"Maklongg!!!!" Jerit Mica di telinga Afrina yang sedang tidur berdengkur di ruang tamu.
Mica masih memanggil Afrina maklong walaupun budak itu sudah tahu bahawa paklong dan maklongnya sudah pun bercerai.
"Ya Allah Mica, terkejut maklong" Kata Afrina dengan wajah yang terkejut.
"Ada orang datang la maklong" Kata Mica sambil menunjuk ke arah pintu masuk rumah.
"Mama mana?" Soal Afrina kepada Mica, ni rumah Qayla mesti yang datang kawan Qayla ataupun Rayyan.
"Mama keluar dengan papa beli barang" Terang Mica dengan jelas.
"Aduhai" Rungut Afrina lalu dia bangun mengambil tudungnya dan pergi ke pintu untuk melihat siapa diluar.
"Assalammualaikum" Kata seorang lelaki.
"Waalaikumus- salam..." Hampir sahaja Afrina memberhentikan percakapannya apabila melihat lelaki di hadapannya itu.
"Eh Irfan, kenapa ye?" Soal Afrina. Tiba tiba sahaja lelaki itu datang ke rumah Puan Syima, selalunya tak ada pun.
"Erm, Rayyan ada?" Soal Irfan sambil menundukkan kepalanya.
"Rayyan? oh tak ada, dia keluar. Kejap lagi balik lah tu" Jawab Afrina, Irfan dihadapannya dipandang. Lelaki itu seperti mahu mengelak untuk bertentang mata dengannya.
"Hm tak apalah kalau macam tu, aku balik dulu" Kata Irfan lalu dia memusingkan tubuhnya untuk berlalu tetapi belum sempat dia bergerak tiba tiba Puan Syima menegurnya.
"Eh siapa tu?" Soal Puan Syima. Irfan terus memusingkan kembali tubuhnya, dia tersenyum kecil. Afrina yang melihat senyuman itu terus menundukkan kepala. Hensem pulak.
"Assalamualaikum makcik. Saya Irfan, kawan Rayyan. Saya datang sini nak cari Rayyan tapi dia keluar pulak" Kata Irfan dengan jelas.
"Eh apa makcik pulak, terasa tua lah. Panggil aunty je" Puan Syima tergelak kecil.
"Eh masuk lah dulu, kejap lagi Rayyan balik. Tak lama pun tunggu" Pelawa Puan Syima.
"Eh tak apa aunty, susah susah je" Tolak Irfan. Bukan dia tidak mahu masuk, tetapi apabila lihat Afrina dia jadi malu.
"Tak susah mana lah, mari la masuk" Pelawa Puan Syima lagi. Irfan pun terpaksa masuk, tidak mahu wanita itu terasa dengannya.
"Eh duduk lah dulu. Afrina layan dia kejap eh, mummy nak buat air" Ujar Puan Syima lalu terus berlalu pergi ke dapur.
Afrina dan Irfan masih berdiri tegak, tidak tahu nak buat apa.
"Erm duduk lah" Arah Afrina. Irfan terus duduk di salah satu sofa disitu manakala Afrina duduk di sofa bertentangan Irfan.
Lama mereka bertentang mata hampir 2 minit dan akhirnya Miya dan Mica memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Eh maklong, ni paklong baru ke?" Soal Miya sambil tersengih sengih, suka sangat dia sakat Afrina.
"Eh mana ada!" Adu Afrina sambil menepuk perlahan lengan Miya.
Irfan yang melihat Afrina malu begitu terus tergelak kecil.
"Apa gelak gelak!" Marah Afrina, dah malu nak marah orang pula.
Irfan masih tergelak kecil apabila melihat wajah Afrina ketika memarahinya.
Lama kelamaan sampai sudah Qayla dan Rayyan di rumah, Rayyan yang ternampak Irfan duduk di ruang tamu terus menegur lelaki itu.
"Weh ipan" Tegur Rayyan dari belakang dan dia membuat Irfan memusingkan tubuhnya untuk memandang Rayyan.
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...