamu berdua gaduh ke samalam?" Soal Puan Syima.

Rayfal hanya diam. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng kan kepala nya.

"Haih"

"Mommy yakin, Afrina wanita yang tepat untuk Rayfal. Dia baik, manis orangnya. Mommy rasa, mommy tak salah pilih" Ujar Puan Syima sambil memegang telapak tangan anaknya.

Puan Syima merasa Afrina Natasya ialah wanita yang tepat untuk anak sulungnya. Jika mereka tiada jodoh, maka Puan Syima akan redha dengan takdir yang telah ditentukan untuk mereka berdua.

Jika berjodoh tu, Alhamdulillah.

"Hmm, kalau Rayfal.." Rayfal sengaja menggantungkan ayat terakhirnya.

"Kalau Rayfal apa?" Tanya Puan Syima.

"Kalau Rayfal..tak nak?" Soal Rayfal.

Tangan yang disapu lembut oleh Puan Syima terus terhenti. Tangan direnggangkan dan mata Puan Syima tepat ke arah anak mata anaknya.

"Apa kamu mengarut ni Rayfal?!" Marah Puan Syima. Sebelum ini elok saja mereka bercinta, kenapa tiba tiba pulak ni?

"Mommy, Rayfa- Rayfal tak cintakan Afrina.." Kata Rayfal dengan nada yang tinggi. Dia bukan menengking mommy nya, tetapi geram dengan keputusan mommy nya.

Boleh ke dia bahagiakan Afrina jika dia tidak cintakan wanita itu?

Dia sendiri tidak tahu..

Mata Puan Syima terus membulat, terkejut dengan tindakan anaknya. Sejak bila Rayfal tidak cintakan Afrina? Setahunya mereka elok sahaja bercinta.

Atau ada kisah sebaliknya yang Puan Syima tidak tahu?

"Rayfal" Panggil Puan Syima sambil menghembuskan nafasnya.

"Mommy bukan nak paksa kamu berdua kahwin. Tapi mommy dah lama nak Afrina tu jadi menantu mommy"

"Kalau Rayfal tak cintakan dia pun, cuba lah cintakan dia. Jangan cepat mengalah. Mommy yakin Rayfal boleh cintakan Afrina semula. Walaupun mommy tak tahu apa yang jadi antara kamu berdua, mommy akan tetap berdoa semoga kamu berdua bahagia" Ujar Puan Syima lagi.

Air mata Rayfal hampir terjatuh. Kenapa setiap kali kisah sedih tentang dia dan Afrina, dia akan menangis?

"Tapi-" Belum sempat Rayfal menyambung ayatnya. Puan Syima sudah potong terlebih dahulu.

"Tapi apa? Rayfal jangan kata Rayfal ada perempuan lain. Mommy tak pernah ajar anak mommy sakitkan hati perempuan" Bahas Puan Syima. Dia seolah olah dapat meneka apa yang Rayfal mahu katakan kepada nya.

Rayfal diam membisu. Tidak mampu bersuara lagi apabila mommy nya ingatkan tentang "sakit" dan "perempuan"

Oh, dia sakitkan hati Afrina.

Takdir Buatku Where stories live. Discover now