07

427 39 15
                                    

Sebulan kemudian..

"Fuh, aku berdebar weh" Kata Afrina kepada Qayla dan Dhia.

Ya, hari yang dinanti nantikan Afrina sudah pun tiba. Hari ini adalah majlis pernikahannya dan Rayfal.

Masa berlalu terlalu cepat sehinggakan Afrina pun tidak percaya Rayfal akan menjadi suaminya yang sah.

"Tarik nafas kau dalam dalam, kitaorang pun dulu macam ni. Tapi sekejap je perasaan tu datang, nanti lama lama biasa balik" Kata Qayla dengan lembut sambil menepuk nepuk belakang badan Afrina.

"Haah, betul tu" Dhia juga setuju.

Mereka berdua sudah rasa
pengalaman ini dulu, jadi mereka tahu la macam mana rasa perasaan yang datang tu.

Bercampur aduk.

"Weh tu laki kau" Dhia terus menunjuk ke arah Rayfal yang sedang berjalan dengan pakaian baju melayu nya.

Hari ini Rayfal kelihatan sangat segak dan pakaiannya sangat kemas. Afrina pula kelihatan cantik dan manis dengan baju nya.

"Wah tu laki aku ke?" Soal Afrina kepada Qayla dan Dhia. Matanya tidak mengalih memandang Rayfal yang sedang berjalan untuk duduk di tempatnya berakad nikah.

"Yela, laki sape lagi. Laki Sarah ke?" Sengaja Dhia mengusik Afrina dihujung ayatnya.

Afrina sudah cerita kisah yang terjadi pada 2 minggu lepas kepada Qayla dan Dhia. Mereka berdua juga terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Afrina.

Tapi sejak kejadian itu, Rayfal langsung tidak berkomunikasi dengan Sarah lagi. Call tidak, mesej tidak, jumpa pun lagi la tak.

Afrina berharap sangat yang Rayfal akan berubah sebelum mereka berkahwin ataupun selepas mereka berkahwin. Dia taknak rumah tangga nya menjadi teruk hanya disebabkan orang ketiga.

Dia tak nak.

"Dah sedia?" Tanya Ayah Afrina, Encik Mazri.

Rayfal mengangguk tanda sudah sedia untuk sesi akad nikah.

"Rayfal Adrian"

"Ye saya"

"Aku nikahkan kau dan kahwinkan dikau dengan puteriku Afrina Natasya binti Muhamad Mazri dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit dibayar tunai.."

"Saya terima nikahnya Afrina Natasya binti Muhamad Mazri dengan mas kahwin lapan ratus ringgit dibayar tunai"

"Sah?"

"Sah! sah!"

"Alhamdulilah"

Air mata Afrina mula terjatuh, tidak sangka dia sudah bertukar status menjadi isteri kepada insan bernama Rayfal Adrian.

Rayfal terus memandang wajah isterinya, Afrina. Tidak dinafikan, isterinya hari ini kelihatan seperti bidadari.

Dia tidak boleh nafikan kerana benda itu betul.

Puan Fazilah dan Puan Syima juga sudah banjir air matanya. Puan Syima tidak sangka anak sulungnya sudah menjadi suami orang dan Puan Fazilah pula tidak sangka anak perempuan nya sudah menjadi isteri Rayfal yang sah.

Tidak sangka hajat mereka untuk menyatukan mereka berdua akhirnya tercapai juga.

-

Selesai sahaja majlis mereka, Afrina terus masuk ke dalam bilik untuk merehatkan badan. Badannya terlalu penat kerana terlalu ramai tetamu mahu mengambil gambar bersama.

Macam ni rupanya jadi pengantin.

Tuk tuk..

Pintu bilik diketuk oleh Rayfal, perlahan lahan dia membuka pintu itu dan pintu ditutup semula dengan rapat.

Takdir Buatku Where stories live. Discover now