"Long time no see!"
Rayfal terus mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang sangat dia kenal. Betapa terkejutnya dia bila Sarah betul betul berdiri di hadapannya sekarang.
Sarah? Ya Sarah.
"Sarah? apa you buat kat sini?" Soal Rayfal dengan dahi berkerut seribu. Dia terus bangun dari duduknya. Apa pulak minah ni buat kat sini.
"Cari kerja lah" Jawab Sarah selamba.
"Yes I know, but in my company? seriously?"
"Kenapa? salah ke? oh mesti lah salah kan, dah jadi suami orang" Kata Sarah sambil memeluk tubuh dan memandang ke arah lain.
Ya dia tahu yang Rayfal dan Afrina sudah berkahwin kerana dia ada lihat Afrina post gambar kahwin mereka di Instagram. Agak agak macam mana perasaan Sarah sekarang ni? Marah?
Terlalu marah.
"Itu bukan masalahnya sekarang. Tak I tak faham, macam mana you boleh nak kerja dekat sini? tak ada kerja lain ke apa you nak amik?" Bertubi tubi soalan Rayfal diajukan kepada Sarah.
"Yang bie nak gelabah ni kenapa? I cuma nak kerja. Bie tak payah lah risau, only for one month. Lagipun I kerja dengan boyfriend I sendiri kot" Jawab Sarah. Dia nak kerja pun salah ke?
"Boyfriend yang you cakap tu sekarang ni dah jadi suami orang, tolong lah faham" Kata Rayfal dengan tegas. Dia baru je nak lupa kan Sarah tapi apa semua ni?
"Oh suami? dah tau you tu nak jadi suami orang tapi kenapa still pasang dua? lepas tu tinggalkan I macam tu je?" Bidas Sarah, ingat dia ni apa?
"Dah lah Sarah, lebih baik you keluar dari office I. I tak nak tengok muka you" Arah Rayfal lalu memusingkan badannya membelakangi Sarah.
"Ok fine!" Kata Sarah dan terus keluar dari office Rayfal dan bediri di belakang pintu itu.
"Kau tunggu, kalau aku tak dapat Rayfal jangan harap kau akan dapat dia. Just wait and see" Kata Sarah sendiri dengan senyuman sinis. Dia terus berlalu pergi ke meja kerjanya, penat penat dia apply kerja di sini tapi kena halau macam tu je.
Rayfal yang melihat pintu office nya sudah tertutup terus duduk di atas kerusinya sambil mengeluh berat.
Dia baru sahaja mahu melupakan perempuan itu demi menjaga hati Afrina, tetapi sekarang kenapa tiba tiba? dia tahu yang Sarah bekerja dengannya cuma mahukan perhatian yang secukupnya bila mereka sudah berada di tempat yang sama.
Tetapi maaf, dia berjanji yang dia tidak akan sakiti Afrina lagi.
Rayfal mengeluh perlahan lalu terus sambung membuat kerjanya yang tergendala.
-
"Awak, kenapa muka penat semacam ni?" Soal Afrina kepada Rayfal yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
"Tak ada apa lah, penat kerja je" Nafi Rayfal. Sebenarnya pasal Sarah tadi, dia muak tengok muka perempuan tu sebenarnya.
"Yeke? saya kenal awak lah, jangan nak tipu. Awak dah janji kan" Kata Afrina sambil memeluk tubuhnya.
"Hm, pasal Sarah" Jawab Rayfal dengan letih.
"Sarah?! apa dia nak lagi?" Soal Afrina, kalau boleh banyak lagi soalan yang dia nak tanya.
"Dia jadi pekerja aku, tapi sementara je" Jawab Rayfal.
Mata Afrina terus membulat apabila mendengar yang Sarah menjadi pekerja sementara di company Rayfal.
Wah tak boleh jadi ni, nanti makin
buat perangai lah betina tu."Jangan risau, aku tak pandang dia dah. Aku kan ada kau" Kata Rayfal, dia mahu menyejukkan hati Afrina. Nanti tak pasal pasal Rayfal kena tidur luar.
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...