"Bye bebs, esok jumpa!" Jerit Nad kepada Afrina yang masih kelam kabut mencari telefonnya.
"Ha okay bye!" Jawab Afrina lalu dia pusing satu butik untuk mencari telefonnya.
'Mana aku letak eh?' Bisik hatinya sendiri.
Ding dong
Dengar sahaja bunyi itu badan Afrina dengan laju berpusing untuk melihat siapa yang datang petang petang ini. Butik ini sudah tutup, tulisan "close" juga sudah terpapar disitu. Siapa pulak yang berani masuk sesuka hati?
Oh ye Irfan.
"Kau lagi" Afrina mengeluh, pagi muka dia tengahari pun muka dia. Petang ada lagi! Anak manja betul.
"Mana mama" Soal Irfan kepada Afrina yang masih kelam kabut mencari barangnya yang tidak jumpa jumpa.
Afrina tidak peka dengan soalan Irfan malah dia masih kehulur hilir mencari telefonnya.
"Kau cari apa?" Soal Irfan, dah macam orang gila dibuatnya.
"Telefon aku!" Jawab Afrina dengan wajah seperti mahu menangis.
"Hahaha" Tawa Irfan perlahan membuatkan wajah Afrina semakin dingin. Dia tengah sedih lelaki ni cari pasal pula.
Lalu Irfan yang jauh dari Afrina perlahan lahan melangkah ke arah perempuan itu. Sambil berkata
"Satu" Langkah pertama
"Dua" Langkah kedua
"Tiga"
"Nah cinta" Kata Irfan sambil menghulurkan telefon Afrina.
Afrina masih tercegat didepan lelaki itu, jarak mereka terlalu dekat sehinggakan dia dapat bau perfume yang dipakai Irfan. Wangi.
"Oh maaf" Kata Irfan lalu dia melangkah kebelakang.
Afrina masih diam, masih tidak boleh membuka mulutnya kerana terkejut dengan apa yang dikata oleh Irfan tadi.
Cinta?
Irfan panggil dia cinta?
"Eh ambikla phone ni" Kata Irfan sekali lagi sehingga membuat Afrina bangun dari lamunannya.
"HAA!" Jerit Afrina.
"Woi! ha nah" Irfan menghulurkan telefon itu.
"Mana kau jumpa, kau curi eh?" Tuduh Afrina sesuka hatinya. Irfan kaya tak perlu nak curi telefon orang.
"Mana ada, tadi aku masuk je dah nampak phone kau. Dekat kerusi depan tu" Terang Irfan dengan jelas. Afrina hanya mengangguk. Haduh kenapa la dia boleh letak disitu.
"Terima kasih" Ucap Afrina, Irfan hanya mengangguk.
"Eh Irfan, kenapa masuk? selalu bukan tunggu mama dalam kereta ke?" Kata Puan Hayla yang baru keluar dari bilik kerjanya.
"Saje mama, dah lama tak tengok butik mama ni. Tu yang masuk kejap" Jawab Irfan, matanya melirik ke arah Afrina.
Afrina mengerutkan dahi, dah lama tak tengok? bukan tengah hari tadi dia baru masuk ke?
"Tak betul ke apa mamat ni" Kata Afrina dengan perlahan, tidak mahu Puan Hayla atau Irfan dengar.
"Apa dia Afrina?" Soal Puan Hayla, dia macam dengar Afrina berkata sesuatu tadi.
"Ha? Tak ada apa apa puan" Jawab Afrina sambil tersengih. Alamak dengar ke?
"Hm tak apa lah macam tu, ni awak balik naik apa?"
"Naik grab"
"Oh tak apa lah, kami hantar awak ye" Kata Puan Hayla.
"Eh tak apa, susah susah je. Lagipun rumah saya agak jauh dari sini" Tolak Afrina, gila ke dia nak tumpang sesuka hati.
"Tak susah lah. Irfan pun tak kisah, kan Irfan?" Irfan disebelahnya dipandang.
"Eh tak kisah pun, boleh je" Jawab Irfan sambil tersenyum.
"Tiap tiap hari pun tak apa" Katanya perlahan tetapi dapat didengari oleh Puan Hayla kerana mereka berdiri sebelah sebelah.
Puan Hayla tersenyum kecil, gatal juga anak dia ni.
"Naik dengan kami ye?" Pelawa Puan Hayla lagi.
"Erm, baik puan" Terpaksa juga la Afrina setuju, takut bos nya kecil hati.
Mereka bertiga masuk ke dalam kereta Mercedes Irfan setelah semua lampu sudah ditutup dan mula bergerak.
"Macam mana kamu berdua boleh berjumpa balik ni? yelah dah lama kan kamu tinggalkan universiti tu" Soal Puan Hayla.
"Kami terserempak dekat speedmart haritu, dompet dia tercicir jadi saya amikkan lah. Tak sangka pula tu dia" Jawab Afrina. Terimbas kembali waktu mereka berjumpa dengan Sarah hari itu.
Irfan hanya diam tidak bercakap. Kalau Afrina ye betul memang mereka berjumpa balik disitu. Tapi Irfan, bukan dari situ.
•••••
Yow! apa khabar semuaa? rindu saya takk? hehe baru ada semangat nak update. maaf sbb buat korang tertunggu.
jangan lupa vote dan comment!!
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...