Sampai sahaja mereka di Mall, Afrina laju berjalan masuk ke dalam kerana terlalu banyak barang yang dia mahu beli.
Dan yang perlu belanja ialah Rayfal.
Hehe.
"Eh jalan perlahan lahan lah" Kata Rayfal kepada Afrina yang masih laju berjalan ke depan.
"Kenapa? Bukannya awak nak pegang tangan saya pun" Adu Afrina sambil membuat muka monyoknya.
Aduhai isteri.
Rayfal yang mendengar Afrina kata begitu terus saja tangannya mencapai tangan Afrina. Badan Afrina tidak bergerak kerana terkejut dengan tindakan Rayfal.
"Apa? Jalan la" Kata Rayfal lalu dia menarik tangan Afrina untuk berjalan di sebelahnya.
"Dekat Mall pun awak nak berlakon ke Rayfal?" Soal Afrina, tapi tangannya tidak lepas dari tangan Rayfal.
"Mana ada aku berlakon" Kata Rayfal dengan bangga.
Afrina hanya diam, tidak bersuara selepas Rayfal kata begitu. Dia tidak tahu mahu percaya atau tidak sebab dia tak nak terlalu berharap dengan lelaki ini.
Rayfal tidak cintakan dia, ayat itu kekal dalam fikirannya dan dia sentiasa ingat ayat itu.
-
"Lepas kau beli barang kita pergi taman yang kau suka tu" Kata Rayfal kepada Afrina yang sedang khusyuk mencari bajunya dan baju Rayfal.
Afrina tidak mengangguk dan tidak juga menggelengkan kepalanya. Dia buat seperti tidak dengar apa yang Rayfal kata.
Malas lah.
"Asal kau diam?" Soal Rayfal, tidak pernah dia lihat Afrina begini sebab perangai Afrina suka melawan dan suka membebel.
Tapi ni kenapa pulak?
"Awak duduk lah dekat luar, nanti dah habis beli saya keluar lah" Arah Afrina kepada Rayfal, dia seperti menghalau lelaki itu.
'Dia halau aku?' Bisik hati Rayfal.
Rayfal hanya mengangguk dan dia berjalan keluar dari kedai itu. Lalu dia duduk di kerusi yang berdekatan dengan kedai tersebut.
20 minit sudah pun berlalu, Afrina baru sahaja keluar dari kedai itu dan dia terus berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan Rayfal.
"Eh, tunggu" Kata Rayfal lalu dia berlari mengejar langkah Afrina.
"Saya nak balik lah, awak pergi la taman tu sorang sorang" Kata Afrina dengan malas.
Kening Rayfal terus terangkat apabila Afrina kata begitu. Jelas sangat Afrina sedang merajuk dengannya.
"Kalau nak merajuk tu simpan je untuk esok" Kata Rayfal lalu tangan Afrina dipengang oleh Rayfal.
Afrina terus kaku dengan perbuatan Rayfal, ini kali kedua. Dia masih tidak percaya dengan tindakan lelaki ini.
Apa ni?
"Jom"
-
Kereta audi r8 milik Rayfal di parking berdekatan dengan taman itu.
Pintu Afrina dibuka oleh Rayfal dan cepat cepat dia menyambut tangan wanita itu.
Wah, Afrina jadi princess.
Afrina tidak mengelakkan tangannya tetapi dia menyambut tangan Rayfal dengan lembut. Sejujurnya, dia suka bila Rayfal begini, harap harap lah Rayfal macam ni setiap hari.
"Duduk dekat kerusi tu, aku beli makanan kejap" Arah Rayfal kepada Afrina.
"Ok"
Lama Afrina menunggu Rayfal, baru sahaja dia mahu bangun untuk mencari lelaki itu tetapi Rayfal sudah sampai di sebelahnya.
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...