Rayfal perlahan lahan membuka pintu bilik mereka, di jengukkan sedikit kepalanya melihat ke sekitar ruang bilik itu untuk mencari kelibat seseorang. Apabila melihat tubuh Afrina yang sedang duduk termenung di atas sofa, dia terus memasuki bilik itu.
Perlahan lahan Rayfal duduk di sebelah isterinya. Afrina masih termenung, tidak kisah dengan kehadiran dirinya. Jujur dia pelik dengan perubahan Afrina sekarang, selalu pulaukan dia. Apabila ditanya, diam sahaja. Nak kata salah dia, dia buat apa?
"Awak" Panggil Rayfal dengan nada yang lembut.
Diam.
"Awak" Panggil Rayfal lagi, tangannya mencucuk cucuk perlahan lengan Afrina.
Diam.
"Afrina Natasya" Suara Rayfal berubah tegas.
"Apa?" Balas Afrina mendatar, kepalanya menoleh ke arah Rayfal. Membalas pandangan tajam suaminya.
"Kenapa dengan awak ni?" Soal Rayfal, suaranya masih tegas.
"Kenapa apa?" Soal Afrina kembali.
"Kenapa awak diam dengan saya? jauhkan diri dari saya? saya ni siapa pada awak?" Soal Rayfal bertubi tubi.
"Suami" Balas Afrina sepatah. Kepalanya memandang semula kehadapan.
"Pastu?"
Afrina tidak menjawab soalan Rayfal malah dia diam.
"Afrina, saya tanya awak" Makin tegas nada Rayfal.
"Saya nak awak ceraikan saya" Ujar Afrina dengan serius.
Rayfal yang mendengar terus tersentak. Badannya kaku. Lima perkataan yang muncul dari mulut isterinya tadi mampu membuatkannya tersentak habis.
"A-apa awak cakap? ulang balik" Kata Rayfal, dia merenung dalam wajah Afrina.
"Saya nak awak ceraikan saya" Afrina mengulangi kata katanya. Matanya masih memandang kehadapan.
"Afrina Natasya, awak sedar tak apa awak cakap sekarang ni?" Mata Rayfal memandang Afrina dengan tajam.
"Ye saya sedar dan saya memang maksudkan apa yang saya cakap" Jawab Afrina lalu terus memandang Rayfal.
"Kenapa tiba tiba?" Soal Rayfal dengan pelik, dia memandang wajah wanita itu dengan pandangan tidak percaya.
"Awak tak sedar lagi ke? tak kan awak langsung tak syak apa apa?"
"Hah?"
"Sarah"
Lagi lah pelik dia mendengar nama itu, apa kena mengena betina tu dengan keadaan mereka sekarang?
"Dia punca Mikha mati" Kata Afrina, nadanya bertukar perlahan. Berkerut dahi Rayfal jadinya.
"M-macam mana awak tahu?"
"Sehari sebelum kejadian tu, dia ada mesej saya, bagi warning. Esoknya pula saya memang tak sedap hati, saya rasa akan ada benda jadi. Lepas tu saya tak sangka pula yang..." Tergantung kata kata Afrina apabila teringat akan kejadian hari itu. Dia masih terkejut.
Rayfal terus tersandar pada belakang sofa, rambutnya diraup kebelakang.
Dia tidak sangka, sumpah."Dan sebab tu saya minta awak ceraikan saya, awak tahu tak yang Sarah tu akan buat apa sahaja untuk dapatkan awak semula? saya takut kalau dia buat benda sama lagi" Sambung Afrina lagi dengan sayu. Perasaannya bercampur aduk, dia sebenarnya tak nak pun bercerai dengan Rayfal. Dia cintakan suaminya.
"Perlu ke sampai cerai? ke awak ada lelaki lain belakang saya?" Soal Rayfal, dia bukan mahu menuduh tapi perbuatan Afrina seperti tidak kisah jika mereka berpisah.
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...