26

528 42 9
                                    

"Haish geram betul aku lah!" Rungut Afrina dengan geram. Tangannya lincah membetulkan awning tudungnya yang dari tadi tidak mahu beri kerjasama. Ini kalau tudung tu hidup sudah lama dia bunuh.

"Eh lantak kau lah, aku dah lambat ni" Pasrah Afrina jadinya, sudah 30 minit dia berdiri di hadapan cermin semata mata hanya mahu membetulkan awning tudung itu tapi tetap tidak betul. Pagi pagi sudah buat orang stress!

Malas mahu mengisahkan tentang tudung itu, Afrina pantas mengambil beg sandarnya yang terletak di atas katil. Dibuka zip beg itu dan lihat isi dalamnya.

"Ic ada, resume ada, dokumen pun ada. Okey cun" Dia menutup semula zip beg itu selepas memastikan semuanya lengkap.

Afrina terus keluar dari rumah sewanya dan mengunci pintu rumah. Selepas itu dia duduk sebentar di kerusi kecil yang berada disitu sementara menunggu grab yang dipesan olehnya. Beberapa minit menunggu akhirnya sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya, Afrina pantas bangun dari duduk dan masuk kedalam kereta itu selepas sudah mengunci pagar.

"Nak pergi mana cik?" Soal lelaki separuh usia yang duduk di bahagian pemandu.

"Hayla Qaysara Butik" Jawab Afrina. Pakcik itu hanya mengangguk dan memulakan perjalanan.

15 minit perjalanan akhirnya mereka sampai di destinasi. Afrina menghulurkan 10 ringgit kepada pakcik itu dan terus melangkah keluar. Apabila kereta itu sudah berlalu pergi, kini matanya memandang sebuah butik yang berada di hadapannya.

"HQ Butik" Katanya sendiri sambil mengangguk angguk. Afrina terus memasuki butik itu.

"Assalamualaikum" Kata Afrina seraya menolak pintu. Dia melihat keseluruh ruangan butik itu. Serta merta Afrina terpegun, sumpah dia kata dekorasi butik itu nampak sangat mewah dengan dinding bewarna emas dan putih. Baju baju dan tudung tudung juga nampak sangat cantik tersusun.

"Waalaikumussalam, ye cik. Cik cari apa?" Sapa seorang staff perempuan.

"Erm saya ada interview kerja disini, ada kosong kan?"

"Oh awak lah yang nak interview tu, aah memang ada kosong. Apa nama awak ye?" Soal staff perempuan itu.

"Afrina Natasya, panggil Afrina je" Jawab Afrina dengan ramah.

"Oh cantik nama awak. Saya Aireen Nadwa, suka hati lah nak panggil Aireen ke Nadwa. Tapi biasanya orang dekat sini panggil saya Nad" Terang Nad sambil tersenyum manis. Afrina mengangguk perlahan, senyuman manis juga turut terukir.

"Eh mari lah duduk dulu, saya panggil bos kejap" Pelawa Nad sambil menunjuk ke arah sofa panjang. Afrina terus melabuhkan punggung disitu sementara menunggu bos yang mahu meng interview nya.

Ya, dia mahu berkerja. Sampai bila lagi dia mahu duduk goyang kaki sahaja kan? lagi pun dia bosan duduk di rumah tu. Lebih baik dia cari kerja, dapat duit.

"Hi, awak Afrina kan?" Tegur seorang wanita di hadapannya. Afrina pantas berdiri tegak.

"Ya, saya Afrina" Jawab Afrina sambil tersenyum. Tadi sudah terpegun melihat kecantikkan butik, sekarang ni pula dia lagi terpegun melihat kecantikan dan keindahan wajah wanita di hadapannya itu. Sungguh cantik! tambah lagi dengan senyuman manisnya, mungkin itu lah bos nya.

