11

387 42 5
                                    

Rayfal keluar dari bilik air setelah sudah siap membersihkan diri. Dia melilau mencari si isteri di sekeliling ruang bilik itu dan matanya terhenti apabila melihat Afrina sedang duduk di sofa sambil membaca novel.

Langkahnya pergi dahulu ke wardrobe untuk memakai seluar. Memang jika di rumah dia tidak memakai baju, tak selesa katanya.

Selepas itu barulah dia pergi ke isterinya. Afrina terlalu kusyuk membaca novel sampaikan tidak sedar Rayfal sudah duduk di sebelahnya.

"Ehem, buat apa tu?" Soal Rayfal bersahaja.

"Tengah makan" Jawab Afrina selamba. Dia sedar je keberadaan Rayfal cuma malas nak pandang.

Rayfal tergelak kecil mendengar jawapan dari Afrina.

"Makan apa?" Soal Rayfal lagi. Afrina terus mendengus kecil, tak ada soalan bodoh lagi ke nak bagi?

"Apa awak nak eh?" Soal Afrina sambil memandang Rayfal.

"Nak kau" Jawab Rayfal sambil tersengih. Afrina terus menjeling tajam lalu sambung membaca novel nya itu. Kalau layan mamat ni sampai esok tak habis.

"Kau kenapa ni?" Soal Rayfal apabila Afrina seperti tidak mahu melayannya.

Tetapi malangnya, Afrina tidak menjawab pertanyaan Rayfal.

"Weh" Panggil Rayfal.

Diam.

"Afrina"

Diam.

"Afrina Natasya"

"Hish apa" Jawab Afrina malas, tak ada orang lain ke nak kacau? nak jugak kacau dia.

"Kau merajuk ke?" Soal Rayfal sambil menyengetkan kepala ke kiri.

"Tak ada lah" Nafi Afrina.

"Yeke?"

"Ye"

"Hm okey" Kata Rayfal lalu bangun dan terus pergi ke katil mereka.

"Dah dah la tu, meh tidur meh" Kata Rayfal sambil menepuk nepuk katil itu.

"Kejap lagi" Jawab Afrina.

Rayfal hanya mengangkat bahunya dan terus baring. Tidak lama kemudian, dia sudah lena dibuai mimpi.

Afrina hanya melihat sahaja, sampai situ sahaja ke Rayfal memujuknya? Baik tak payah pujuk.

Afrina sebenarnya sengaja mahu merajuk dengan Rayfal tentang kata katanya hari itu. Nak tengok juga suami dia tu pandai pujuk ke tak?

Oh rupanya tidak.

Tanpa menghiraukam tentang suaminya, dia sambung balik membaca novel. Apa la lelaki ni kahwin sampai dua, dia tak fikir ke perasaan isteri pertama dia? memang tak ada otak lelaki tu.

Tiba tiba sesuatu muncul di fikiran Afrina, macam mana kalau Rayfal kahwin lain? dengan Sarah?

"Jangan risau, aku tak pandang dia dah. Aku kan ada kau"

Kata kata Rayfal hari itu mengingatkan dia kembali. Terus Afrina ber istighfar, dia tidak boleh berfikir begitu. Itu maksudnya dia tidak mempercayai Rayfal.

Malas mahu memikirkan lagi, Afrina meletakkan novel itu di atas meja kecil dan terus pergi ke arah katil.

Afrina melihat wajah Rayfal yang sudah tidur.

"Tidur pun hensem" Kata Afrina separa berbisik sambil tersenyum kecil. Dia mengusap perlahan rambut Rayfal dan dia turut berbaring sebelah suaminya. Lama dia merenung wajah lelaki itu sampai tidak sedar yang dia pun telah lena dibuai mimpi.

                                ••••

"Morning" Sapa Rayfal kepada Afrina yang sedang memasak di dapur. Hari ini Puan Syima tiada, dia ada kerja.

"Hm" Acuh tak acuh Afrina jawab.

"Kau kenapa? dari semalam tau macam ni" Soal Rayfal sambil memeluk tubuhnya.

Afrina hanya menghiraukan Rayfal dan sambung memasak.

"Pasal Sarah ke?" Soal Rayfal lagi.

Soalan Rayfal terus membuatkan tangan Afrina yang sedang mengacau sup terus terhenti.

"Tak" Jawab Afrina sepatah

"Dah dah la tu merajuk, tak elok merajuk lama lama dengan suami" Pujuk Rayfal, lalu pinggang Afrina dipeluk oleh Rayfal dari belakang.

Badan Afrina terus membeku apabila Rayfal buat begitu. Bukan tidak suka, cuma terkejut dengan tindakkannya.

"Sana lah" Kata Afrina, nada suaranya masih marah dengan Rayfal.

Rayfal yang dengar Afrina kata begitu terus terkaku, Afrina tak pernah berkasar dengannya.

"Meh lah sini aku explain" Kata Rayfal lalu dia terus menarik tangan Afrina untuk pergi ke kerusi.

"Haih" Rayfal mengeluh sebelum memberi penerangan.

"Haritu aku baru je datang office, pagi lagi. Bila aku nak masuk bilik aku, Sarah tiba tiba ada dekat depan aku"

"Lepastu, dia wish morning apa semua. Tapi sumpah aku tak layan, aku terus masuk bilik cepat cepat" Terang Rayfal panjang lebar.

"Tu je? kenapa muka dia marah semacam waktu dia keluar dari bilik awak?" Soal Afrina sambil merenung wajah suaminya.

"Kitaorang bertengkar sekejap" Terang Rayfal lagi.

"Oh, so saya salah faham lah?" Soal Afrina pada dirinya sendiri.

"Sorry, ego saya tak boleh kawal. Saya dah jadi isteri derhaka" Ujar Afrina lalu air matanya jatuh sedikit.

Dia rasa bersalah hiraukan suaminya. Teruk! dia teruk sangat!.

"Ya Allah, salah apanya? aku yang buatkan kau jadi macam ni" Kata Rayfal lalu pipi Afrina diusap olehnya.

"Tak! salah saya" Afrina masih taknak kalah.

"Okay, salah kita berdua" Kata Rayfal dengan lembut lalu dahi Afrina menjadi sasaran ciuman lembut dari Rayfal.

Mata Afrina terus membulat, kalini Rayfal makin berani. Adakah Rayfal dapat cintakan dia semula?

"Eh! ikan saya!" Afrina terus teringat tentang ikan yang digorengnya tadi.

Rayfal terus tergelak kecil melihat karenah isterinya yang comel itu.

Dah lah pendek.

Badan kecik macam budak budak.

Comel pula tu.

'Mommy memang tak salah pilih' Bisik hati Rayfal lalu senyuman terus terukir di wajahnya.

Dia bahagia bersama Afrina.

Bahagia sangat.

Tapi adakah dia betul betul sudah cintakan Afrina? Dia juga tidak tahu dengan perasaanya.

-

Maap bab ni pendek je, sebab bab ni nak fokuskan dorang berbaik je.

Tapi lepasni muncul lah penyundal yang korang tak suka tu! hehe

Sila vote and comment. Masehh

Takdir Buatku Where stories live. Discover now