Kring kring..
Bunyi alarm Afrina terlalu kuat sehinggakan dia terbangun dari tidurnya.
"Aduh, awal lagi" Adu Afrina sendirian.
Disebabkan hal yang terjadi semalam, Afrina terus balik ke rumah sendirian. Rayfal entah ke mana pergi, pujuk dia pun tidak. Ye lah, dia tak cintakan Afrina kan.
Afrina bangun dari baringnya, tangan menarik telefon yang berada di sebelahnya. Notifikasi telefonnya banyak sehinggakan dia tidak tahu mahu buka yang mana satu.
Instagram atau WhatsApp??
WhatsApp.
Jari menekan app whatsapp dan nama yang terpaling atas ialah..
Rayfal.
"Aik? apahal dia chat banyak banyak ni?" Soal Afrina sendirian.
Nama Rayfal ditekan dan mesej mesej yang dihantar oleh lelaki itu dibaca perlahan lahan.
Rayfal 🤍
: Kau marah aku ke?
: Aku tak sengaja
: Aku chat ni sebab aku nak ajak keluar tengah hari nanti. Mommy suruh, aku tak nak pun.
: Kau jangan ingat aku nak pujuk kau.
: Keluar sebab nak pergi settle barang kahwin.
Seen
Afrina tergelak kecil membaca mesej dari lelaki itu. Sejak bila Rayfal tidak pandai memujuk? Ego betul.
Tanpa membuang masa Afrina hanya seen chat itu dan bangun dari duduknya untuk pergi membersihkan dirinya.
-
Seusai membersihkan diri, dia terus turun ke bawah untuk menolong Puan Fazilah memasak di dapur.
"Baa!" Afrina mengejutkan Puan Fazilah dari belakang.
"Mak kau sotong!!" Melatah Puan Fazilah. Lengan Afrina terus jadi sasaran cubitan berbisa Puan Fazilah.
Sakit wei.
"Eh eh sakit lah ibu!!" Adu Afrina. Dia terus menyapu nyapu kesan cubitan Ibunya.
"Tahu pun sakit"
"Ha tolong ibu letakkan makanan atas meja" Arah Puan Fazilah kepada Afrina.
Afrina hanya mengangguk dan berjalan untuk mengambil makanan yang sudah siap dihidang oleh ibunya.
"Ibu masak nasi goreng je, karang Afrina nak keluar dengan Rayfal kan?" Soal Puan Fazilah. Dia sudah tahu kerana Mommy Rayfal awal awal pagi sudah beritahu kepadanya.
"Haah, ni mesti mommy bagitahu kan" Afrina meneka. Siapa lagi nak beritahu ibu selain mommy Rayfal kan?
"Yelah, siapa lagi" Jawab Puan Fazilah sambil ketawa kecil.
Mereka berdua duduk di meja dan mula menjamu selera.
Selepas habis makan dan membasuh pinggan, Afrina terdengar bunyi hon dari luar rumah. Siapa lagi kalau bukan Rayfal kan?
"Ibu, Rayfal dah sampai tu. Orang pergi dulu eh" Kata Afrina sambil menyalam tangan Puan Fazilah.
"Ha okey, kirim salam dekat mak mertua kamu tu. Jaga diri elok elok" Kata Puan Fazilah.
"Okey ibu, bye!" Afrina terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta bahagian belakang, Puan Syima duduk di depan.
"Hi mommy" Sapa Afrina sambil menyalam tangan Puan Syima.
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...