"Sila duduk" Pelawa wanita itu. Afrina duduk semula, dia bingkas keluarkan segala dokumen dan resume yang dibawanya dan letak di atas meja.

"Okey sebelum memulakan interview ni, saya nak perkenalkan diri saya dulu. Saya Hayla Qaysara, owner butik ni. Saya tengok awak ni macam nervous. Awak jangan takut dengan saya, saya ni jenis peramah dengan staff saya. Tak percaya cuba tanya Nad" Kata Puan Hayla sambil menunjuk Nad yang sedari tadi hanya berdiri di belakangnya.

"Betul betul, Puan Hayla memang peramah dan baik dengan semua orang. Apa orang kata eh? sportrim?" Nad berfikir sejenak.

"Sporting Nad, sporting. Sportrim tu tayar lah" Kata Puan Hayla seraya perbetulkan ayat Nad.

"Oh salah eh?" Kata Nad sambil tersengih dan menggaru kepalanya. Afrina hanya tergelak kecil.

"Eh jap, Puan ke?" Soal Afrina agak keliru. Hayla tersenyum.

"Saya dah kahwin, anak anak dah besar dah pun" Jawab Puan Hayla dan membuatkan Afrina terkejut.

"Lah saya ingat Puan tak kahwin lagi, nampak muda sangat" Ujar Afrina, serius dia ingatkan wanita dihadapannya ini sebaya dengan dia, rupanya tua lagi.

"Tak ada apa lah, selalu dah orang cakap macam tu. Jadi saya dah terbiasa" Kata Puan Hayla.

"Jadi boleh kita start?" Soalnya.

"Eh boleh boleh" Jawab Afrina sambil menghulurkan resume nya.

Puan Hayla membaca dengan penuh teliti bersama muka yang serius, dan itu membuatkan Afrina tiba tiba sahaja gementar. Takut tidak diterima.

"Hm pandai rupanya awak ni, tapi kenapa awak nak kerja disini?"

"Saya nak cari pengalaman baru" Jawab Afrina. Puan Hayla mengangguk perlahan.

"Okey lah, awak diterima. Esok awak dah boleh start kerja" Kata Puan Hayla. Afrina tersenyum lebar.

"Betul ke ni? terima kasih Puan!" Kata Afrina dengan teruja.

"Yeay ada kawan baru!" Sorak Nad dengan tiba tiba sambil menepuk tangannya. Puan Hayla dan Afrina tergelak.

"Nad boleh tunjukkan lah ye mana yang patut, saya ada meeting kejap lagi" Arah Puan Hayla.

"Baik Puan, Puan naik grab lagi ke?" Soal Nad.

"Eh tak, anak saya ambil. Katanya dia tak ada kerja sekarang"

Nad hanya mengangguk.

"Jom lah Afrina, aku tunjukkan apa kerja kau" Ajak Nad. Afrina terus bangun dari duduknya.

"Saya pergi dulu ye, anak saya dah sampai tu. Esok kita jumpa" Kata Puan Hayla.

"Baik Puan" Kata Nad dan Afrina serentak. Puan Hayla terus berlalu keluar dari butik dan masuk kedalam sebuah kereta yang parking betul betul di hadapan butik itu.

Afrina lihat dengan teliti kereta itu.

"Asal macam pernah nampak eh kereta tu?" Soal Afrina sendirian. Dia lihat kereta itu sehinggalah kereta itu hilang dari pandangannya.

"Ha tengok apa tu?" Soal Nad.

"Hah? tak ada apa lah"

"Ha yelah, jom la aku tunjukkan apa apa" Ajak Nad dan terus berlalu. Afrina hanya mengikuti langkah Nad.

•••••
Hi sayang sayaa! rindu saya takk? saya nak minta maaf sebab lama gila tak update, masa tak menentu lah :( lepas ni InsyaAllah saya cuba buat laju laju. korang tunggu tau!

Jangan lupa vote dan comment!!

Takdir Buatku Where stories live. Discover now